NYONYA CHAP CHAI...

rsz_nyonya_chap_chai
Salam Khamis semua, masak apa hari ni?..Kadang2 bila memasak teringat pada mereka2 yang ditimpa musibah banjir terutama di Kuantan dan Kemaman, kediaman abang che mat di Kemaman pun dinaiki air, khabarnya paras dada..hmm, tak boleh nak kata apa dah, dugaan Allah...Pada mereka2 yang terlibat, banyak2 bersabar yea....Hari ni che mat masak yang ringkas sebab lauk semalam masih berbaki. Untuk Bak che mat masak ikan tenggiri masak kicap, untuk diri sendiri, nyonya chap chai seperti yang anda nampak di atas tu. Ini satu masakan typical orang nyonya. Masakan mereka unik, sebab digabungkan antara budaya orang cina dan melayu terutama dari penggunaan santan, herba2 dan rempah ratus. Pada pendapat che mat, sebagai generasi baru ia harus dipelihara. Kalau setakat ada buku menu2 tradisi seperti ini tapi tak pernah mencuba pun tak guna. Resipi asal dari Chef Florence Tan, tapi che mat masak ikut kuantiti untuk makan 2-3 orang saja...

KUEH KOCI DALAM SIA,
MAKAN SAMBIL GELAK KETAWA,
MASAKAN NYONYA ADA RAHSIA,
KENA DIMASAK SEPENUH JIWA.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 bahangian kobis bulat saiz kecil, potong, cuci dan toskan
1 genggam bunga pisang atau kimcam, disimpul dan rendam
1/4 cawan isi udang, cuci dan toskan
30 gram fucuk @ tauhu kering, kerat kecil dan rendam hingga lembut
3 - 4 keping cendawan black fungus segar, hiris
1/2 cekak soo hoon, kerat dan rendam
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar tauco
Sedikit kicap cair, jika perlu
Sedikit gula
1/4 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 camca besa). Tumis bawang putih hingga harum, masukkan tauco dan masak sekejap, masukkan udang dan kacau. Masak hingga udang berubah warna. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan fucuk (toskan) dan black fungus, kacau rata dan tuang air. Bila fucuk lembut, masukkan bunga pisang @ kimcam tadi (tos dan perah airnya). Kacau rata. Tambah kobis dan soo hoon (toskan). Gaul hingga semua rata.
  3. Masukkan sedikit gula, kacau dan rasa, jika perlu baru masukkan kicap cair secukupnya. Masak hingga sedikit kering dan sayur lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan..

Post a Comment

1 Comments

  1. tgok che mat punya entri ni..tringt kes chef wan mgamuk kt 1 restoren tu psal msakn baba nyonya..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.