Salam satu Malaysia....tukar sudah. Dah santap semua... mat hari ni masak yang biasa2. Semalam big boss ada bawak balik jantung pisang dari kebun, mat memang dah plan nak buat kerabu jantung pisang ala peranakan. Kenapa peranakan?..Salah satu sebabnya, budaya masyarakat baba nyonya unik, hanya ada di asia tenggara sahaja dan ianya hampir pupus. Kalau tak kerana keunikkan seni mereka, masakan Allahyarhammah Datin Endon sendiri menyebut budaya peranakan it's a living art atau budaya "hidup". Dan mat ucap tahniah juga pada TV3 , atas inisiatif mereka menerbitkan rancangan "Dapur Nyonya" yang menampilkan Chef Florence Tan, yang sememangnya layak, Florence ni a true blue peranakan nyonya dari Melaka, jadi memang kena sangat2...
Kalau perhatikan, masakan mereka ni mirip masakan orang melayu kita, ini kerana pengaruh budaya. Nenek moyang mereka ada kawen campur zaman dulu kala, antara orang cina dan juga warga tempatan (ni kesah 3 - 4 ratus tahun dulu). Satu lagi mat perhatikan, mereka ni kalau kawen pun nak juga dari keturunan baba nyonya (zaman dulu). Apa2 pun juga budaya mereka memang unik, mat suka dan rasa bertanggungjawab mengekalkan warisan mereka setakat yang kita mampu. Tapi anda harus faham kebanyakkan mereka bukan muslim, cuma gaya hidup mereka ada sedikit mirip orang melayu tempatan. Sebelum mat tulis resipi nak kasi pantun dulu.
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji jantung pisang
15 ekor udang saiz sederhana
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 batang serai, ambil bahagian putih, hiris halus
2 helai daun limau purut muda, hiris halus
2 biji cili padi, hiris halus (untuk hiasan)
4 biji limau kasturi, perah jusnya
5 biji bawang merah, hiris halus
100 ml pati santan
2 biji cili merah*
3 biji cili padi*
1 inci belacan*(*ditumbuk halus)
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
BANYAK SUNGGUH AYAM DENAK,
DAGINGNYA PEJAL SEDAP DIMAKAN,
KERABU JANTUNG RASANYA ENAK,
HIDANGAN OLAHAN ORANG PRANAKAN
DAGINGNYA PEJAL SEDAP DIMAKAN,
KERABU JANTUNG RASANYA ENAK,
HIDANGAN OLAHAN ORANG PRANAKAN
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji jantung pisang
15 ekor udang saiz sederhana
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 batang serai, ambil bahagian putih, hiris halus
2 helai daun limau purut muda, hiris halus
2 biji cili padi, hiris halus (untuk hiasan)
4 biji limau kasturi, perah jusnya
5 biji bawang merah, hiris halus
100 ml pati santan
2 biji cili merah*
3 biji cili padi*
1 inci belacan*(*ditumbuk halus)
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Jantung pisang dibuang sedikit kulitnya, rebus hingga lembut. Tos dan sejukkan, kemudian buang lagi lapisan kulit hingga dapat bahagian yang lembut. Belah dua, hiris dan toskan, kalau berair, perah sedikit dan letak dalam bekas.
- Santan dimasak bersama bahan tumbuk halus, guna api kecil, kacau rata dan masukkan udang, tambah garam dan gula secukup rasa. Bila udang masak, matikan api dan sejukkan.
- UNTUK KERABU JANTUNG PISANG :- Masukkan hirisan daun limau purut, serai, bunga kantan dan bawang merah ke dalam bekas berisi jantung pisang tadi. Gaul rata dan masukkan no. 2, gaul lagi dan tambah jus limau kasturi, sesuaikan rasa, jika kurang garam tambah sedikit lagi. Tabur hirisan cili padi sebelum dihidangkan..
13 Comments
selamat petang mat,
ReplyDeletehadooiii.... kerabu jantung pisang ni buat kita tak senanglah....sedap betul diratah gitu aje kan mat...
@ amie - setuju sangat...saya pun ratah saja..
ReplyDeleteAssalam, Che Mat...
ReplyDeleteNurul pun suka sgt kalau jantung pisang ni buat kerabu... Sedapppnya...
Rancangan dapur nyonya tu pun nurul ader tgk... ^__^
dah lama x makan kerabu jantung pisang....
ReplyDeletekenapa ye bila cmg berpantun kat entry nie terbayang2 plak muka florence tan :)
assalamualaikum che mat...
ReplyDeletetak pernah le buat kerabu jantung pisang ni.nampak sedap je.
BTW kerabu tu ape che mat..??? xixi
biase emak saye masak lemak cili api je jantung pisang ni... :)
kerabuuuuu....
ReplyDeletekerabuuuuu....
ReplyDeletenak makan skng waaaaa lapa da
ReplyDeletenak makan skng waaaaa lapa da
ReplyDeletefuhh..sungguh menggiurkan..
ReplyDeletebilala dpt merasa masakan mat gebu ya...huk3...kalau pregnant,boleh juga buat wishlist,ni isteri pregnant,consider boleh juga ke tak abang mat?
untuk makanan diet pon okeh gak an cik mat?
ReplyDeleteCik Mat, yg biasa-biasa(masakanlah) bagimu adalah luar biasa bagiku
ReplyDeleteDari Sedenak ke Segamat
ReplyDeleteSinggah sebentar di Johor Bharu
Kecur air liurku wahai Che Mat
Diriku ini memang hantu kerabu
hehe bg pantun gak!