BEN ASHAARI

Sunday, January 15, 2012

JOM "TEH TINGGI" BERSAMA MAT GEBU...

rsz_dsc_3930
Assalammualaikum, good afternoon ladies..wahh pengsann..hahaha...yang jantan ada gak ke, adehh good afternoon to you too sir. Jom teh tinggi dengan mat gebu...Hooo...terkujat orengg putehh bila mat gebu sebut teh tinggi. Saja je, bukan apa2. Semalam anak buah mat yang kecik, Khairul Azri..sama nama macam sorang blogger ini. Mat kata kat dia semalam, ok, you behave, nanti pak usu buatkan kek, apa lagi bila dah dengar, terus menuntut, kata malas nak buat, mula jalan macam robot rosak..tegak semacam dengan muka ala2 derian mucung...takpe lah lagi pun yang ni kek senang sangat, mat buat kan saja lah. Pstt serius ini kek mudah sangat dan mat pun cedok idea dari geng masak2 Kak Ayu Singapore, di sini....terima kasih Kak Ayu....

rsz_dsc_3959
Tau tak kenapa mat guna ini kek mudah?.. Sebabnya mat guna tepung optima, atau ada yang panggil tepung spongemix, tepung kek instat pun ada juga. Cuma twist sikit bagi nampak menawan, lepas tu nak nampak lagi lah lawa kann..kata nak teh tinggi, ala2 formal gitu. Jadi lambakkan stoberi dalam lobang dia, tu kalau guna acuan berlobang lah. Kalau biasa2 tu pepandai lah eks nak hias macam mana. Dah lambakkan, lepas tu ayakkan sikit dusting powder bagi nampak ala2 salji, yelah rumah kampung kan panas, takde econ, jadi bila nampak kek ada snow2...terasa lah sejuk sikit...konon2 lahh...adehh sedap juga merepek petang2 hari ni..dah lah jom semak resipi senang ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung optima @ spongemix
3 biji telur gred A
50 gm mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh orange paste
1 camca teh chocolate emulco
Buah strawberry segar untuk hiasan
Dusting powder @ gula aising, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, sediakan acuan bund berlubang tengah, atau ikut acuan yang anda suka, lenser acuan dengan mentega dan tabur sedikit tepung, ketuk keluar lebihan tepung tadi. Jika guna acuan bulat atau 4 segi, alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan..
  2. Dalam mangkuk pemutar, satukan tepung optima, telur dan susu, kacau rata. Kemudian, putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat, kurang lebih 8 - 9 minit. Tuang mentega cair dan kaup dengan spatula hingga sebati.
  3. Bagi adunan pada 3 bahagian, satu letak perasa vanilla, satu lagi orange paste dan satu lagi chocolate emulco. Kacau rata. Taung dalam tin kek ikut kreativiti anda. Lorekkan sedikit dan bakar 40 minit atau hingga masak. Keluarkan dari tin dan sejukkan atas jaringan. Hias dengan stoberi dan ayakkan dengan guna aising atau dusting powder..

16 comments:

Rozuan Ismail said...

wah,terbuka selera petang2 tgk kek PCM.wan high tea ptg2 makan roti 70 sen je.huhu

susumanis said...

CMG..x penah dtg sini tak telan air liur..kikiki

Miss Amateur Cook said...

wowwwi nak jugak! sedapnya tengok.

Sunah Sakura said...

perghh..ade snow eks kek ni..

Chah said...

ni ha saya melenggang nk ke teh tinggi bersama cik mat, pakai baju kebatat lagi! kekeke..belipun kat bukit tinggi...sucinya nampak salju atas stoberi tu...heeeee

Ayu said...

Assalam cheMat,
tumpang lalu ya akak sebenarnya nak ambil recipe ayam masak kicap lada hitam, mat tu...terus ternampak entry ni..
hehe..akak terkejut sekejap..bila mat mention my name kat atas tu..
mula2 masuk akak nak tengok juga apa yang 'teh tinggi' tu..rupanya ada kek yang kelas you!! ada strawbery lagi kasi memang macam kat hotel punya kek tau, lembut dan gebus akak tengok.....memang creative betullah mat ni...psst sama2 mat, terimakasih kembali..heheh

Faiz said...

Emm tgah cari2 fikir2 nk buat kek apa ni..menarik gak ni..tpxda la pula tepung optima..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

cara persembahan yg menggiurkan..huhu.rasa nak ngap je

Kalamhati said...

teh tinggi ek...ekeke

Ummiakid @ lily said...

wowww!!!! cm nampak sedap sangat...
lagi cun bila guna mould tu...dh lama berkenan...beli mana cm..?

telor power said...

mat gebu: siyes aku amat jeles ngan ko ni....nampak mcm sedaaap sgt kek tu.(kan bagus aku pandai masak gak)

fizza said...

adus... terliuqla che Mat

nur said...

CMG

Lapaq la plak..

Oh Oeya said...

Aduhh! Sejuk rasa hati memandang :-)

sarah said...

bang mat, camna nak buat kicap yang selalu makan dengan bihun sup tu???tolong ajarkan yer...timaksih...

Eryati said...

o no....pasti sy akan tambah demokkkk klu tggal sebelah uma abg mat...huhuhu..asal terhidu wangi aje..bertandang nak mintakm makan...hahahahahah..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.