BEN ASHAARI

Thursday, January 12, 2012

BOSAN AKU DENGAN BLOGGER TAK BERETIKA!

rsz_dsc_3699
Assalammualaikum, salam malam Jumaat semua. Walaupun ini entri masak2, tapi tajuk dia tak de kena mengena dengan resipi kan. Hmm, kadang2 kami blogger masakan ni rasa kecewa juga. Dah lah pihak media cetak ada tu kurang etika, main sapu je hasil kerja kami. Di kalangan blogger2 pun ada juga, ntah lah nak kata apa. Mungkin ke mereka tak tau, atau buat2 tak tau. Blog masak2 antara beberapa aliran blog yang menjadi penyeri alam dunia blogging, walaupun kami tak sehebat blogger personal, tak sefemes blog2 artis, tapi dari segi manfaat rasanya kami antara yang paling berguna, terutama untuk suri rumahtangga. Walau pun hanya resipi tapi itu hasil penat jerih kami dan sesiapa pun perlu hormatinya, entri2 diblog kami juga bermaruah dan tidak seharusnya diambik secara kasar tanpa izin, diperkosa sehendak hati dan dibuang ibarat sampah. Kecewa juga, mat sendiri lama dah berblog masak, dan kami pun telah lalui pelbagai ragam karenah manusia, yang mencari keuntungan degan cara mudah...mengaku resipi kita, hak dia dan macam2 lagi lah.. Terbaru kes satu blog ni mengambil resipi, gambar dari beberapa blog masakan termasuk DTS. Yang lebih hina lagi, bila gambar masakan Puan Azlita, diambil, dicrop dan diletakkan watermark sendiri oleh tuan punya blog....mat rasa orang tu bukan lah jenis tak sekolah, tapi tu lah sayangnya sikap dan perbuatan beliau agak kurang matang....dalam hal macam ni, aku puji lagi blogger Pakcik Biola bila dia komen kat salah satu entri mat pasal bawang Holland tu kena beli kat Belanda ke?.. At least dia bertanya, tak de lah macam berlagak tau, tapi tatau. Hmm, jadi mat nasihatkan lah pada blogger tersebut, ambil lah tindakkan yang bijak, sebelum ia memakan diri....tu saja, kami bukan sombong, atau memperkecilkan blogger lain, cuma cara anda itu tidak betul. Kalau kita nak guna hak orang, mintak izin dahulu atau pun sekurang2nya tulis sumber dari mana anda dapat, letakkan sekali link, atau dalam istilah blogger "Backlink"...mudah sangat, dan dalam masa yang sama kita boleh kenal antara satu sama lain dalam keadaan yang lebih mesra...tu saja mat nak tulis, bukan nak sibuk2..tapi sebab gambar dan resipi aku pun nko kidnap, maka terpaksa lah mat gebu membebel's...penat woo tuliss...berpinau biji mata..


Ok lah berbalik pasal entri masak2 malam ni, mat masak yang simple dan ulang tayang pulak tu. Ini semua atas permintaan bonda, tapi asam pedas tu mat yang nak. Bonda berpuasa hari ni. Jadi dia pesan, masak yang mudah2, takmo yang canggih dan derhaka punya resipi..hahaha, Yoo lahh..esey pun masak yang sonang. Tapi ada satu masakan ni bonda sendiri bikin woo, sebab dia nya air tangan kalau masak, jadi laen..mat gebu masak jadi laen...kalau Ben Ashaari masak...perghh lagi lainnn...haha, macammana si ben boleh masuk dalam drama DTS ni pulak, well biasa lah skandal guaa kan. Bonda dia suka masak sambal ikan tamban dengan sengkuang, ini masakan nostalgia, masa zaman2 menoreh getah dulu, tu jam bonda anak dara, arwah nenek dan datuk masih ada, kira bekal mereka bekerja. Lepas tu ada bayam, yang tu cuma masak air saja. Mula2 mat nak nak masak "Bayam Raja Bersiong" sekali tengok bukan bayam merah...takpe lain kali kita masak ok....

Dann yang ni tak payah bagi tau, kira dah naik jemu orang tengok kat DTS ni, asam pedas. Cuma mat tersuka nak masak, sebab ada bunga kantan, daun kesom dan ikan kembong kegemaran ku. Masakan mudah2 ni semua cepat dibuat dan tak makan masa yang lama. Asam pedas tu anda boleh tambah bendi, tomato atau terung (macam mat guna) sebagai bahan sampingannya. Ok kita lihat resipi2 mudah untuk entri kali ini....Jommm..

SAMBAL SENGKUANG IKAN BILIS TAMBAN :-)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis tamban, rendam, buang sisik, belah 2 buang tulangnya dan ketepikan
1 biji sengkuang saiz sederhana, didadu
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih, hiris
6 biji cili hijau, hiris
1 inci belacan, larutkan dalam 3 camca besar air
1 kiub ikan bilis, hancurkan
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga harum. Masukkan belacan tadi bersama kiub ikan bilis (jika guna). Kacau rata dan tambah ikan tamban tadi dan masukkan sengkuang. Tuang air dan biar mendidih.
  2. Masak hingga sedikit kering dan sengkuang lembut tapi masih rangup. Tambah garam secukup rasa, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.


BENING BAYAM HIJAU....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ikat sayur bayam hijau, asingkan tangkai dan daun, siang berasingan cuci dan toskan
1/2 genggam ikan bilis, rendam
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa (optional)
Secubit gula
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan air secukupnya dalam periuk (tang air ni agak2 lah yea, mungkin 2 - 3 cawan sudah memadai). Biar mendidih. tambah batang bayam dan masak hingga lembut.
  2. Masukkan pula daunnya, kacau rata. Tambah garam secukup rasa, secubit serbuk perasa dan gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Jika nak letak cili hiris pun boleh....

ASAM PEDAS IKAN KEMBONG :-)

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong, siang dan cuci bersih, toskan
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
1 batang serai, dititik
1 cawan jus asam jawa
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1 biji terung bulat, kupas dan belah 6, rendam dalam air bergaram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Tuang air, kacau rata dan masukkan bunga kantan dan terung (toskan). Tuang jus asam jawa, kacau dan biar mendidih. Tambah ikan dan juga daun kesom. Kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya, tambah serbuk lada hitam dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh dihidangkan atau biar 1 - 2 jam untuk rasa yang lebih enak.Link

38 comments:

MamaFaMi said...

Sib baik perut dah kenyang!

Kalamhati said...

ambik hak org tanpa keizinan berdosa kan..

Rozuan Ismail said...

alamak,PCM puji PCB la. TQ.

malu2 kucing jap kat sini.

telor power said...

mat gebu jgn risau cuba bilang siapakah yg kaki ciplak tu???

lapor ar tgk blog si mat nie huhuhu

zaMir said...

aiyakkk..dlam tgh marah2 tu ada jugak selit 1 resipi...errr

kak ina kl said...

kecian kamu mat dan geng blogger yang banyak gambar mereka di ambil..nak buat camner kan..nak saman pun cam tak boleh ajer

Sunah Sakura said...

tu la, tengok gambar2 tu pun terus tau tu kak ita punya..tambah bukti bila ada satu resepi tu dia tak buang langsung ayat "-ita tambah"...

hahahah! kan kantoi sangat da tu kopipes!!!!

Lina said...

walaupun saya punya blog dan gambar tak seindah kawan2 blog lain tapi geram juga tengok.. saya punya pun dia ciplak.. mmg tak beretika hamba Alah ini.. :(

mashi said...

kita langgaq ja dia cik mat...
tu jenis blogger nak buat keje senang...

by the way suka tengok gambaq2 dekat blog cik mat,dari kenyang terus lapaq balik...and thanx sebab berkongsi resepi :)

Yatie Awang said...

betul tu..penting sekali letak backlink, umpama mengucapkan terima kasih..tapi itulah rasanya masih ramai yang berbuat begitu, padahal mereka tahu apa yang patut mereka buat kalau dah ambil kepunyaan orang...

sedap pulak nampak lauk kat atas tu...

akmall said...

suka tengok Encik Mat pakai pinggan lama motif bunga kangkung.. susah nak cari da sekarang.. sangat susah...

akmall said...

suka tengok Encik Mat pakai pinggan lama motif bunga kangkung.. susah nak cari da sekarang.. sangat susah...

akmall said...

suka tengok Encik Mat pakai pinggan lama motif bunga kangkung.. susah nak cari da sekarang.. sangat susah...

.........cP~ said...

Kalau die ambik gambar tak kredit kat pemilik tapi tak menipu kata die buat sendiri pun, ok la sikit. Sabar je la.

CitarasaKu said...

Salam DTS hihi En.Mat...nak tanya sket...ikan tanbam tu macmana ye..nanti boleh tak En.Mat ambik gambar ikan tu. Teringin nak cuba resepi lams yang ada sengkuang nie.

ibh said...

Kdg heran jg. . Dah ada watermark pun still nak ambil jg.

Cik Ina Do Do Cheng said...

salam abang mat


cik ina simpati nasib abang mat ngan puan azlita, baru ni je cik ina pegi blog yang mencilok tu. tak sangka dalam doniya ni ada org cam tu. nak wat cam mana lagi pun tak tau.yg ada watermark pun boleh dicuri, lepas kita nak buh apa lagi : (

Подтверждаю said...

as salam..
tak kisah la di nak buat apa kat hak pcm, biarkan. biarkan dia berhutang kalau itu yang dia nak. nanti kat mahkamah-Nya, dia tetap bayar hutang tu ;)

ow..ada sengkuang.. boleh tukar dengan bahan lain? yang masam2 sikit2. bab tukar menukar ni kurang mampu. hehe

HasrulHassan [HH] said...

Berkata soal resepi:
Errr ikan bilis tamban tu nak kena buang dia punya sisik??? kan ke halus bebenor ... lagi mau buang tulang dalam tu ...uhh macam susah je MG.

Aku tak biasa lagi buat resepi ni, ikan tamban ni ada jenis kasar, ada jenis halus. Jenis kasar pun aku dah renyah nak buang2 benda2 tu semua...main campak je dalam kuali.

www.hasrulhassan.com

Nina Mirza said...

As'salam CMG,
Alamak ....!! Tengok Asam Pedas Ikan Kembung CMG teringat kat Mama Nina. Masakan kegemaran dia tuu, hari-hari mama masak ~~~

Jahat nyer 'mereka-mereka pencuri' itu!! Entah datang dari planet mana agaknyer....
Tak suka, tak suka ... Benci mereka!!
Doakan mereka-mereka itu mendapat petunjuk dan kesedaran oleh NYA.
Amin ....

Amie said...

Selamat pagi Mat,
sejukkan hati dulu pepagi ni...

Amie said...

Selamat pagi Mat,
sejukkan hati dulu pepagi ni...

Oh Oeya said...

As salam Che Mat..

Berulang lagi kejadian tak diingini.. ermmm.. sabar ya Che Mat.

Sis-Lin said...

Kalau nak fikir2 bende ni, sampai bila tak habis2..selagi namanya blogger, inilah cabaran dan dugaannya...

Pelik kan mereka2 tu, tak fikir hati & perasaan org lain..aissshhh

*apa2 pun tgk lauk ko, sejuk sikit hati..hehehe shedapppp tau itu asam pedas!

ummiarissa said...

macam mana ye kita nak tahu orang amik gambar kita...selain melalui member blogger yang mention...boleh tahu tak?mana tahu gambar blog saya pun diciplak..(*perasan je*)share lah

maz said...

Salam dipgi jumaat CM...kmaz dh xde geng nk msk lauk2 pbret niii...waaaa sdpnyaaa..kmaz nga hb suka sngat asam pdsss...apa nk buat kan...siapa la kita semua dimata mereka2 itu kan...hanya sebuah blog tanpa suara..

Ummi said...

Assalamualaikum Mat....hehe, hari jumaat ni sejuk jek kat Kuantan sebab disimbahi hujan seharian dari pagi khamis semalam.... Bumi Sedenak mmg tgh panazzz kan, wpun hujan penuh tempayan, still x sejuk2 kan...hehe.

Itulah namanya blogger kejar glamour...amik resepi ke, amik gambar ke, tanpa izin...menipu diri sendiri... Ada hati lak nak wat buku...adeeeeii. Apapun tengok ikan tamban dgn sengkuang tu bikin akak kecur jek, baru kelmarin akak beli anak ikan tamban tuh...leh la meneraii nnt... abg rimau mst suka...tekak kampung la katakan...hehe

minsal said...

Assalamualaikum.

Sabarlah Che Mat.Allah Taala tu Maha Kaya.Tak cepat,lambat tau la depa tu.
Nauzubillah dengan perbuatan ni.
Mencuri bukan pd.benda yg.nampak ja.Dlm.MLM pun,ada yg.curi downline org.tapi tak rasa apapun sbb.tak nampak.

Zurina Hj.Zainal said...

salam jumaat cmg....tak baik curi harta org kan...kalau nak mintak...mcm budak2...apa nak jadi..

dim Benihana said...

i like!!

Memang tak beretika kot sape yg mencuri...

Lady Milo said...

wah, memang cari makan senang..
curi -crop- letak watermark sendiri..

sy pun terkena, ada orang blogwalking guna address blog saya, maki blogger lain.. adeh.. seriau.!

Sari Yusa Ibrahim said...

mereka tu muka tak malu CM... isk3!! tataw lak Kak Azlita pun kena jugak ke???

Azira...Nozie...Kechik said...

hmmm...tuh la..geram je tengok amik2 gambar lasagna la delima bagai...compile2...isk...kalau sebot nama owner pon takpe kannn

memmetlenggeng said...

cik mat, kawan kita pun kena laa... apa kata wat aduan kat SKMM, tak boley ker? Rasa macam bolehlah... bila kita koment kat fb pencuri ni dia wat muka toya jek..perghhh memang tak tau malu

Aiza Hamdan said...

huhu..tgk pic kat link dia pon dh tau curik DTS punyer..ader gak yg dia tak buang watermark..siap ade MAt Gebu lagik..nampak bebenor amik org munyer..

zinita said...

Salam CMG..
Tak dapat nak dinafikan ada segelintir orang macam tu.. sekali dia buat kita, orang akan buat dia macam tu juga. Sabar je la.

Alang-alang dah komen, kita pun nak minta izin guna resepi..kalau jadi (dah buat sendiri), kita takkan lupa backlink kat blog CMG.

Travel&Food Lovers said...

CMG...

sy baru baca pasal gmbar blog kak ita tu...n dh tgk muka si penciplak...angkuhnya dia...

siap kutuk2 lg kata pompuan2 dok kutuk2 die dlm blog...dayusnya org mcm ni...xmalu betul...kata jer chef, tp xprofessional langsung...

Azira...Nozie...Kechik said...

dia lupo kot imagine konon2 kalau2 cuba ada orang curi identiti dia menyamar jadi dia....apa rasa nya?

menyamar yg tak baek...apo perasaan...

Cik Mat,

Buat la lagi resepi oldies2...

TQ