BEN ASHAARI

Wednesday, November 16, 2011

KESAH SI PUDDING BUAH NAGA....

rsz_dsc_6864
Salam malam semua, apa menu makan malam tadi?...Hari ni adalah hari yang mat rasa kurang memberangsangkan. Apa2pun syukur alhamdulillah diberi kesempatan bernafas di bumi ciptaanya ini. Menu mat pun biasa2 saja. Siang tadi kurang lebih jam 10 pagi tiba2 bekalan elektrik putus, mungkin ada kerja2 penyelenggaraan, tapi selalunya mereka bagi tau, nasib baik 2 jam saja, kalau sampai ke petang, mau pengsan mat gebu. Jadi tergendalalah segala plan mat nak buat "sesuatu" hari ni. Itu lah kita manusia hanya merancang, Allah swt jua yang menentukannya. Erkkk...mat banyak sangat cerita eks, sebab resipi ni senang sangat, tu yang mat gebu cerita banyak sambil cuci2 mata...

rsz_dsc_6856
Sebenarnya pudding buah naga ni dah ada dalam list menunggu, kebetulan ada sebiji buah naga yang masak. Resipi mat nampak dari blog Kak Ummi Kuantan, di sini (terima kasih Kak Ummi), tapi tak sempat nak salin. Dan bila masa nak buat tu pulak lah takde elektrik, maka kena lah buat juga guna cara biasa mat buat. Alhamdulillah menjadi juga, sedappp..cuma kena hidangkan sejuk, rasa dia meletop dengan ada buah naga yang didadu kecil dalam pudding tadi. Sesuai dihidangkan untuk pencuci mulut. Satu lagi mat guna jelly powder konnyaku...Ok kita semak resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram jelly powder (konnyaku jelly powder)
1/2 cawan gula
1 helai daun pandan, disimpul
6oo ml susu segar
200 ml air
1 biji buah naga, kupas kulit dan didadu (tinggalkan sedikit untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan serbuk jelly, gula dan air ke dalam periuk, kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga serbuk jelly larut. Masukkan susu segar dan daun pandan. Masak lagi hingga mendidih, guna api sederhana dan kacau selalu. Kemudian matikan api. Keluarkan daun pandan.
  2. Isi sedikit buah naga yang didadu ke dalam acuan kegemaran anda, tuang agar2 tadi hingga penuh dan buat hingga siap. Biar hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk sehingga mengeras. Hidangkan sejuk sebagai pencuci mulut.

8 comments:

Choco Ani said...

Salam CMG saya ni baru la jinak jinak nal berblog.. dulu jumpa kat myresepi skang kat DTS trima kasih kerana jadi sumber rujukan dunia masakan tertarik menarik mmg DA BOOM BloG nig.. tq for sharing..

Mat Gebu said...

@ choco aini - salam juga, terima kasih sudi singgah..

mas saari said...

wah, warnanya pun dah memikat selera!

JIJI YU said...

kiutnyeee

Oh Oeya said...

Manisss :)

aimie amalina said...

gagaga
'mimi suke buat puding
pas ni bole variasikan puding cm nii =]

armouris said...

lagi info tentang buah naga - Khasiat Buah Naga

Ummi said...

Mat, macamana akak boleh terlepas ko buat nih...ingat nak test...hehehe, terima kasih la sudi try ideanya, wpun ko wat sendiri mesti lg meletopss!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.