Salam pagi Sabtu, sibuk memasak ke semua, eh bila sebut semua tu, apa ingat tak de lelaki atau suami2 yang memasak?..Adaaaaa...zaman sekarang lelaki dah versatile, tak macam dulu, suami kena jemur baju, dah jiran2 sekampung gosip kata laki dah kena mandrem, bila kena cuci pinggan, kata suami tu dah kena makan nasi "the kangkang's"..dengar kata isteri. Itu semua tuduhan orang2 yang pada mat sifat kolot masih menebal dalam diri. Kalau ikut zaman sekarang, kena ada sikap bantu membantu, walaupun lelaki kerja dia lebih untuk mencari nafkah, tapi isteri juga memain kan peranan amat penting, bayangkan kalau anak2 kita nakal, orang mesti sebut, "mak/pak dia tak ajar ke!!"..see nama sapa yang naik dulu..nama "Mak" jugak..huhu jadi tak payah nak rasa malu kalau anda memasak atau mencuci pinggan untuk membantu isteri, mesti ada rasa bangga....Okeh.. Jom sarapan ubi rebus, sambal tumis dan kopi panas...
BAHAN-BAHANNYA :-)
Ubi secukupnya
Sedikit garam
Air secukupnya
BAHAN SAMBAL TUMIS :-)
1 genggam ikan bilis, rendam
2 senduk nasi cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Gula dan garam secukup rasa (sedikit serbuk perasa)
1 biji bawang besar hiris
1/2 inci halia, diketuk
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
Ubi secukupnya
Sedikit garam
Air secukupnya
BAHAN SAMBAL TUMIS :-)
1 genggam ikan bilis, rendam
2 senduk nasi cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Gula dan garam secukup rasa (sedikit serbuk perasa)
1 biji bawang besar hiris
1/2 inci halia, diketuk
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ubi dikupas kulitnya, kerat pendek cuci bersih2, dan letak dalam periuk, tuang air secukupnya dan tambar garam, yang ni agak2 lah tapi jangan banyak, jika rasa air rebusan tu lemak2 sahaja, sudah memadi. Rebus hingga ubi empuk, toskan dan masukkan balik dalam periuk, hidupkan api perlahan dan biar ubi rebus tadi kering sedikit airnya. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus dan halia hingga harum, masukkan cili kisar dan tulis hingga terbit minyak. Tuang jus asam jawa, kacau dan masak hingga pekat. Tambah garam secukup rasa, gula dan secubit serbuk perasan, kacau dan masukkan ikan bilis (toskan) tadi (yang ni ikut suka, nak goreng dulu atau tidak) dan bawang besar. Kacau rata.
- Masak sekejap lagi hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ubi rebus tadi...
19 Comments
nak sikit cik mat....
ReplyDeletekena suruh suami baca entry che mat yg ni...bagi dia rasa bangga sebab byk membantu sy selama ni...hihi
ReplyDeleteOh! ubi rebus!
ReplyDeleteOh! sambal tumis!
Oh! kopi!
complete package.. adeiii..
sambal dieeee
ReplyDeletewarghhh pcm sok msk pe? hahaha
Ubi rebus...Alamak, terliur sudah..mana plak nak cari ubi kayu buat rebus ni??
ReplyDeleteterliur tgk ubi rebus n sambal tumis CMG tu tau... dah lama x makan.. sedaaaapnyaaa....
ReplyDeleterumah Kjee, kalau bab bekfas, mesti unclepali yang buat. tadi dia keluarkan roti canai frozen dan kari sardin. pancake pun dia jugak yang buat. dia kata Kjee buat tak sedap. hehehe
ReplyDeleteahhh peberet sy ni..aduhhhh...dah lama tak makan sejak asik tertipu dpt beli ubi kayu!!! ngak empuk!!!
ReplyDeletePeh! LAPAA!!!!!
ReplyDelete[reply] Best Tak Tayang Muka Kat Facebook.?
mat,
ReplyDeletedulu amie pun sangka semua beban rumahtangga digalas atas bahu isteri,
bila dah kahwin terkejut habis bila suami ambil alih tugas...(terutama selepas dapat anak pertama), rupanya mak mentua yang suruh suami buat semua tu, cuma bila dia bantu kita jemur kain, jiran memang bisik2lah.... agaknya cemburu kot lakinya tak buat gitu... he he hehhhh,
ubi rebus & sambal tu mengembalikan nostalgiaku ke kampunglah...
mcm sodap je.. hehe ;D
ReplyDeleteujan2 ni best nye makan ubi rbs ngan air kopi o.....
ReplyDeleteAssalamualaikum....
ReplyDeleteMmg Fav Kak Lin Ni...
selalu perati je..tapi menu ni x bole tahan...my favourite u. Bertakung sudah air liur ku..HEE. Selamat menjalani ibadah puasa ...;)
ReplyDeletewarghhh ubi kayu gebu
ReplyDeletefeveret kami sekeluarga,tp sejak nenek meninggal...dah tak rajin buat lagi..lepas ni nak rajin2 balik buat resepi ni bagi anak pulak rasa life cam kat kampong dulu =D
ReplyDeleteI like your blog. Dlm Dunia ini penuh dengan manusia yg suka menyedihkan orang lain.Tapi Mat Gebu Terima Kasih to make me happy seeing your and reading your blog.
ReplyDeleteNi lah makanan ore kampong hok susah mace ambo,mujur boleh makan jugak ubi kayu rebus denge kopi o ramai lagi ore susah hok takleh makan pun ado...sedeh2...
ReplyDeletebaru makan semalam... terus bawak untuk sahur... hehe... best!
ReplyDelete