BEN ASHAARI

Sunday, July 31, 2011

SALAM RAMADHAN.....LAUK SESUAI BERSAHUR.

Salam malam semua, ini entri terakhir bagi bulan Syaban sebelum kita melangkah ke bulan Ramadhan esok hari. Diam tak diam dah nak mula puasa. Sempena menyambut Ramadhan Al-mubarak ini, DTS-MAT GEBU menyusun 10 jari, memohon ampon dan maaf pada semua pengunjung blog ini. Jika ada terkasar bahasa, terlepas pandang dan tulisan2 mat yang mengguris perasaan, mat mohon maaf juga, kita hanya manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesalahan.... Selamat berpuasa pada semua mat ucapan....Ok mat share satu masakan yang sesuai untuk bersahur..

P1300237
Resipi daging goreng ala pattaya ni sesuai, sebab ianya sedap dan boleh membangkitkan selera. Nampak memasaknya macam leceh kan, tapi anda boleh masak awal dan panaskan bila masa bersahur. Resipi asal dari Chef Wan. Mana individu yang tak boleh makan daging lembu, apa kata cuba ganti dengan daging ayam. Ok, mat pun tak larat dah nak bebel2 lagi, jadi mat tulis lah resipi dia...Oh yea ini salah satu yang mat hidangkan masa Sunah datang siang tadi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang, hiris nipis, lebar2, cuci dan toskan
1/2 cawan hirisan rebung jeruk (optional, tapi mat letak)
1/3 biji red capsicum, didadu
1/3 biji green capsicum, didadu
1/3 biji yellow capsicum, didadu
1 genggam daun selasih (sweet thai basil)
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili thai
1/2 camca teh gula
Sos ikan secukup rasa
1 camca teh tepung jagung + 2 camca besar air = kacau rata
2 biji cili merah*
8 biji cili padi*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah cili sos thai dan sos tiram, kacau rata. Masukkan daging, kacau dan masak hingga daging kecut. Tuang sedikit air dan dan biar daging lembut.
  2. Masukkan rebung, semua jenis capsicum dan bawang besar, gaul rata masak sekejap. Tambah sos ikan gaul, masukkan bancuhan tepung jagung. Masak hingga pekat. Akhir sekali tambah daun selasih, gaul rata. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...

LEMAK CILI PADI AYAM BERNENAS...

P1300233
Assalammualaikum, salam semua. Mat baru berkesempatan menulis entri masak2... Hari ni mat menerima kunjungan dari Sunah, Azila (teman serumah Sunah) dan juga Miss Ran, blogger ratu pecut...perghh. Terima kasih pada mereka bertiga kerana sudi singgah rumah mat, yelah kita ni kan blogger pendalaman, jadi bila ada yang sudi singgah, rasa dihargai kan, blogger kampung.hehe ....jadi ke setarafan tu tak delah sama dengan blogger bandar2 besar..yea tak?.. Apa2 pun itu tanggapan sahaja, hakikatnya kita mahluk Allah yang sama. Ok untuk entri ni mat letak satu masakan yang begitu biasa. Lemak cili padi ayam bernenas ni antara hidangan mat pad tetamu tadi...Ady Budika...nanti datang Sedenak, aku masakkan, okehh..sekarang ni kita semak resipi dulu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong 18
1 biji nenas madu (mat guna nenas Josephine), dihiris sederhana tebal
4 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
12 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
4 biji cili merah
10 biji cili padi merah thai
3 biji buah keras
2 hirisan nipis lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, buang kulit, perap dengan jus limau nipis dan garam selama 15 minit, cuci kembali dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus bersama serai, hingga harum. Masukkan ayam tadi, gaul rata dan biar hingga ayam kecut.
  2. Masukkan nenas, dan gaul rata, masak sekejap. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Masukkan asam gelugor. Tambah santan pekat. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, masak hingga ayam empuk dan nenas lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidanglan bersama2 lauk kegemaran....

HAPPY BIRTHDAY SUNAH SUKA SAKURA..

(Gambar Ehsan Google)

Selamat hari lahir pada Sunah Suka Sakura....yang ke 20 sumthing..sumthing gitu. Moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan kehidupan di dunia dan akhirat kelak... Allah selamatkan Sunah. Ok tu saja....selamat malam semua....muahhh i lep u all.. Salam sayang dari DTS_MAT GEBU.....

Saturday, July 30, 2011

ROTI JOHN....YANG JOHN TATAU...

P1300222
Salam malam semua, nak tidur awal sikit ni, hari ni selain jadual agak ketat, rasa tak berapa rajin sangat nak masak. Siang tadi pun masak biasa2 siaa, Jadi ni malam nak share satu resipi mudah. Semalam kan mat buat mushroom soup, jadi ada lebih roti perancis, tapi yang ni roti dia lembut, bukan macam roti perancis biasa yang keras macam tongkat tu. Buat dia senang, mat guna daging ayam cincang. Rasa mat sebatang roti perancis saiz sederhana ni boleh dapat 3 roti john yang si john pun tatau dia dah jadi roti..boleh macam tu?....Esok mat nak bangun awal, bukan nak bersahur, tapi nak kena siap2kan bahan2 mentah untuk memasak. Esok insya Allah mat akan menerima kunjungan tetamu..sapa itu orenggg..kita tunggu esok yea, mat update kemudian nanti....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/3 cawan daging ayam yang dicincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 pokok daun bawang, hiris halus
2 pelepah daun sup, hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
1 biji telur, dipukul sedikit
2 keratan roti perancis (kurang lebih 7 inci setiap satu) belah dua setiap satu
Hirisan halus kobis
Hirisan timun
Hirisan tomato
Sos kegemaran

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan rempah kari dan kacau rata. Masukkan daging cincang tadi, gaul hingga sebati. Tuang sedikit air jika perlu.
  2. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau. Masak hingga kering. Matikan api dan masuk hirisan daun sup dan daun bawang, gaul rata. (kalau rasa nak letak garam pun ok, tapi daging burger dah masin). Biar sejuk. Masukkan telur dan gaul rata.
  3. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Tuang 1/2 bahagian no.2, ratakan sedikit. Bila kelihatan hampir masak, letak roti yang telah dibelah, menutupi bancuhan telur tadi. Tekan2 sedikit dan biar hingga masak.
  4. Berhati2 terbalikkan dan biar bahagian roti sedikit peerang. Bila ok, boleh angkat. Hias dengan hirisan kobis, timun dan tomato, paipkan sos kegemaran sebelum dihidangkan..

UBI REBUS, SAMBAL TUMIS DAN KOPI PANAS..

P1300211
Salam pagi Sabtu, sibuk memasak ke semua, eh bila sebut semua tu, apa ingat tak de lelaki atau suami2 yang memasak?..Adaaaaa...zaman sekarang lelaki dah versatile, tak macam dulu, suami kena jemur baju, dah jiran2 sekampung gosip kata laki dah kena mandrem, bila kena cuci pinggan, kata suami tu dah kena makan nasi "the kangkang's"..dengar kata isteri. Itu semua tuduhan orang2 yang pada mat sifat kolot masih menebal dalam diri. Kalau ikut zaman sekarang, kena ada sikap bantu membantu, walaupun lelaki kerja dia lebih untuk mencari nafkah, tapi isteri juga memain kan peranan amat penting, bayangkan kalau anak2 kita nakal, orang mesti sebut, "mak/pak dia tak ajar ke!!"..see nama sapa yang naik dulu..nama "Mak" jugak..huhu jadi tak payah nak rasa malu kalau anda memasak atau mencuci pinggan untuk membantu isteri, mesti ada rasa bangga....Okeh.. Jom sarapan ubi rebus, sambal tumis dan kopi panas...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Ubi secukupnya
Sedikit garam
Air secukupnya

BAHAN SAMBAL TUMIS :-)
1 genggam ikan bilis, rendam
2 senduk nasi cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Gula dan garam secukup rasa (sedikit serbuk perasa)
1 biji bawang besar hiris
1/2 inci halia, diketuk

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ubi dikupas kulitnya, kerat pendek cuci bersih2, dan letak dalam periuk, tuang air secukupnya dan tambar garam, yang ni agak2 lah tapi jangan banyak, jika rasa air rebusan tu lemak2 sahaja, sudah memadi. Rebus hingga ubi empuk, toskan dan masukkan balik dalam periuk, hidupkan api perlahan dan biar ubi rebus tadi kering sedikit airnya. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus dan halia hingga harum, masukkan cili kisar dan tulis hingga terbit minyak. Tuang jus asam jawa, kacau dan masak hingga pekat. Tambah garam secukup rasa, gula dan secubit serbuk perasan, kacau dan masukkan ikan bilis (toskan) tadi (yang ni ikut suka, nak goreng dulu atau tidak) dan bawang besar. Kacau rata.
  3. Masak sekejap lagi hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ubi rebus tadi...


Friday, July 29, 2011

MUSHROOM SOUP WIF GARLIC BREAD..I LIKE!.

P1300190
Assalammualaikum, salam malam semua, terakhir ni letak resipi, tapi untuk ni malam lah, esok insya Allah, lusa pun insya Allahh, sebab hari tu mat ada tetamu, tu pun kalau jadi, mudah2an dengan izin dari Nya, semua akan berjalan lancar. Petang tadi tak de entri, tak sempat lahh, sebab pi beli barang2 dapur sikit. Ok malam ni nak share resipi mushroom soup, dah pernah buat dulu dan letak kat sini, rasa mat resipi ni juga pernah tersiar di Majalah Jelita sedikit masa dahulu, resipi dia biasa2 je, tapi mat guna cendawan butang segar, dan ia memberi satu aroma yang segar dan rasa ke cendawan an dia lebih terasa. Kali ni mat guna roti beli je, kalau dulu kan mat buat sendiri, tapi sebab mengejar masa, kita rembat je lah kat kedai, senang cerita.....

P1300199
Kali ni mat guna susu rendah lemak, selalu guna susu sejat IDEAL, dan kalau nak lagi lemak berkrim dan menyihatkan body memasing gebu, sila tambah sedikit whipping cream yea..hehe, mat memang tak letak lah. Sepatutnya letak parsley sebagai hiasan, tapi kan tadi kat Tesco jangan kata parsley, bayang dia pun tak de, jadi kita tabur lah hirisan kuchai atau chives sebagai hiasan. Roti tu pulak mat sapu olive spread + 2 ulas bawang putih yang dicincang lumat. Kalau nak guna mentega pun ok, lagi sedap, lagi sehat dan lagi.................gebu. Ok mat tulis resipi dia, jommm....


BAHAN-BAHAN :-)
220 g cendawan butang jenis segar (boleh lihat contoh disini....)
600 ml air
350 ml susu rendah lemak
1 kiub ayam "Maggi"
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Sedikit cincangan daun parsley, untuk hiasan (tak de)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cendawan dibasuh, lap kering dengan kitchen towel bersih. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan.
  2. Dalam non-stick wok (kalau tak de, belasah guna kuali biasa...) panaskan mentega, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata2. Gunakan api kecil.
  3. Tuang air dan susu rendah lemak, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.
  4. Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam...(mat tak letak garam sebab kiub ayam tadi dah terasa garamnya). Hidangkan dengan menabur sedikit cincangan daun parsley dan taburan serbuk lada hitam serta garlic bread......

29 JULAI 2011 - 4 TAHUN USIA TIFFINBIRU....

(Gambar Ehsan Google)

Salam semua..Hari ni 29 hb Julai 2011, blog DTS-MAT GEBU meraikan ulang tahun ke - 4. Syukru alhamdulillah, diberi kesihatan dan digerakkan kerajinan untuk mengisi blog masakan ini. Hmm, tak sangka, diam tak diam sudah empat tahun DTS dapat bertahan, berkat sokongan anda semua yang tak putus2 singgah ke sini, memberi kata2 semangat...hmmm mat terharu. Terima kasih mat juga pada blogger masak2 yang begitu memberi sokongan moral pada DTS...ohh terharu lagi...

Jom mat share rentetan sejarah tiffinbiru ni. 4 tahun dulu pada tarikh ini mat gebu pada masa tu tak tahu menahu apa itu blog, telah dengan berani2 membuka satu blog masak2, masa tu mat guna nama "bluetiffin"..Kenapa bluetiffin?.. Ini kerana mat memiliki satu mangkuk tepen antik biru, dan pada mat ia punya significan yang begitu sinonim dengan dunia masak2 dan juga penyatuan...bertingkat tapi bersatu. Masa berlalu hingga mat menghadapi sedikit masalah teknikal, tiba2 blog tu disekat....apa kah dosa ku....

Kemudian mat buat blog ini "tiffinbiru", dan alhamdulllah ianya bertahan sampai sekarang. Sejarah sekali lagi berulang selepas 3 tahun bila mana tiffinbiru blogspot, menjadi tiffinbiru.com..cerita di sini. Dalam 4 tahun berblog, mat, walaupun dari bidang berbeza, blog berbeza, tapi blog DTS turut mendapat impak dari blogger lain, terutama personal blogger, kredit mat berikan pada teman sepagar Ben Ashaari...kenapa? Sebab kami serasi berjiran walaupun macam2 persoalan timbul dan dia pun banyak membantu mat, blogger2 muda mula singgah ke DTS lepas tu..

Untuk menutup entri ini, dengan rasa rendah diri, mat ucapkan terima kasih sayang pada semua, pembaca, pengunjung samada secara tak langsung, pada followers, pada teman2 blog masakan, personal dan antik serta teman FB...Juga tak lupa mat pada pihak media, sama ada media cetak atau elektornik- Majalah Jelita, Harian Metro dan lain2. Juga pada Ben Ashaari dan Kak Ummi Kuantan...mereka lah tempat mat mengadu susah dan senang dunia berblog ini...Moga Alllah membalas jasa2 anda semua.....

RUMAH PENGHULU PENUH UKIRAN,
UKIRAN BERBUNGA DEDAUN PAKU,
DOA KU PANJAT PENUH KESYUKURAN,
SEMPENA EMPAT TAHUN USIA BLOG KU

MANGGA MUDA DIBUAT KERABU,
DUDUK MAKAN BERSAMA CIK AINI,
TERIMA KASIH DARI MAT GEBU,
BUAT MEREKA YANG HADIR DISINI...


AYAM MASAK HALIA KICAP.

P1300189
Salam Jumaat..buat apa tuuu...ni hari dah 4 tahun usia DTS, kalau aku bela anak, dah kira besar juga kan..hehe. Hari ni mat pun masak untuk anak2 juga, anak buah. Semalam kat sini ada buat penutupan bacaan yassin dan tahlil, jadi dapat lah nasi ambeng, dan ada lagi 2 bungkus, kami simpan dalam peti sejuk. Jadi mat masa yang senang saja. Ayam masak halia kicap, resipi macam masak kicap biasa je, tapi ada sedikit lebih halia, mat guna halia muda. Ayam tu pulak mat goreng dalam sedikit je minyak, bagi dia berkulit, kemudian mat lebur semua bahan2 lain, tuang air secukupnya dan renih hingga ayam empuk dan masak. Masakan ni tak pedas, sebab guna sedikit serbuk lada hitam. Ok kita semak resipi pulak yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong 9 atau 10 bahagian (ikut suka)
1 1/2 inci halia muda, hiris
1 biji bawang besar hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/4 cawan kicap manis
1 cawan air
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji cili merah, hiris
1/2 camca teh cuka makan
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan perap dengan jus limau nipis dan garam sekejap. Cuci kembali dan cucuk dengan garfu dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Perap 45 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ayam dan goreng hingga ayam sedikit perang. Masukkan kayu manis, halia dan bawang putih, kacau rata. Tuang air dan kicap manis, bila mendidih, perlahankan api, renih hingga ayam empuk.
  3. Masukkan bawang besar, cuka makan, cili merah dan lada hitam, masak sekejap dan jika nak kuah lebih, tambah sedikit air, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat...Selamat mencuba..



Thursday, July 28, 2011

ASAM TUMIS SULUR KELADI.....PETUA RAMADHAN..

P1300182
Salam semua, sah siap2 nak beradu ke. Sebelum tu meh sini mat nak share satu lauk2 orang kampung. Pernah makan sulur keladi?.. Hmm sekarang ni mudah nak dapat terutama di pasar tani atau pasar basah. Lauk sulur keladi ni memang menjadi kegemaran orang2 kampung kecuali mereka yang ada berpantang makan sulur keladi, macam mat pantang juga, pantang nampak. Satu masalahnya kadang2 sulur keladi ni agak menggigit atau gatal, nasib2 je baru dapat yang ok. Yang ni pun masa mat celur tadi, dah letak asam, sedikit garam dan juga jampi serapah, tapi tetap juga ada sedikit menggigit, nasib baik lepas masak asam, dia tak gatal lagi dah... (^_*)

Oh yea insya Allah minggu depan kita akan berpuasa kan, mat nak share tip Ramadhan dari Chef Norzailina Nordin yang mat kopipes dari FB beliau (dengan izin yeaa), seperti berikut..

"Supaya anda tak ketandusan idea memasak, sediakan senarai (no.1 - 29). Jika anak2 dah besar, minta mereka isikan juadah berbuka yang mereka inginkan. Jadi, setiap hari ada menu berbuka yang istimewa, sesuai selera masing2. Begitu juga untuk bersahur. Rancang sebulan awal supaya minda anda tak tertanya2 nak berbuka apa."

Terima kasih kak lina...ada lagi nanti mat share di blog DTS yeaa....Ok kita semak resipi pulak, jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tuna saiz sederhana atau ikan tenggiri
1 paket sulur keladi, yang telah siap disiang*
1 keping asam gelugor*
Sedikit garam*(*disatukan dan celur hingga sulut keladi sedikit lembut, toskan)
1/2 cawan jus asam jawa
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
3/4 cawan cili kisar
3/4 camca teh serbuk kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa (atau serbuk perasa)

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan tumis sekejap. Tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak.Tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan jus asam jawa, kacau rata dan masuk sulur keladi dan bunga kantan tadi. Bila mendidih, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula atau serbuk perasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman..

DAGING MASAM MANIS ALA THAI.

P1300173
Cakkk..wahh petang sudah..eh petang ke hapa dah nak senja pungg..adeh, si mat ni kan dia blurr tau ni hari, rasa macam tak berapa nak besss jee, tadi kat FB pun pantun ala2 macam orang mati bini, keciwaa memanjang, alah releks, lah, mat kan kalau ada benda yang buat rasa diri runsing, mula lah rasa tak bess, rasa mood tu down giler...bak kata Ady Budika "meng deq don ku senuk"...adehh tu bahasa Siam okehh..maksud dia apa ntah, kena cari sendiri..boleh mcm tu?.. Ok kali ni mat masak daging, tapi sikit dalam 300 gram, dan masak dengan rebung dan daun selasih. Ni kira fusion, mat guna pes tomyam saja (kali ni mat guna jenama lain, saja nak test jenama "Mae Pim"..siam sangatt..haha) , sebab nak cepat dan mudah pun yea, tapi kan not bad lah, sedap..Jom semak resipi, bess juga untuk makan masa sahur nanti..

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 inci halia, tumbuk halus*
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*
1/2 camca teh lada hitam serbuk*(*disatukan, gaul dan perap 30 minit)
2 camca besar pes tomyam thai jenama "Mae Pim" (atau pes pilihan anda)
1 cawan hirisan rebung
1 biji bawang besar, belah 6
1/4 bahagian traffic light capsicum (red, green, yellow) didadu
6 biji cili padi thai, belah 2 setiap satu
2 helai daun limau purut
Sos ikan secukupnya
1 genggam daun selasih @ sweet thai basil
1/2 cawan air
Sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan daging yang diperap tadi, goreng 5 minit. Kemudian masukkan pes tomyam, bersama2 daun limua purut, gaul rata bersama daging dan masak sekejap. Tambah air dan biar mendidih.
  2. Masukkan traffic light capsicum, rebung, cili padi dan bawang besar, gaul rata dan biar sekejap. Tambah gula dan sos ikan secukup rasa, gaul dan masak hingga pekat, daging empuk dan rebung lembut tapi masih rangup. Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau dan matikan api. Rasa dan jika ok boleh hidangkan segera bersama nasi hangat..hmmmm...

SOTONG KUNYIT REMPAH KURMA

P1300165
Assalammualaikum, selamat petang semua.. Dah makan?. Ok kali ni mat nak share satu lagi resipi simple sangat, sesuai untuk berbuka puasa dan bersahur. Tapi kan kali ni mat masak saja, makan tak, sebab sekarang ni memang pantang dah makan sotong, takut kena gatal2 macam tu hari, habis telinga dan kawasan pipi dagu, jadi gatal tak keruan, serik lah nak makan. Tapi tu hari mat nampak sotong keping yang jual kat pasaraya tu, yang tabut gula halus dan ada bau bacin2 sikit. Alaaa sedap dan tak tahan sangat, nyamah jugalah sikit..huhu, nasib baik tak gatal. Kali ni mat masak sotong yang saiznya agak besar, abang mat yang sulung, dia bawak balik dari Terengganu. Sekor sotong tu tadi mat timbang kurang lebih 450 gram!!, besar bagak, tapi kan tebal, jadi kenalah guna kaedah kelar bersilang, bagi nak lembut dan menaikkan seri si sotong itu bila diisi dalam bekas. Ok mat tulis resipi mudah ni yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram sotong, dibersihkan, kelar bersilang, kerat dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh serbuk rempah kurma*
1/3 camca teh cili flakes (boleh guna cili kisar)*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
1/2 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap 1 jam)
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji bawang besar hiris
1 batang leek, kerat kecil dan rendam
1/4 cawan air
Secubit gula
Sos ikan secukupnya
Hirisan daun bawang secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih hingga perang, masukkan sotong yang telah diperap tadi, gaul rata dan bila sotong kecut, tuang air, kacau dan masukkan leek (toskan), gau rata. Biar mendidih.
  2. Masukkan sedikit gula dan rasa jika kurang masin, renjiskan sedikit sos ikan, kacau dan masak sekejap. Kemudian matikan api, alih dalam bekas sesuai, tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan panas bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

Wednesday, July 27, 2011

BENZILA LOVE COOKIES.....ADA SEJARAHNYA..

Benzila Love Cookies
Malam semua, huhu 2 entri sahaja dia DTS hari ni, yang ni kira entri nostalgia....Mat tak larat nak buat apa, tadi petang bekalan air paip terganggu, lepas tu pam air untuk tangkai air kediaman kami pulak tiba2 tak hidup..hmm, mati mood sudah. Jadi last entri masak2 tu tadi jam 5 petang. Malam ni mat nak share satu biskut rekaan khas DTS-MAT GEBU untuk seseorang yang mat rasa banyak juga membantu...dan mat sendiri memang hormat kat dia, satu petua untuk kekal lama bersahabat (insya Allah), selain perlu hormat antara satu sama lain, privacy atau kepentingan sahabat2 kita pun harus diberi pandangan serius, kena hormat dan peka, kalau mereka tak suka, kita jangan buat...tapi kan...mat ada kala "usik" gak dia ni, saja bagi hangat..haha, jahat juga kan si mat nih..tak delah, releks, itu semua hanya gurauan semata2 bukan dari hati.

Bagi mereka2 yang baru kenal blog DTS, mesti tertanya2 biskut tu, pesal nama dia Benzila love cookies...Itu sebenarnya penghargaan ikhlas dari DTS-MAT GEBU untuk Ben Ashaari dan Azila. Jadi mat gabungkan jadi lah "Benzila Love Cookies"..dah macam biskut barbie doll pun ada gak kan..sabar jee lah...tapi biskut tu memang mat suka, cuma mat punya tak delah drizzle coklat pink tu...mat buat simpel je untuk sendiri makan. Ok apa kata kita tengok balik resipi dia, boleh juga tambah sedikit lagi idea untuk projek raya nanti....Jomm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
140 gram mentega (mat guna jenama "Anchor")
145 gram tepung gandum*
80 gram tepung kastarad*
40 gram Horlick*
40 gram gajus, kisar halus*
30 gram cocoa crunch, kisar halus*(*A)
40 gram gula aising
1 kuning telur
1/4 camca teh esen vanilla

BAHAN HIASAN :-)
Coklat masakan secukupnya
1/4 camca teh lemak sayur
Coklat masakan berperisa strawberry secukupnya
Gula hiasan bentuk hati secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan esen vanilla dan juga bahan bertanda (*A) sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh (doh memang lembut sedikit, tapi anda biarkan ianya terdedah pada udara untuk 10 - 15 minit, nanti doh jadi OK).
  2. Canai doh antara 2 keping plastik setebal 0.5 cm. Terap dengan acuan bentuk hati, susun dalam loyang pembakar, jarak kan sikit, sebab biskut akan mengembang sedikit dalam proses memasak. Buat hingga siap. Bakar pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing.
  3. Bila masak, biar sekejap dalam loyang hingga suam dan baru dialihkan atas jaringan sepenuhnya. Sementara itu cairkan coklat masakan secara kaedah "double- boiler", masukkan lemak sayur. Kacau rata.
  4. Bila biskut sejuk, celupkan permukaan biskut tadi dalam coklat masakan, susun atas jaringan kembali. Hias dengan gula hiasan bentuk hati, atas biskut tadi. Buat hingga selesai dan biar sekejap hingga coklat mengeras.
  5. Cairkan pula coklat masakan berperisa strawberry tadi, gunakan kaedah double-boiler. Gunakan api paling kecil semasa proses mencairkan. Isi dalam piping beg dan drizzle kan zig-zag atas biskut tadi, biar coklat mengeras baru simpan dalam bekas kedap udara...
CATATAN MAT GEBU:- Acuan biskut, selalunya mat celup dalam tepung sagu untuk mengelakkan doh melekat ketika kita menerap biskut tadi....

MI HOON KERANG.....PAGI TADI PUNYA..

P1300153
Salam petang....biasa sangat lahh entri si mat gebu ni, tah hapa2..tu lah kan, tak kesah lah hapa2 ke hapi2 ke, janji ada entri. Ini mat masak pagi tadi, kebetulan bonda sedara mat datang, jadi dari kosong kan, mat goreng lah mi hoon, tapi dia datang pun bawak kueh mueh tadi, ada lepat pisang, kueh rengas, cok badak, karipap dan pisang goreng..kus smangat banyak kan. Tambah pulak dengan mi hoon kerang...wahh meriah sangat lah. Mat pun masak dalam 200 gram mi hoon yang belum direbus, kira banyak juga tu, lebih nya bagi kat anak2 buah....

P1300154
Ini mat masak seringkas yang boleh, sebenarnya mi hoon sesuatu bahan mentah yang begitu versatile, boleh dipelbagai gunakan mengikut citarasa kita. Tapi ada masa boring juga kan mi hoon, huhu, bagi mat kan, mi hoon lebih mat minati dari mi kuning, ini kerana mi kuning ada ubat pengawet yang kalau tidak betul sukatannya, boleh menyebab kan kita sakit perut. Ada kala, kalau kita goreng mi kuning dan letak dalam periuk aluminum nanti akan ada bekas2 mi pada dasar periuk..tu tanda mi kuning lebih ubat, satu lagi mi tadi akan bau ke"telur'an walaupun pada asasnya mi kuning komersial tidak menggunakan telur dalam resipi mereka...Ok kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mi hoon, rendam atau rebus hingga lembut dan toskan
1/2 cawan isi kerang (yang ni ikut budget)
1/3 cawan isi udang
1 camca besar cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukupnya
100 gram taugeh
2 biji telur, dibuat telur hancur
2 keping tauhu keras, dadu kecil, goreng dan toskan
Hirisan daun bawang sebagai hiasan
Telur mata kerbau, sebagai hiasan
Sambal tumis kerang (optional)

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah sos cili, sos tiram dan sedikit sos ikan. Kacau rata. Masukkan kerang, tauhu, telur hancur dan udang, gaul dan biar udang masak sekejap. Masukkan mi hoon dan gaul rata, gunakan api sederhana.
  2. Tambah sos ikan secukup rasa, dan akhir sekali masukkan taugeh. Gaul dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama telur dan sambal tumis kerang, jika suka...



GULAI PUCUK UBI DENGAN KERANG..

P1300164
Salam semua, dah santap tengah hari?..Mat belum lagi, tekak sakit, tapi kan pagi tadi mat menerima kehadiran bonda saudara, jadi mat ada lah buat sarapan biasa2, yang tu nanti share dalam entri petang, alah biasa2 je, tah2 anda pun jemu nanti. Hari ni mat atas perintah, kena masak gulai pucuk ubi dengan kerang, lepas tu pesan lagi, jangan lupa letak tempe..waaa, biasalah kan Jawa mana boleh tak de tempe. Tapi kan mat pun suka tempe, sedap. Masak ini senang, main lebur saja, tapi kan bahan rencah dia tu mat ada campur udang kering dan sedikit belacan, benda2 tu semua nak bagi enhance dia nya rasa biar lagi sedap. Kalau mana nak pedas boleh guna cili padi, yang ni mat guna 3 biji cili merah, jadi tak pedas...hmm..eh sakit tekak mana boleh makan pedas2 kan...erkk... ok jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk ubi, asingkan dari tangkainya, cuci dan toskan
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
3/4 cawan isi kerang
3 keping tempe, didadu besar
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa (nak guna serbuk perasa pun ok)

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap dan toskan
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi direbus hingga 1/2 lembut, tos, cuci dan perah, kerat pada beberapa bahagian, dan masukkan ke dalam periuk bersama serai, bahan kisar halus, asam gelugor dan kerang. Gaul rata dan masak sekejap.
  2. Tuang santan cair dan kacau. Biar mendidih, masukkan tempe dan masak hingga pucuk ubi lembut dan tempe masak. Tuang santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya, tambah secubit gula atau serbuk perasa.
  3. Masak dengan api kecil sambil dikacau hingga mendidih. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi, sambal belacan dan ikan masinikan goreng jika suka..

Tuesday, July 26, 2011

NO TIME PIZZA......CEPAT DISEDIAKAN...

P1300152
Assalammualaikum, selamat malam. Untuk entri terakhir ni mat nak share satu resipi mudah sangat, kira kalau nak cepat kan, boleh try buat ni, tapi dengan syarat...kena ada ready made pastry yang macam mat guna untuk resipi ini...Pastry jenama KAWAN ni mat beli di Econsave, tapi kan tak pasti lah econsave di tempat anda. Yang pasti kalau mana2 dok Kulai, insya Allah boleh dapat di Econsave sini, dan mungkin di Senai juga. Mat rasakan untuk bulan puasa ni, ianya amat berguna untuk mempelbagaikan juadah, yelah ini untuk mereka yang ada masa atau waktu di hujung2 minggu. Nanti mat akan cuba pelbagai gunakan pastry ni..kena lah tunggu, kasi aku fikir dulu nak derhakakan macam mana lagi...Tapi untuk malam ni......

P1300148
Mat buat pizza, ini pun sebab nampak kat paket pastry tu, cuma mat gunalah gaya sendiri. Mat guna sekeping pastry tu, yang bersaiz kurang lebih 8 inci x 8 inci kalau tak silap, tapi kan mat bakar sekejap sebelum letak bahan2 atasnya. Bukan apa bertujuan mengelakkan ada bahagian yang tak masak, sebab ini bukan macam roti, tapi pastry yang berlapis. Ok lah mat tulis yea apa yang kita perlukan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping "Flexi Pasti" bersaiz 8 inci x 8 inci
2 batang sosej Ayamas, hiris
Sedikit hirisan traffic light capsicum (merah, hijau, kuning)
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 biji cendawan butang, hiris nipis
3 camca besar sos tomato
Hirisan keju mozarella secukupnya
Sos kegemaran

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 190C. Tanggalkan plastik lapis yang ada pada pastri tadi, letak atas loyang pembakar yang telah dilenser dengan sedikit minyak zaitun. Bakar pastri tadi selama 15 minit. Kemudian keluarkan.
  2. Sapu sos tomato atasnya dan ratakan, susun traffic light capsicum, bawang, cendawan dan hirisan sosej tadi. Akhir sekali susun hirisan keju mozarella atasnya. Masukkan kembali dalam oven dan bakar lagi 10 minit hingga keju mencair dan sedikit peerang. Keluarkan dan boleh dihidang bersama sos kegemaran.....hmmm.

ACAR IKAN TUNA @ TONGKOL..

P1300133
Assalammualaikum, entri kali ni nak berkongsi satu respi mudah dan senang, mat guna ikan tuna atau tongkol, tapi anda boleh lah guna ikan apa yang anda suka, janji ianya berdaging, macam ikan tenggiri, ikan merah dan lain2. Mat cuma buat 1 ekor sahaja. Gunakan apa bahan2 yang ada, timun tak de, jadi mat gunakan traffic light capsicum sebagai ganti. Pada mat, resipi ni pun sesuai untuk bersahur nanti, ianya cepat disediakan, kalau ada ikan goreng yang tak habis masa berbuka puasa pun ada boleh oter jadikan acar macam ni. Ok, kita semak resipi pulak yea..jomm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tongkal putih saiz sedang, disiang, kerat dan cuci bersih, toskan*
Sedikit garam*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata dan ketepikan)
1 biji bawang besar, belah 6
4 ulas bawang putih, belah 2 setiap biji
1/4 bahagian capsicum merah, hujau, kuning, didadu besar
1 inci halia, hiris halus
1/2 camca teh serbuk kunyit'
1 camca besar cili kisar
1/4 cawan cuka makan, mat guna jenama Jalen
Garam secukup rasa
Gula secukupnya (anggaran 2 camca besar atau ikut manis)
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*(*rempah tumis)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng ikan tadi, tapi jangan garing, biar dia embal2 sahaja. Angkat dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan rempah tumis, bawang putih dan halia, tumis hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah gula dan serbuk kunyit, kacau dan tuang cuka makan. Gaul rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan bawang besar, semua jenis capsicum, sedikit garam dan juga ikan tadi, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...

SAMBAL KERANG TERIKUT-IKUT...

P1300143
Salam petangg...waahh sudah petang, tak leh jadi ni...dah dekat..dah dekat..haha, gurau je, tak dee dehh dekat2, kalau dekat nak mati tu mungkin barang kali (mudah2an Allah melanjutkan usia kita semua yea..). Nama judul sambal kerang terikut-ikut, kan main..Ada cerita sebenarnya. Semalam mat merayau2 ke blog Puan Azila, sekali kan ter ter ter nampak dia buat sambal kerang, terus macam ter nak pulak makan sambal kerang, jadi mat pun buat lah tadi, kira aku terikut-ikut lah kan, sesuai lah nama resipi tu sambal kerang terikut-ikut. Apa2 pun sambal kerang ni makan dengan nasi lemak pun sedap, dengan roti pun ok, atau dengan nasi impit..hmm sedap juga kann... Ok kita semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram isi kerang
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
1 biji bawang besar hiris berangkai
Garam dan gula secukup rasa (nak guna serbuk perasa pun ok)
1/2 inci halia, dititik
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*tumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, halia, garam dan gula secukup rasa dan masak hingga pekat.
  2. Masukkan isi kerang dan hirisan bawang, kacau rata dan masak hingga sedikit kering dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti dan sebagainya...

GULAI UDANG BUNGA KANTAN......ADY BUDIKA "GA"..

P1300141
Salam semua, dah makan tengah hari ke?..Hari ni mat masak, gulai udang bunga kantan, letak nenas. Tapi kali ni mat guna nenas Josephine katanya dari Filipina. Manis dan enak dimasak bersama udang, ayam atau dibuat pajeri. Dimakan begitu saja pun sedapp sangat. Ini masak lemak biasa je, mudah dan bahan2 dia pun minima. Sesuai juga kalau nak masak untuk bulan puasa, tapi kalau bulan Ramadhan biasanya kita makan yang ringan2 kan, kurang masak2 lemak ni semua. Masakkan ni juga sesuai untuk kanak, sebab guna 2 biji cili merah saja, tapi tu terpulang, kalau nak pedas boleg cempakkan 7-8 biji cili padi dalam dia. Ok yea, terlanjur ni mat nak war2 kan.....

Ady Budika, ada membuat Giveaway diblog beliau sempena percutian dia di Phuket Thailand tak lama lagi, ada sedikit syarat2 mudah untuk anda penuhi jika nak join GA Ady tu, alaaa syarat ciken je beb, tarikh tutup 31 hb July 2011, jam 6.00 petang, cer klik sini.....Jadi sudi2kan lah yea... Sekarang kita semak resipi pulak...Jommmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 nenas, kalau kecil guna semua
12 ekor udang saiz besar
4 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
2 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor
250 ml santan pekat
700 ml santan cair (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji cili merah (nak pedas tambah cili padi)
1/2 inci kunyit hidup
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nenas dipotong berbaji, udang dibersihkan, gunting hujung muncungnya dan kaki2 kecilnya. Cuci dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak, masukkan udang, gaul rata dan masak hingga berubah warna. Tambah nenas, gaul dan tuang santan cair. Masukkan daun limau purut dan asam gelugor. Biar mendidih.
  3. Tuang pati santan, tambah bunga kantan, perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dengan api perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

Monday, July 25, 2011

STRAWBERRY IN HORN PASTRY..

P1300126
Assalamualaikum semua..salam malam, panaskan cuaca, berbahangkan. Petang tadi mat saja nak test satu benda baru..Tapi terlebih dahulu nak ucap terima kasih pada geng masak2 mat Puan Yani, sebab mat nampak dia guna sejenis pastry jenama KAWAN. Beberapa hari lepas masa mat ke econsave, ternampak pastry yang Yani guna tu..terus ambik..Bila balik tengok pastry tu kita pelbagai guna nya, nak buat pizza pun boleh, tu yang mat nampak kat gambar dia lah. Lagi satu yang mat beli tu jenis tepung yang ada sekam jadi kira berserat tinggi, cuma pastry dia tak delah seputih macam puff pastry. Kalau yang tepung biasa, mungkin putih kan.

P1300130
Bila dan beli tu, mula lah fikir nak buat gaya macam mana lah. Teringin mat ada beli satu benda yang khas untuk kita buat roti atau pastry, bendanya seakan2 tanduk tajam. Kita balut dengan doh atau pastry diluarnya dan bakar..nanti boleh lah pelbagai gunakan. Macam mat kali ni guna pastry tu, mat potong dalam jaluran selebar 1 cm dan balut keliling kon tanduk tu. Bakat dan sejukkan, boleh guna. Sebagai percubaan mat buat tak banyak dalam 6 macam tu...Ok jom kita semak resipi pulak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping pastry "Flexi Pastry" jenama Kawan (gambar dibawah)
6 kon khas untuk membentuk pastry tanduk
Beberapa biji buah strawberry segar, didadu
Krim putar secukupnya (mat guna yang sedia guna dalam tin)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tabur sedikit tepung pada permukaan flexi pastry tadi. Potong jaluran selebar 1 cm, kemudian berhati2 balut pada kon tanduk tadi. Pasti kan muka dari bucu yang tajam membawa ke keatas, pastikan lilitan anda bertindih. Buat hingga siap dan susun dalam dulang pembakar. Buat sama hingga habis kon tadi.
  2. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit. Keluarkan dari oven, biar sekejap dan tarik keluar kon tadi, dapat lah hasil seperti gambar atas sekali tu (yang bersebelahan dengan strawberry tuu).
  3. Paip kan whipping cream dalam tanduk tadi, tabur sedikit cincangan strawberry, kemudian paip lagi whipping cream hingga penuh kon tadi. Tabur lagi strawberry sebagai hiasan seperi dalam gambar.... Selamat mencuba

KACANG PHOOL....BUKAN....KACANG PHOOL.

P1300122
Salam petang semua...panas kan, tekak tak lalu lah nak makan, aku nak makan sesuatu lah. Tadi kan teringin nak makan kacang phool...Tau tak apa tu kacang Phool?..Ini satu masakan orang2 Arab, terkenal di Singapura dan Johor Baharu, ianya daging cincang yang dimasak bersama kacang phool atau kacang parang, ada dijual dalam tin. Tapi kan..kan..untuk kali ni mat tak de stok kacang phool, jadi sebagai alternatif mat guna bake beans, cuma teknik memasak dia sedikit beza dari guna kacang phool. Selalunya ia dimakan bersama roti, tapi anda boleh makan dengan capati, roti prata atau roti biasa. Cara hidangan dia selalunya ia akan disertakan dengan telur mata lembu, cincangan bawang besar, tomato, cili hijau dan merah, serta dituang sedikit minyak sapi cair. Perahkan jus limau kasturi sebelum dihidangkan....Wahh, sesuai ni tak lama bulan ramadhan kan...hmmm....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin kacang "Phool", diramas kasar2 (Mat guna bake beans, jadi tak payah ramas)
150 g daging cincang
1/3 cawan jus asam jawa
2 camca besar rempah kari daging + sedikit air, kacau rata (jenama Baba's)
1 camca besar cili kisar
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
Telur, digoreng mata kerbau
Bawang besar, didadu
Tomato, didadu
Cili hijau, dipotong
Limau kasturi, dibelah dua
Sedikit minyak sapi, dicairkan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan rempah kari dan daging cincang, masak hingga daging kecut dan tambah air (anggaran 1 cawan).
  2. Bila mendidih, masukkan jus asam jawa. Tambah sedikit garam dan gula. Kecilkan api dan renih hingga pekat. Tambah bake beans, dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. CARA PENYEDIAANNYA :- Cedok kacang phool ke dalam bekas, letak sekeping telur mata kerbau, tabur tomato, bawang dan cili hijau tadi. Tuang sedikit minyak sapi cair (mat ganti dengan minyak zaitun) dan perahkan jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama roti canai atau roti biasa....

BIAR LAH ADA DARI TAK DE..KANN...

P1300104
Jomm makan tengah hari...Apaaa..kepala ikan merah masak asam pedas!!..Huhu dah habis idea ke mat gebu oiiii, asyik asam pedas..kang esok asam pedas lagi, selang 2 hari sekali lagi asam pedas, muka memasig pun dah jadi macam asam pedas. Apa nak buat kan, mat gebu ni masak atas perintah orang atasan, nak asam pedas aku masak, nak masak lemak aku masak..hmmm. Mat sendiri pun ada kala jemu. Jadi mat ingat aku nak buat benda lain lah untuk aku santap nanti...dari tak entri biarlah ulang tayang punya pun tak pelah....Oh yea, yang ni anak2 tak sesuai yea, sebab kepala ikan, nanti bengap..kalau dah tua macam mat gebu atau ben ashaari makan kepala ikan paus pun dok macam tu jee...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping kepala ikan merah
4 kelopak sawi jeruk, kerat dan rendam
3/4 cawan jus asam jawa
3/4 - 1 cawan cili kisar
1/2 camca teh serbuk kunyit
Air secukupnya
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Secubit belacan
1/2 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kepala ikan dibelah, kerat dan cuci bersih, perap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Sawi jeruk dikerat dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah serbuk kunyit dan masak sekejap. Tuang air secukupnya (anggaran 700 ml), kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan kepala ikan dan sawi jeruk (tos dan perah), kacau perlahan. Tuang jus asam jawa, dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain....

HASH BROWN....RESIPI KAK JEE...

P1300088
Assalammualaikum, morning pagi semua. Dah sarapan?..Mat kan pagi ni tetiba teringat hash brown yang pernah mat buat dulu, tu pun lepas nampak Kak Jee buat di sini. Tapi kan ada masalah, kentang yang mat ada ni tak berapa nak elok, kentang ni bonda beli. Taktau pesal kentang tu agak ganyut, semalam buat kan sup untuk anak2, punya lah lama aku merebus, dia empuk tapi tang dalam macam jelatu. Habis tu, tadi terpaksa lah mat buat guna satu kaedah lain, terpaksa mat kukus sekejap kentang tu selepas diparut..huhu, habis tu kang keras sapa nak, kena bagi ayam lah pulak...rugi woooo....

P1300093
Seperti biasa, hash brown ni dihidangkan dengan bahan2 sampingan seperti bake beans, sosej yang direbus dan juga telur hancur. Sesekali ok lah sarapan macam ni kan, bukan apa..kadang2 tak berapa nak rajin. Baki bake beans tu nanti mat plan nak buat kacang phool, tapi guna bake beans. Kalau anda nak buat, guna non-stick pan yang besar, boleh buat 2 - 3 hash brown yang comel, jangan buat tebal2, nanti susah nak terbalikkan. Masak dengan api sederhana saja...Ok jom kita lihat resipi...sama je macam dulu2 juga...

BAHAN-BAHANYA :-)
2 biji kentang (guna kentang putih yang kandungan kanji tinggi)
1/2 biji bawang holland, cincang
Lada hitam secukupnya, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit mentega untuk menggoreng (mat guna minyak zaitun)

BAHAN LAIN :-)
Telur hancur (scramble egg)
Sosej, samada dicelur atau dipanggang
Bake beans, secukupnya
Roti sandwich, jika suka (tak letak sebab tak de)
Sos kegemaran (tak letak sebab dah makan dengan bake beans)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kentang dikupas, cuci, lap kering dan sagat, kemudian letak atas kitchen towel bersih, biar air kentang terserap. Masukkan dalam bekas, satukan bawang, lada hitam, garam secukup rasa dan secubit gula. Gaul rata2.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak dan dot kan sedikit butter, ratakan. Sendukkan campuran kentang tadi, yang ni agak2 lah. Masak dengan api sederhana hingga garing, berhati2 terbalikkan dan masak lagi hingga keperangan. Alih dalam pinggan, buat hingga siap.
  3. Susun dalam pinggan sesuai dan letakkan bahan sampingan seperti dalam gambar di atas. Hidangkan sebagai sarapan pagi...Selamat mencuba..
CATATAN MAT GEBU :- Dalam resipi mat tulis kentang kaler putih, yang tu mudah empuk. Kalau guna kentang kuning, kukus sekejap dalam 2-3 minit, sejukkan dan letak atas paper towel, biar air dia terserap. Boleh lakukan proses seterusnya...

MASAKAN PENGERAT KASIH SAYANG....

(Gambar Ehsan Google)

Masakan pengerat kasih sayang. Kalau tanya pada semua, sapa masak paling sedap..sudah pasti jawapannya, ibu kita, pengerat kasih sayang. Mana2 bangsa didunia ini sering menghubungkaitkan masakan dengan perasaan kasih, sayang dan cinta. Kalau tidak takkan kaum peranakan baba nyonya dulu kalau sering berkata, cooking with your heart and soul...bayangkan kesungguhan mereka menyediakan makanan untuk keluarga. Masakan juga dapat merapatkan hubungan sesama kita. Mengimbau kenangan silam .Baru2 ni mat terima satu mesej yang telah di inbox pada acc FB mat, masa mat bukak dan baca tu..tiba2..............

Tersentuh perasaan..rasa macam tatau nak kata apa..hmm, yelah pada mereka2 mungkin tak de apa, tapi pada mat ini sesuatu yang mat rasa dihargai sangat, serius mat cakap, mesej ini lebih bermakna dari mat join contest Digi yang lepas tu...huhu, pada Puan Fauziah Abdul Halim (sila klik gambar untuk tau apa kesahnya) terima kasih dan mat doakan agar hubungan kekeluargaan anda bertambah erat tanpa ada sebarang selisih faham yang serius...Terima kasih juga kerana sudi mencuba resipi2 di DTS yang tak seberapa ni. Kalau nak banding dengan blog2 masakan lain, mat rasa blog mat ni paling cikai sekali...tapi tujuan mat memang nak share resipi dengan anda semua, sambil kita bertukar2 idea, mat tak pernah harap lebih, asal anda ingat DTS - MAT GEBU pun sudah memadai...hmm. Ok tu saja untuk kali ni, salam sayang semuaaa....

Sunday, July 24, 2011

PAU GEBU MONTOK TEMBAM.....LEMBUTTT!!

P1300076
Assalammualaikum, salam malam, semua. Malam ni mat nak kongsi resipi pau mudah yang hasilnya begitu lembut, gebu dan montel, lembutt pulak tu. Plan nak buat semalam, tapi atas sebab2 tertentu yang memang tidak boleh dielakkan, tertinggallah hasrat ku nak mengepau. Hari ni memang nekad, buat juga, walaupun masa ketat, mat tak kira. Pagi2 buat dia nya inti dulu. Mat buat ala2 inti karipap saja, kalau tengok Kak Ida buat dia guna daging ayam..kat sini... Mat guna tepung pau, kalau resipi kat blog kak ida untuk 1 kg, tapi mat buat 1/2 kg saja itu pun dapat 15 biji kueh pau yang gebu dan montok2..


Pau dia memang lembut dan bahan2 dia pun ringkas. Inti tu terpulang pada anda samada nak manisan atau savory. Adunan doh dia lembut sedikit dan perlu ditabur sedikit tepung dimeja kerja anda. Oh yea..tau tak, mat kukus pau tu guna alat pengukus elektrik, ianya mudah praktikal dan kemas, letak kat dapur nampak comey saja. Jika anda berminat untuk mendapatkannya, boleh lah singgah di sini...dan anda boleh hubungi nombor telefon diblog tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kukus yang praktikal ini....


BAHAN-BAHAN INTI :-)
2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan dadu kecil, rebus hingga empuk dan toskan
1 cawan isi ayam yang dipotong kecil
1 camca besar penuh rempah kari daging
1/2 camca besar rempah kurma
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN DOH PAU :-)
500 gram tepung pau (boleh beli dipasaraya dan kedai2 runcit)
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air
6 gram instant yeast

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, daun kari, kayu manis, bungalawang, bawang putih + halia hingga harum. Masukkan rempah kari + rempah kurma, kacau dan tuang air. Masukkan ayam dan kacau. Tambah kentang, gaul rata. Biar mendidih dengan api kecil.Bila inti pekat, tambah gara, secukup rasa dan secubit gula. Kacau hingga rata dan kering, masukkan hirisan daun bawang, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK DOH :- Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut. Masukkan yeast dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga sebati. Tuang bancuhan air + gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10 - 15 minit hingga mendapat doh yang kenyal. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan ON. Selepas 30 minit, boleh keluarkan doh dari breadmaker.
  3. UNTUK PAU GEBU MONTOK TEMBAM :- Keluarkan doh, bagi doh pada beberapa bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat2kan. Ambil ia bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulat2kan. Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama pada baki adunan. Biar naik selama 30 - 40 minit. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.

NASI GORENG CINA....a.k.a....中國炒飯

P1300062
Selamat petang, huhu, ni sepatutnya entri sarapan pagi tadi, tapi sibuk2 sampai dah terlepas waktu sarapan pagi. Lepas tu mat nak letak untuk entri tengah hari, tapi ada gulai ketam pulak, rasanya gulai tu lagi sesuai untuk tengah hari. Ada baiknya letak petang, sekurang2nya kenalah juga untuk minum petang atau sarapan petang. Rasanya kerap sangat dah mat letak entri nasi goreng..tapi takpe, kan...dah benda ni menjadi salah satu santapan kegemaran rakyat Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei juga...

P1300067
Kalau ikutkan ada pelbagai jenis dan gaya nasi goreng, yang gaya cina mestilah tak pedas dan sesuai untuk kanak2. Buatnya pun cepat. Satu lagi kan bab sayuran tu kita boleh letak apa yang kita rasa ok, mat letak traffic light capsicum, kacang buncis, daging ayam dan serbuk lada hitam. Mat guna juga kiub pati ayam, tapi yang ni optional, tak paksa letak...ok kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dileraikan
1/4 biji ren capsicum, dadu kecil
1/4 biji yellow capsicum, dadu kecil
1/4 biji green capsicum, dadu kecil
5 tangkai kacang buncis, hiris halus
1/2 cawan isi ayam*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
Beberapa titik minyak bijan*(*disatukan)
Sedikit garam
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Sedikit minyak bijan (3-4 titik sahaja)
Kicap cair jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan minyak bijan. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan daging ayam dan masak sekejap.Masukkan capsicum, kacang buncis, secubit garam dan kiub pati ayam (hancurkan), kacau rata.
  2. Tolak ketepi kuali, masukkan telur dan masak hingga keras, kacau rata dan masukkan nasi, gaul rata. Masak sekejap, rasa dan jika kurang masih, renjis kan sedikit kicap cair, kacau rata dan angkat. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan

GULAI KETAM GAYA JOHOR..

P1300072
Salam semua, dah makan tengah hari?.. Ni hari mat atas perintah telah diarahkan memasak ketam masak lemak dengan timun. Sebelum tu bagi penduduk negeri lain, mat minta maaf dulu, sebab mat tulis "gaya Johor"...yelah kan yang mat tau, kami orang2 Johor, suka letak timun, atau belimbing dalam gulai ketam atau udang. Sekarang ni kena berhati kalau kita nak tulis masakan tu dari sesebuah negeri, tak ingat dulu yang mat pernah kena maki dalam komen gara2 kata lempeng ubi - kelapa warisan orang melayu?.kat sini.... Tulah mat kata, kita ni walau bagaimana pun perlu juga ambik tau serba sedikit sejarah baru lah ada jati diri, betul tak? Jadi yang maki mat tu tak de ke tergerak nak minta maaf, lagi2 nak puasa ni, tepuk dada tanya selera yea...Ok kita semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ketam bunga (sepit kaler biru)
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat2
1 keping asam gelugor
2 biji timun
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
Secubit belacan
4 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Timun dibuang kulit, kerat dua setiap biji, belah 4 setiap keratan dan buang sedikit bijinya. Ketam dikerat kaki2 kecilnya, cuci bersih dan toskan. Ketuk sedikit penyepit. Masukkan ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, serai titik dan asam gelugor. Masak hingga ketam berubah warna.
  2. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Masukkan timun, dan tuang pati santan, biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu. Perasakan dengan garam secukup rasa dan letak secubit gula dan masukkan daun kunyit. Biar mendidih.
  3. Kacau perlahan dan masak hingga timun sedikit lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan sambal belacan...hmm..
Link

BISKUT SUJI BRUNEI....ATAS PERMINTAAN...

Biskut Suji Brunei
Salam pagi Ahad..Ok..ini entri ni bukan resipi baru, tapi ulang tayang balik atas permintaan teman2 di FB dan juga geng2 blog masakan. Mereka PM mat dan ada yang kata tak dapat lahh nak cari kat blog DTS tu...Hmm, jadi sebab mat dah bangun terawal sebab aku tidur pun terawal, elok lah kiranya mat ulang tayang balik... Resipi yang kira hangat tahun lepas, ni disumbangkan oleh "Harlina Mahdar RN", buat dia senang dan tidak memerlukan kerja yang banyak, apa yang anda perlukan, kena ada paper cup bersaiz kecik yang lawa...kalau nak sweet lagi ala2 anak dara, guna macam mat pakai tu. Anak buah mat dulu masa tengok mereka kata, cantikkknyaaaaa "Bekas" kueh ucu...hahaha..betul gak kan, biskut dia kan ala2 guli saja, yang menarik paper cup tu... Mungkin anda kepingin membuatnya kali ini...mat kopipes resipi dia...Selamat mencuba!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram minyak sapi
100 gram lemak sayur @ shortening
180 gram gula halus @ kastor
100 gram cornflakes, kisar halus
1 kuning telur
80 gram suji (semolina)
80 gram tepung jagung (mat guna jenis dalam tin, cap kupu2)
Tepung gandum secukupnya (kuranng lebih 370 gram)

BAHAN SALUT :-)
Nestum yang dikisar halus secukupnya
Susu tepung secukupnya
Sedikit gula aising (yang ni terpulang, nak letak atau abai kan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut (mat guna anggaran tepung 370 gram).
  3. Ambil secubit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasa.
  4. Biar kan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan2 ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi, isi dalam paper cup pilihan. Mat guna yang saiz kecil dan
CATATAN MAT GEBU :- Mat guna alat penekan yang dipasang nozel berlubang besar (1 cm). Mat tekan panjang2 dan kerat pada saiz kurang lebih 1 cm atau lebih sedikit, kemudian baru kita gentel bulat2. Bertujuan untuk mendapat saiz biskut yang sama besar....

Saturday, July 23, 2011

JOM PENGSAN SAMA-SAMA....

P1300060
Huhu..jom pengsan yea lepas baca entri ni, hadoi, penat lahh, rasa macam nak tulis entri pun tak larat..semangat tu agak kurang...mat ingat lepas tulis ni, nak tidur lah..malas nak fikir apa2. Jadi ini adalah coretan pembukaan mat yang sangat pendek..ok semua kalau sudi lihat lah yea resipi tah hapa2 tii...kalau tak sudi pun tak pe, mat fahammm..hmmmmm...tak larat dah....

BAHAN-BAHANNYA :-)

500 gram kue teow, cuci dan toskan
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 cawan isi kerang
2 genggam taugeh, cuci dan toskan
2 pokok sawi, dikerat, cuci dan toskan
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap manis
Sos ikan secukupnya
Hirisan cili merah sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan cili kisar hingga harum, masukkan sos tiram dan isi ayam, kacau rata. Tolak ketepi kuali, masukkan telur dan biar sedikit mengeras. Kacau hingga hancur dan gaul rata2.
  2. Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sedikit sos ikan. Kacau dan masukkan kue teow, gaul rata. Tambah taugeh dan sawi, kacau hingga semua mesra, jika nak warna lagi gelap, tambah sedikit lagi kicap pekat. Masak sekejap dan rasa, jika kurang masin, renjiskan sedikit sos ikan. Angkat dan alih dalam bekas sesuai, tabur hirisan cili sebelum dihidangkan...

SUP AYAM....SENANG NAK BUAT...

P1300052
Salam tengah hari, dah makan?...Mat belum lagi, rasa belum ada resa nak makan. Tekak ni kan memang nak makan sup ayam, yang ringan2 je. Tapi kan kalau ayam kampung lagi sedap, walaupun nampak keding jee, khasiat dia banyak, cuma kalau ayam kampung yang bebas2 ni, kalau nak sembelih, kena tangkap dan kurung 3 hari, kita kasi makan jagung, kira bagi dia menyucikan diri, yelah ayam kampung kan bebas, segala benda dia sapu, pantang nampak, dah nama pun ayam. Seingat mat lah berpuluh kali dah letak resipi sup ayam dalam ni, tapi mat masak tak de ikut satu yang tetap, ikut apa yang aku rasa ok masa tu, cuma kalau kek, biskut dan muffin, kita kena lah ikut secara beradap, kang kalau tak jadi....salah kan resipi, salah kan mat gebu...huh...aku merajuk kang...haha...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, anggaran 1.2 kg
3 - 4 biji kentang
1 kiub ayam "maggi (optional)
1/2 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat 3
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 camca besar ketumbar
3/4 camca teh jintan halus
3/4 camca teh jintan kasar
1 1/2 camca teh lada hitam biji
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong pada saiz sederhana, selalu untuk sup ayam dipotong kecil sedikit, cuci bersih, toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji (bergantung pada saiz kentang), cuci dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan goreng hingga harum, tambah lengkuas dan bahan kisar halus. Masak hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan kentang (toskan dahulu), gaul rata dan biar ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 2+ liter), masukkan daun sup yang dikerat 3 dan 1 camca besar bawang goreng. Tambah sedikit garam dan biar mendidih. Kemudian kecilkan api dan biar masak perlahan. Tambah kiub ayam, jika guna. Kacau rata.
  4. Bila kentang empuk dan ayam masak, tambah garam secukup rasa. Boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi, ketupat, mee hoon, mee kuning dan roti..ikut suka hati koo orang yeaa....

Friday, July 22, 2011

STRAWBERRY CUSTARD PUFF..

P1300048
Assalammualaikum, salam malam semua. Kali ni mat nak share satu resipi mudah buat, dan senang sangat..lawa pun yea juga, menarik untuk tetamu. Ini idea petang tadi, mat buat pun lewat, jadi photo shooting dijalan kan masa maghrib, luar dah gelap..jadi gambar pun tak berapa nak lawa lah... ke sebab kamera cap ayam tu eks..ehem ehem...tapi kan made in Japan okehh, kamera ai..wahhh...hahaha. Resipi ni senang, dan mudah jadi jomm kita merepek lebih.
....sambung kat bawah pulak...

P1300049
Sebenarnya kan mat berterima kasih pada geng masak2 kami "Puan Yani"..dia banyak memperkenalkan kami dengan barang2 baru, dulu breadmaker, kalai tak yani dok guna pakai, hareeemmmm mat tatau, macam puff pastry ni juga, kalau bukan dia yang kerap post resipi di MyResipi, mat pun tatatu apa kebenda itu puff pastry. Itu lah seronoknya bergeng dengan mereka yang sama minat, kita boleh berkongsi benda2 baru, idea2 terkini..dan macam2 lagi lah mengenai dunia baking...Ok mat tulis resipi mudah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping puff pastry jenama "KAWAN"
Kastard secukupnya *(*resipi dibawah)
10 biji buah strawberry segar, cuci dan lap kering dan belah 2 setiap satu
Sedikit aising sugar untuk hiasan
Piping gel secukupnya untuk hiasan
Kuning telur untuk disapu

*BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula
2/3 cawan susu segar
1 camca teh mentega
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PASTRY :- Ambik sekeping pastry, tabur sedikit tepung jika melekat. Kelar bentuk huruf "V" pada 2 sudut berbeza, kemudian sapu kuning telur dan lipat bersilang...untuk melihat cara2 membuat anda boleh ke sini.. Kemudian sapu kuning telur dan bajar pada suhu 190c selama 25 minit atau hingga perang. Sejukkan atas jaringan.
  2. UNTUK KASTARD :- Bancuh semua bahan2, kecuali mentega, untuk kastard dalam periuk, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak dengan api kecil sambil mengacau tanpa henti hingga kastard pekat. Matikan api dan masukkan mentega. Kacau rata dan ketepikan untuk kegunaan kemudian.
  3. UNTUK STARWBERRY CUSTARD PUFF :- Ambil 1 keping pastry tadi, tekan sedikit bahagian tengahnya (ia akan melembung sedikit masa dalam proses membakar). Isi custard secukupnya. Ayak gula aising pada tepi2 pastry. Kemudian susun buah strawberry sebanyak 4 hirisan (sebji belah 2 )untuk setiap puff. Sapu piping gel untuk kelihatan lebih segar dan mengiurkan...hehe, selamat mencina untuk semua.

LAUK ORANG JOHOR LAGI.....

P1300038
Salam petang semua, hadoi, mengeluh ke?..Sabar2....dah ini yang mat masak, biasa lah kan orang Johor, hari2 asam pedas pun ok. Kata orang, orang Melaka suka asam pedas, eh kami Johor pun suka, talian sejarah Johor - Melaka kan rapat, lepas kejatuhan kerajaan Melaka, mereka datang ber kerajaan di Johor pula...sampai era pemerintahan Sultan Mahmud Mangkat dijulang..maka putus lah titisan darah dari keturunan sultan Melaka. Maka keturuan raja seterusnya berdarah "Bendahara"....kemudian berlaku pergolakkan, sekali lagi keturunan sultan2 di Johor turun pada keturunan "Temenggong" sampai sekarang. Begitu lah gamaknya pertalian sejarahnya.. Wahh, dah jadi blog sejarah pulak...hehe..ok Jom semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor ikan cencaru saiz sederhana,
1/2 biji nenas Sarawak, kupas dan hiris sederhana tebal
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1/2 inci halia, dititik
3/4 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa (atau serbuk perasa)

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan cencaru dibuang kulit tebalnya, siang dan cuci bersih, toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus dan halia titik hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
  2. Masukkan nenas tadi, gaul rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya, bila mendidih, masukkan ikan dan bunga kantan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula atau serbuk perasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain...

MAGGI SUP PEDAS.....BIRTHDAY KAK CT DELIMA

P1300031
Assalammualaikum, salam pagi Jumaat. Dsah sarapan?..Pagi ni mat tak de apa2 lah nak share cuma mi sup pedas, guna apa yang ada. Mi tu mat guna mi maggi tapi perencah dia tak ambik, guna mi dia saja. Mat guna apa barang yang ada, guna stok rebusan ayam, stok tu memang mat ada simpan dalam freezer, jadi mat gunalah...Kalau tak de boleh guna kiub pati ayam. Udang tu terpulang, nak ganti sotong pun ok, daging ke semua boleh ikut selera memasing yea. Wah, pagi Jumaat ni rasa tersopan pulak, masa type pun dok elok jee, tak delah tak senonoh bagai, selalunya macam2 gaya, bersila lah, melungkup lah..tapi ni hari duduk dengan penuh berhemah, kerusi pun kalau boleh berkata2 dia heran....haha.. eh nak ucap kan selamat hari lahir pada

(Gambar Ehsan Google)

Kak Ct Delima, yang ke ???...biarlah rahsia katanya, tapi kan Kak Ct Delima ni awet muda, sungguh, kalau jalan dengan Lily, anakdara dia tu, alah hai nampak macam adik n kakak je. Kak Ct ni orang Johor...jadi kalau depa balik dan ada masa mereka akan datang rumah mat, selalunya datang dengan Sis_Linn dan Kasawari @ Abang Burung...Pada Kak Ct Delima, DTS-MAT GEBU ucapkan selamat hari lahir, moga panjang usia, dimurahkan rezeki, awet muda dan diberkati Allah swt....pantun untuk akak...

ANAK PENGHULU UMUR SEBAYA,
NAMPAK MOLEK JALAN BERSAMA,
PANJANG USIA DIKASIHI OLEH "NYA",
ITU LAH DOA BUAT PUAN CT DELIMA...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mi maggi, asingkan perencahnya..
4 ekor udang, dibersihkan
1/3 cawan daging ayam
600 ml air rebusan ayam
1 camca teh cili kisar
1 biji telur
6 tangkai sweet pea
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, cincang
3 biji cili padi, dititik
Garam secukup rasa (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalan kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkna daging ayam dan udang, masak hingga kecut. Tuang stok ayam (atau air + 1/2 kiub pati ayam). Kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan telur dan kecilkan api. Biar telur mengeras. Tambah sweet pea dan mi maggi tadi, masak hingga mi lembut. Rasa dan tambah garam jika perlu. Alih ke dalam bekas sesuai, tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan segera selagi panas....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.