ASAM PEDAS IKAN PARI....dan...KHAS UNTUK BAKAL IBU..

rsz_dsc_8568
Assalammualaikum, selamat bertemu kembali. Semalam tiada entri di DTS, maaf sebab masa tidak mengizinkan dan mat pun ada benda lain harus diselesaikan. Hari ni mat share satu masakan yang dah biasa sangat, memandangkan masak ini sahaja, jadi mat letak lah juga. Tak kesah kan ulang tayang, namun ia tetap panas. Kalau sebut asam pedas, ramai yang setuju jika mat kata ia antara hidangan kegemaran orang2 di Malaysia ini. Mat pun suka asam pedas, lagi lah kalau guna ikan pari dan dicampur nenas dalam dia. Tambah daun kesom dan bunga kantan sebagai penambah aroma. Satu elemen yang penting kalau masak asam pedas ini, ialah ikan perlu segar dan keseimbangan rasa masam, manis dan masin..atau senang kata 3M. Bila ada 3M dalam masakan asam pedas, insya Allah ia akan membangkitkan selera. Kena pulak nasi hangat dan masakan2 sampingan lain..hmmm meleleh ok...

Perasan gambar atas tu, comel tak?....Comel kann, ada ke ibu2 kat sini yang bakal melahirkan cahaya mata?..Kalau ada, apa kata rembat satu set, di perbuat dari bahan berkualiti seperti kain dari jenis cotton atau kain kapas dan tilam baby pula dari kekabu, bukan polyester yang memanaskan. Satu lagi kekabu ni benda alami(nature) jadi takde sisa2 toksid yang bahaya. Harga juga berpatutan dari segi kualiti. Alahh apa sangat kalau nak dibandingkan dengan kegembiraan menerima cahaya mata kurniaan Allah..betul tak. Jangan lah anggap ia membazir tapi anggaplah ia sebagai lambang kegembiraan kita menerima orang baru dalam hidup (ehem2... orang baru tu, anak okeh, bukan bini baru...erkk..hehe)..sesuai juga untuk dihadihkan pada teman2 anda yang bakal melahirkan cahayamata...Untuk keterangan lanjut boleh klik sini....Ok masa resipi pulak..jommmmmmm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan pari
1 biji nenas madu, saiz kecil
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
1 cawan jus asam jawa
1/2 camca teh serbuk kunyit
2 1/2 senduk nasi cili kisar
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dipotong pada saiz sederhana, perap dengan garam dan jus limau nipis selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Nenas dikupas kulit, potong serong pada saiz sederhana. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah serbuk kunyit dan cili kisar, tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Tuang air secukupnya dan kacau. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan nenas serta bunga kantan. Kacau dan tuang jus asam jawa. Masak hingga ikan masak dan nenas lembut. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun kesom, kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas....Nak sedap, biar kan beberapa jam sebelum dimakan..

Post a Comment

8 Comments

  1. uwaaaaa lapar sudaaaaa tngk asam pedas ikan pari..mmng kegemaranku...

    ReplyDelete
  2. baru nak masak petang ni..sedappnya..

    ReplyDelete
  3. sedapnyaa..dah meleleh air liur ni..
    mat rumah u kat mana? nak tumpang makan asam pedas boleh? hehe (dasar malas nak masak ni..;-))

    jenguk la blog saya
    http://suteraterengganusilk.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. yang ni bukan kena paksa kan ni..hahaha

    ReplyDelete
  5. leleh tgk asam pedas tu...
    Comey bakul baby tu...Mickey Mouse lagi...ni kalau anak teruna 3 tahun saya nengok ni mau guling² nak...sebab taksub dgn kartun mickey Akid ni...banyak² kartun mickey jugak yang disukai...adoiiii

    ReplyDelete
  6. sedap2...nak buat asam pedaslah hari minggu ni!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.