BEN ASHAARI

Wednesday, October 19, 2011

INCHE KABIN @ AYAM GORENG KARI

rsz_dsc_4008
Inche Kabin?..apa tu....Kalau nak tau itu nama sejenis ayam goreng kari, resipi orang2 peranakan Baba Nyonya Pulau Pinang. Eh, ada beza ke dengan Melaka punya...adaaa...kalau di belah2 Penang, gaya pertuturan mereka pun lebih banyak guna bahasa hokkien, dan gaya masakan mereka ada pengaruh negara2 ke utara seperti Siam dan Burma. Gaya pakaian masih sama cuma ada tu style sanggul mereka berbeza. Mat guna lebihan ayam kampung, kurang lebih 2 keping dada ayam. Ini jenis ayam kampung berbela dalam kandang, jadi cepat dimasak. Kalau anda guna ayam daging pun ok, tapi ayam kampung walaupun isinya tak banyak, tapi daging dia sedap....Ok kita pantun serangkap dulu sebelum lihat resipi... Blog pilihan kali ini ---> di sini...

KRONGSANG INTAN DALAM PETI,
PETI TERSIMPAN DALAM ALMARI,
UNIK DAN ASLI ITU YANG PASTI,
INCHE KABIN@AYAM GORENG KARI..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping dada ayam (mat guna ayam kampung)
2 camca besar rata rempah kari daging (mat guna jenama baba's)
100 ml pati santan
3/4 inci halia*
3 ulas bawang putih*
1 kiub pati ayam*(*ditumbuk halus)
1/2 camca besar cili serbuk
1 biji limau nipis, perah jusnya
1/2 camca teh gula halus
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, bersihkan dan cucuk2 ayam tadi dengan garfu. Satukan dengan semua bahan2 diatas kemudian perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan dalam bekas bertutup dan perap sekurang2nya 3 jam dalam peti sejuk.
  2. Masukkan ayam ke dalam kuali bersama bahan2 perap nya sekali, masak dengan api kecil hingga bahan kering dan bersalut pada ayam. Angkat dan sejukkan. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Bila minyak betul2 panas, masukkan ayam dan goreng hingga hilang bunyi desiran (sekejap sahaja). Angkat dan toskan.
  3. Panaskan kembali minyak dan goreng sekali lagi, kali ini guna api sederhana, goreng hingga ayam kuning keemasan, angkat dan toskan. Hidangkan panas..

13 comments:

laskar pelangi said...

adessss! terliur2=(

[k]o{q}i[n] said...

perghh...best nye...

Kalamhati said...

waahh kalu bg resepi ni kt kakak KH ni mesti dia trus cuba nih..hehe (diri sendiri taknak lak cuba..ekeke)

Niena Pengembara Ilahi said...

nk rasa sikit ^^

Lyssa Faizureen said...

wahhh . nampakk sodapp ! Lyssa suka ayam . boleh try nihh :p

Amie said...

patutlaaa..... terbau kari, rupanya ada orang buat ayam goreng kari... sedapnya!

micasamawar said...

ehh,ni la resepi yg kwn cikNor kasi dulu (thn 1999...huhuu...da lama tu) tapi msa tu cikNor xamik pot pun pasal xjatuh cinta lg dgn xtvt masak2 ni so xtaw la kat mna resepi tu dah cikNor perap...hehehe...tapi cik Mat dah post Ntry ni bagus gak la boleh cikNor try buat...credit to Mat Gebu (^_^)

Ryo Azhar said...

woww..Inci Kabin pulak??huuuu..

rahel said...

mat malam Che Mat..
singgah kejap nengok ayam nci' kebin..macam nak ambik je semuaaa..hahaha...

JIJI YU said...

tiap2 hari ada kat kantin sekolah

aimie amalina said...

pestime tawu ni pakcik mat
cm sedap je ni
heeeeeee =]

Norliza said...

Salam Cik Mat
Minta izin copy and paste kat my blog boleh tak? KIV for my next masak.

Melati Qistyna's Mummy said...

Owh byk kali nak kena grg ye, mesti sedap ni kalau kejenye remeh skit.... Walaupon remeh, tp simple..... :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.