BEN ASHAARI

Sunday, October 23, 2011

RENDANG SOTONG..... SEDAPP I TELL YOU!!

rsz_dsc_4366
Salam petang semua.....kali ni mat nak letak satu entri yang mat tak boleh nak makan, cuma masakkan sahaja....huhu, ikut tekak memang nak, tapi terkenangkan kegatalan yang akan ku alami kemudian nanti, terus takmo dah. Ingat resipi sotong ala sardine tempoh hari di sini... Baru2 ni abang mat ada beli lagi, kali ni pun saiz giant juga 2 ekor = 1 kg!!..pepandai lah u all agak besar ke tak..Tadi mat cadang buat rendang tapi sebab sotong tu memang sah keras jelatu nya kalau dimasak2 macam tu saja..jadi as an alternative mat rebus dulu dalam periuk tekanan atau omputeh nyebut pressure cooker selama 30 minit. Lepas tu baru masak rendang. Sebab sotong tu dah masak, kita letak dalam kuah rendang yang hampir kering, masak sekejap lepas tu siap dah..ok mat tulis resipi dia...Jommm....

BAHAH-BAHANNYA :-)
1 kg sotong saiz besar (mat guna sotong memang saiz besar 2 ekor = 1kg)
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
2 camca besar gula melaka
100 ml pati santan (mat guna santan kotak)
2 camca besar penuh rempah kari
2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 batang serai, hiris halus
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus sotong 30 minit dalam periuk tekanan, letak sedikit garam. Kemudian tos dan keluarkan sotong, potong kecil (cara merebus boleh lihat di sini..tapi untuk resipi ini rebus guna air dan garam sahaja.)
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masuk rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Masuk pati santan, gula melaka, asam gelugor, kerisik dan daun limau purut. Kacau rata masak hingga pekat dengan api kecil.
  3. Masukkan sotong, gaul rata, tambah garam secukup rasa. Masak hingga kering sedikit. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat atau pulut...

16 comments:

yuyu Zulaikha said...

tempe mana tempe!! :'(

ayuharlina said...

wah... sodap bai tu.. tambah lagi resepi yang ada... na buat mlm nie...

Sunah Sakura said...

perghhhhh~ saya rasa saya boleh makan ni.. hahaha

aimie amalina said...

pakcik mat!
apakh iniiiii
sy peminat sotong walau resdungggg
hehehe
sgt la sedap niiii...

aimie amalina said...

pakcik mat!
apakh iniiiii
sy peminat sotong walau resdungggg
hehehe
sgt la sedap niiii...

aimie amalina said...

pakcik mat!
apakh iniiiii
sy peminat sotong walau resdungggg
hehehe
sgt la sedap niiii...

mas saari said...

sedapnya! tak pernah makan lagi ni..
nak cuba buatlah!

laskar pelangi said...

terliur i tell you =D

anymz said...

waaah..lap u lah mat..sotong gedabak tu masih ada lagi dlm esbok akak tu.hari tu tak tau nak buat apa akak bakar je.pastu goreng tepung.mggu lepas pegi kuala sg baru mka akak borong lagi sotong giant tu..best..best..bolehlah di rendang pulak nanti..mekaseh share resepi yo mat yo...

JIJI YU said...

papa..sapa caka lap u ni..jeles la aii...hahaa

Iffah Afeefah said...

huarghhh terbaik

azieazah said...

Sian kan? Bila yang kita pandai masak tapi kita tak boleh nak makan... takpa, masakkan untuk orang pun berbaloi tuu...

Isteri Encek Bard said...

huhuhu satu lagi resepi baru yang mengiurkan

Roses_Leo09 said...

resepi baru ni. minta izin copy resepi yer che mat ....

Tart Biscuits@ Tart Sg Choh said...

En Mat Gebu...sotong besar boleh ker di ganti dgn sotong biasa yg ada di pasar? nak rebus jugak ker mcm sotong besar? saya nak cuba masak lauk ni utk raya haji ahad nih...

Nurul Elleina said...

Takde pressure cooker. Rebus biasa 30 minit jgak ker

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.