BEN ASHAARI

Tuesday, December 20, 2011

NASI GORENG KAMPUNG DI MALAM HARI..

rsz_dsc_0425
Selamat malam...Wahh memalam nasi goreng kampung...takk hengatt..adeh macam mana lah tak gebu. Opsss...ok, nak berterus terang ni, sebenarnya kan..kan..ini mat masak pagi tadi, saja lah ter gatal memasak, sebab nasi sejuk ada sikit dalam 3 cawan, jadi buat mat buat lah. Sebenarnya mat sayang kalau nasi tu nanti rosak. Nasi goreng kampung ni, mat campur dengan ikan masin tenggiri dan sedikit belacan serta cili padi kampung dalam 15 biji macam tu, tapi serius, tak pedas menyenggau pun. Eh, terus blurr, tatau apa nak tulis, apa kena lah si mat gebu tu..hmmm serius nih....Oh yea bagi yang nak melanjutkan pelajaran ke IPT cer klik sini . Sebelum mat tulis resipi kita lihat entri pilihan DTS malam ni---> di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi sejuk, dikareh (dileraikan)
1 camca besar isi ikan tenggiri masin, dipotong kecil
5 tangkai kacang panjang, hiris kecil
1 biji bawang besar, hiris
2 biji telur, dipukul sedikit
Sos ikan secukupnya
1 genggam ikan bilis, digoreng garing dan toskan
Hirisan daun kucai untuk hiasan


BAHAN TUMBUK HALUS :-)
15 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan masin dan tolak ketepi kuali. Masukkan bahan tumbuk halus dan tumis hingga harum, masukkan bawang besar dan masak hingga layu, gaul rata bersama ikan masin tadi.
  2. Masukkan kacang panjang dan masak sekejap. Tolak ketepu kuali dan masukkan telur, biar telur mengeras dan kacau rata. Masukkan nasi dan gaul hingga semua mesra. Masak sekejap. Tambah sedikit sos ikan jika kurang masin.
  3. Masak sekejap dan akhir sekali masukkan ikan bilis goreng, gaul rata. boleh matikan api. Hias dengan hirisan daun kuchai dan juga cili padi sebelum dihidangkan..

10 comments:

Citarasa Rinduan said...

peehhhhhhhhhh
ayu rasa lapooo
demam2 nie makan yang pedas2 pasti cepat semboh..

JIJI YU said...

nape tulisan cam laen eh

maszull said...

assalamualaikum abg mat...bestnya dpt nasi goreng tu...:)

Adib said...

nampak sedap jek..

nuraizuddin.com said...

Slm cik mat.. Even saya x pandai masak, tapi bulih dikatakan pagi2 kat ofis saya masuk blog cik mat.. Yelah, nak mencuci mata kan. uhuhu..

p/s : wa....Cik mat dah tukar [dot]com kan.. bila watermark [dot]com nak ganti watermark blogspot..ihihih.. moga blog dapur tanpa sempadan suksess slalu..

aima said...

pergh cili nya buat ku kempunan

kakchik@ella said...

waaahhh .. lagi canggih dari yg Kak chik punya.

Kak Rose said...

kak rose pun ada nasik sejuk, boleh buat ni... gluppp!!! telan air liur dah!

Ibu Darwisy said...

mak aihh CM..terus lapar tgk nasi ni..

Isteri Encek Bard said...

tu dia cili padi, seketul2 .. kalau tak pedas tak menendang kan cmg

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.