rsz_dsc_8685
Salam petang semua, bertemu kembali, sekarang ni cuaca tak menentu, kejap panas, kejap hujan. Keadaan cuaca macam ni pun boleh menyebabkan badan kita akan berasa kurang sihat, dia macam terkejut. Bagi mereka2 yang kurang sihat atau demam, jangan lupa makan ubat yea. Kali ni mat nak share satu kueh tradisi orang2 kita. Rasa nya ramai yang dah tau dan pernah makan kuih cara manis selain kuih cara berlauk. Selalunya kuih cara manis ni bewarna hijau dan semestinya berperisa pandan dan kuih cara lauk kebiasaannya bewarna kuning dan berinti kan daging. Selalunya kuih cara menggunaakan acuan kuih baulu, samada bercorak buah ceremai atau belinbing. Di pasaran terdapat 2 jenis acuan, jenis tembaga dan aluminium, anda boleh beli ikut pilihan hati. Tapi pada mat tembaga pilihan terbaik, selain ianya tebal, acuan tembaga dapat memerangkap kepanasan lebih lama.

rsz_dsc_8714
Resipi asal mat dapat ambik dari blog teman masak2 dan kolek PML (Pinggan Mangkuk Lama) iaitu Kak Nannie, terima kasih kak nannie. Buatnya mudah dan apa yang utama api kena perlahan untuk mengelakkan kuih kita hangus. Pada mereka yang tak de daun pandan, boleh guna perisa pandan, tapi dah tentu lah tak setanding jika guna bahan segar (daun pandan). Mat tergerak nak buat setelah berlaku perbincangan pasal makan2 di FB 2 hari lepas bersama Puan Azila, dan sorang lagi sahabat FB... Mat gebu ni kan pantang dengar, terus aku teruja dan terbuat..erkk..hehe. Blog pilihan DTS hari ini ---> di sini.. Kita lihat resipi pulak (mat buat 1/2 dari resipi dibawah ini..)

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba..