BEN ASHAARI

Friday, December 9, 2011

ASAM PEDAS GAYA NYONYA..

rsz_dsc_9187
Salam petang, apa khabar...sehat?...Mat macam biasalah sehat seadanya, cuma otak ni rasa penat sikit, fikir macam2 benda..bersimpang siur kata orang. Hari ni mat masak yang ringkas dan mudah. Kalau tengok pun orang dah tau, tak payah nak cerita. Asam pedas antara hidangan popular Malaysia dan Singapura. Selain kaum melayu yang meminati asam pedas, orang cina peranakan atau baba nyonya juga suka asam pedas. Kenapa mereka suka asam pedas?...Sebab pengaruh dari bangsa melayu yang merupakan asal usul nenek moyang mereka yang kebanyakkan telah berkahwin dengan orang2 cina. Maka lahirlah satu masyarakat unik orang cina tapi bertutur melayu (melayu baba), berpakaian ala2 melayu dan cara makan dan adat resam pun ada kesamaan dengan orang melayu kita. Apa beza masakan asam pedas nyonya dengan asam pedas orang kita?.....

rsz_dsc_9176
Pada mat perbezaan tu sedikit sahaja, terutama bahan2 rempah dia, yang lain semua sama. Orang2 peranakan suka juga guna buah keras dalam masakan mereka, selain memekatkan kuah, buah keras juga bagi rasa lemak. Hari ni mat guna ikan merah, kalau nak guna ikan pari pun sedap. Anda boleh juga letak terung atau bendi atau kedua2nya sekali. Sebelum tulis resipi meh klik sini kejap....terima kasih atas jasa anda. Isu diblog ini pun menarik juga...

RUMAH LAMA BANYAK DI TENGKERA,
ADA BERUKIR KUNTUMAN SAKURA
ASAM PEDAS PEMBUKA SELERA,
TAK KIRA BANGSA SEMUA SUKA.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan merah saiz sederhana
1 biji terung bulat
12 batang bendi kontot
1 cawan jus asam jawa
Air secukupnya
3 senduk nasi penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan merah dibuang sisik, kerat ikut suka, cuci bersih dan perap dengan sedikit garam dan jus limau kasturi selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Terung bulat dibuang sedikit kulitnya, belah 8 dan rendam. Bendi dicuci dan buang sedikit pangkalnya. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Tuang air secukupnya dan juga jus asam jawa.Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan terung , ikan, kiub ikan bilis (jika guna), daun kesom dan bunga kantan. Kacau perlahan dan biar sekejap. Masuk bendi, perasakan dengan garam secukupnya, dan sedikit gula. Masak sekejap hingga bendi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan atau biarkan untuk beberapa jam bagi mendapat rasa yang lebih enak.

8 comments:

laskar pelangi said...

yumyum! makan dengan nasi panas panas best ni kan =)

~~zAnAfAhMi~~ said...

Hari ni masak asam pedas jugak. Belum pernah letak buah keras, cmne rasanya ye....

akuanakpahang said...

Salam CMG, hari nie kita makan asam pedas juga cuma bukan yang nyonyanya aje :)
Jemput Singgah! Ke blog : "AKUANAKPAHANG"

Kalamhati said...

feberet ni..nmpk gaya kena cuba sok ni..kecur air liurku..huaaa

ROZILA said...

Salam CMG,

Semlm dah masak asam pedas,
hari ni masak tom yam sebab
anak demam....

Idea baru letak buah keras,nanti nak cuba....

Amie said...

jarang orang tolak asam pedas ye Mat.

mas saari said...

dah jadi menu lunch saya hari ni... thanks Chef Mat!

mamawana said...

Assalamualaikum

Feveret mamawana asam pedas nih. Asalkan gulai asam jer hmmm... menyelerakan. Teringat masa buat umrah pertama kali 1998 di Mekah , setiap hari mama akan pilih lauk asam pedas yg dimasak Chef Indon. Alhamdulillah.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.