RESIPI CUCUR UDANG...

rsz_cucur_udang

Petang semua, assalammualaikum...kita makan cucur udang petang ni. Sajalah che mat bikin sebab Bak suka makan cucur udang. Tapi dia kan tak boleh makan udang kerap sangat, sekali2 tu ok lah. Resipi yang che mat buat ni mudah dan kalau buat che mat akan guna resipi yang ni, tak tukar2 lain dah. Kenapa?..Sebab buatnya mudah dan hasilnya insha Allah sedap. Kalau anda nak buat cucur udang beli udang berkulit keras, kerana ia akan memberi rasa cucur udang anda lagi enak. Nak guna udang biasa pun boleh tak salah, cuma che mat rasa udang kulit keras tu selain sedap, ia juga nampak lagi lawa bila dilingkarkan atas cucur udang, seperti gambar atas tu. Bila che mat buat cucur udang ni kan teringat kat jiran ku Ben Ashaari, dia suka cucur udang...moga Ben sekeluarga rahmati Allah swt selalu....

rsz_cucur_udang1
Biasanya cucur udang popular di bulan puasa sebagai juadah berbuka. Kalau tak bulan puasa, ia sesuai untuk minum petang atau sarapan pagi. Kalau anda perasan dalam rojak mamak pun ada cucur udang. Resipi ini akan menghasilkan 20 biji cucur udang bersaiz sederhana. Tapi bergantung pada saiz senduk yang anda guna. Sebab che mat guna senduk sayur mungkum saiz sederhana, maka dapat lah lebih. Kalau anda guna sudip mungkin kurang lah dapatnya. Cucur udang sedap dimakan bersama sos cili atau ada yang suka makan bersama kuah kacang, ini terpulang. Psttt...ada satu rahsia kalau nak jadikan cucur udang anda lagi sedap, guna air rebusan kulit udang untuk bancuhan cucur udang anda...shhh jangan kasi tau orang lain okeh...ni rahsia kita...shhh diam2...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instat yeast (mauripan)
1 genggam taugeh, cuci dan toskan kemudian diramas sedikit
10 tangkai kucai, potong kecil
1 biji bawang besar, dihiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
20 ekor udang berkulit keras, saiz sederhana, cuci dan toskan, kemudian lap kering dengan tissue dapur
Garam secukup rasa
1 3/4 cawan air (atau lebih sedikit, hampir 2 cawan)

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS CILI :-)
5-6 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*(*dikisar dengan 1/2 cawan air)
1/4 cawan cuka makan JALEN
1/3 cawan gula atau secukup rasa
1/4 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan tepung, kucai, taugeh, serbuk kunyit dan instat yeast ke dalam satu bekas. Masukkan juga sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh). Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Perap adunan tadi selama 30 minit (bungkus mangkuk berisi adunan dalam plastik bersih untuk mempercepatkan adunan kembang).
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Panaskan sudip atau senduk sayur (jenis stainless steel) bersaiz sederhana selama 2 minit. Kacau adunan, kemudian cedok dan isikan ke dalam senduk panas tadi hingga hampir penuh, dan lingkarkan seekor udang atasnya. Rendamkan dalam minyak panas hingga cucur udang boleh ditanggalkan dari senduk.
  3. Kemudian terbalikkan cucur udang biar bahagian udang berada dibawah. Buat kaedah sama untuk baki adunan dan bahan2. Buat kurang lebih 5 - 6 biji cucur udang sekali buat. Goreng dengan api sederhana sambil dibalik2kan hingga kuning keemasa, angkat dan toskan. Letak atas tissue dapur agar minyak gorengan terserap. Boleh hidangkan bersama sos cili..
  4. UNTUK SOS CILI :- Masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang putih ke dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan pekat. Tuang cuka makan, kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkang bersama cucur udang tadi..

Post a Comment

6 Comments

  1. Makan cucur time2 hujan ni best jugak CM..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih byk2. Saya dah cuba. Menjadi dan sedap sgt. Semoga Allah merahmati en mat gebu atas ilmu yg diberi.. 😊😊

    ReplyDelete
  3. Saya pun dah buat...Terima kasih share resepi
    http://makudestory.blogspot.com/2014/08/misi-bom-udang-disebalik-batu.html

    ReplyDelete
  4. Patut la saya buat tak menjadi
    .. rupanya taruh yeast....

    ReplyDelete
  5. saya ingin mencuba...terima kasih ye sudi kongsi ilmu

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.