INGIN MENCUBA SOTONG KICAP ALA "SARDINE"?..

rsz_dsc_4090
Anda pasti pernah makan sotong dalam tin tu tak?, Yang ala2 sardine berkuah kicap. Petang tadi mat cuba lah buat. TAPI...kena guna pressure cooker atau periuk tekanan. Sebenarnya ada cerita, kenapa mat buat resipi ni. Al kisah, abang mat yang sulung, dia geramm tengok sotong bersaiz besar kira 7-8 kali ganda dari saiz sotong biasa tu. Geram tu memang lah geram, tapi bila masak, liat gilerrrr, mat pulak sejak2 ni kan dah pantang makan sotong, jadi aku masakkan untuk mereka2 yang boleh makan. Kalau digoreng, dia jadi liat macam selipar jepun. Hmmm, mat terfikir dah nak buat sesuatu dengan sotong2 tu semua. Jadi tadi mat gamble lah try buat ala2 sotong kicap dalam tin tu, guna periuk tekanan. Syukur alhamudulillah menjadi pulak dan rasa dia seakan2 tapi takde lah sama sangat..kira homemade sardine sotong......

Seperti gambar anda lihat atas, sotong tu memang besar saiz nya, 3 ekor saja dah 850 gm. Jadi mat guna semua tu tadi, dan bila dah masak takde lah jadi banyak sangat, sebab dah mengecut. Seekor sotong tu mat cuma kerat pada 4 bahagian sahaja. Tang kepala dan janggut dia mat tak buat apa pun, cuma mata dan paruh ala2 burung kakak tua tu, mat buang. Lepas masak, janggut tu secara semulajadi mengecut dan mengontot..haha, cute jee kan. Pada mereka2 yang terbeli sotong besar dan ingin mencuba, pastikan anda ada periuk tekanan atau pressure cooker...Ok...Blog pilihan DTS malam ni di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
850 gm - 1 kg sotong saiz besar (macam dalam gambar diatas)
60 gram halia*
8 ulas bawang putih*(*tumbuk halus )
1/2 cawan kicap cair
700 ml air
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dibuang kulitnya. Kerat 4 setiap ekor, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk tekanan (anggaran 2 camca besar), tumis halia dan bawang putih hingga harum, masukkan air dan kicap cair, kacau rata. Bila mendidih, tambah sedikit gula dan tambah sedikit lagi garam. Kuahnya perlu sedikit masin.
  2. Masukkan sotong tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan dengan tudungnya dan pasangkan injap. Masak hingga bunyi "berdesir" dan kelihatan wap keluar dibahagian injap. Kecilkan api pada tahap minimun. Masak selama 35 minit.
  3. Bila cukup masa, angkat periuk tadi dan letak dalam sinki, alirkan air paip atas tudung periuk sehingga hilang bunyi desiran. Buka periuk dan alih sotong dalam bekas sesuai.
Sedia untuk dimasak mengikut resipi anda sendiri.Ok mat tulis pulak resipi yang mat masak macam gambar atas tu...Jommmmm...

BAHAN - BAHANNYA :-)
1/2 bahagian sardine sotong dari resipi di atas bersama 1 cawan kuahnya
12 tangkai kacang buncis, hiris serong
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1 inci halia, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji bawang besar, hiris kasar
Sedikit sos ikan
Secubit gula
Sedikit air jika perlu
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong tadi dipotong kecil. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga harum, masukkan sotong dan kacau rata. Tuang kuahnya, kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan hirisan cili merah dan hijau serta kacang buncis, kacau dan tambah secubit gula dan jika suka lebih kuah, tuang sedikit air. Masak sekejap dan renjiskan sedikit sos ikan. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat..

Post a Comment

14 Comments

  1. meleleh airliur tengok hidangan tu haaaa=D

    ReplyDelete
  2. kalau boleh, buatlah ketupat sotong.selalu buat tapi x pernah jadi.mungkin resepi salah

    ReplyDelete
  3. waa.. nina suka cik sutun...
    blog niena jadik blog pilihan PCM? wahh.. terharu.. sob2.. tenkiu PCM !!

    ReplyDelete
  4. Gemoknyela

    xley mkn tp kne masak adela sekse

    ReplyDelete
  5. Gemoknyela

    xley mkn tp kne masak adela sekse

    ReplyDelete
  6. ermmm...ni bukan ke ada petua nak kasi tak liat..ehehe

    ReplyDelete
  7. maaaaaaakkk aaiiiiiiiii
    sedap niiii
    sukeee totooooongggggggg!
    hehehe
    kene beli sos ikan la ni...

    ReplyDelete
  8. cik mat,

    kita suka makan sotong kicap tin tuh..tp skang harga satu tin dah SGD3.80. melampau. TQ share resepi..leh kita gamble wat plak.. hehe

    ReplyDelete
  9. sanggup tak makan sotong ni semata-mata taknak muka merah2..huhuhu

    ReplyDelete
  10. saya paling suka sotong..lebih2 lagi yg ada telor dalam dia..fuhh bahaya2

    ReplyDelete
  11. bagus la tuu... dlm tin ada bahan pengawet.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.