GULAI LABU MANIS..

rsz_dsc_0456
Petang semua dah makan tengah hari?... Ok selain tumis air fucuk dengan petola, mat masak juga gulai labu manis, campur kacang panjang, lepas tu goreng ikan kembong, goreng embal2 atau lembap2 saja makan dengan budu....waaa terpengsan's okeh. Disamping tu sambal belacan tak boleh dilupakan termasukkan ikan tenggiri jeruk. Selalunya kalau masak lemak lagu atau gulai, serai dan daun kunyit antara bahan wajib ada. Kalau tak letak kurang kick dia. Kalau anda perhatikan labu sejenis buah yang pelbagai guna, samada dibuat keh, manisan atau lauk, semua ok. Boleh juga digunakan untuk resipi fusion seperi pai labu, soup labu dan macam2 lagi. Ok sebelum mat tulis resipi, kita lihat entri pilihan DTS hari ni di sini..... Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji labu manis saiz sederhana
10 tangkai kacang panjang, kerat pendek
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
1/4 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 camac besar penuh udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
2 biji bawang besar, saiz sederhana, dihiris
5 ulas bawang putih, dititik
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Labu dibelah dua, buang bijinya. Kupas kulit labu dan didadu besar2. Masukkan ke dalam periuk bersama serai, hirissn bawang merah, bawang putih dan udang kering. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga labu sedikit lembu.
  2. Masukkan kacang panjang, serbuk kunyit dan santan pekat. Kacau perlahan, tambah daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana dan kacai sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain..

Post a Comment

8 Comments

  1. sedapnyeeeee....makan dengan sambal getuk...lapor terus cm..

    ReplyDelete
  2. Adoiii cik matttt .. pengsan kak chik tiap kali dtg sini.

    ReplyDelete
  3. wah!! sedapnyer...
    cikmat pandai btul masak.
    jom cikmat jguk blog sy pulak...hehe,
    yg penting, ikhlas...

    ReplyDelete
  4. gulai labu mmg selalu jadi menu faberet anak2, boleh dibuat cekodok labu .....

    ReplyDelete
  5. : Gulai labu ni, mkn dengan sambal belacan mmg mavvelossss..!!

    sedap xhengatt..!

    ReplyDelete
  6. labu eh..pndai eh main2 labu sekang ni eh

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum Abg Mat....sedapnya sayur lemak labu ngan kacang panjang tu...:)

    p/s mekacih abg mat jadi follower mama yer...

    http://maszull.blogspot.com/2011/12/follower-mama-yang-ke-1418.html

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.