BEN ASHAARI

Monday, October 31, 2011

CUCUR UBI KAYU BEREMPAH.

rsz_dsc_4958
Selamat pagi semua.. Hari ni Isnin kan, selamat bekerja bagi mereka2 yang bekerja, bagi yang tak kerja pulak, selamat dikerjakan yea...haha. Pagi ni nak berkongsi dengan anda semua satu resipi mudah, alah mat kan dok kampung jadi bahan2 mentah macam ubi ni semua mudah lah dapat, ada tanam kan farmville, tapi bukan mat yang tanam, Pak Brahim yang tanam. Ubi ni semua dah siap berparut awal2 dan dibekukan dalam freezer, bila nak guna kita kasi keluarkan terlebih dahulu hingga dia lembut, lepas tu boleh lah buat ikut resipi yang anda ingin kan.

rsz_dsc_4979
Hari ni mat letak resipi cucur ubi kayu berempah, senang dan cepat, ala2 rasa vadey pun ada gak. Yang ni anda kalau nak cepat, siap2 adun dan bentukkan dulu, tang bentuk tu ikut suka hati lah yea, mat buat leper2 macam begedel. Kalau nak buat bulat boleh, bujur pun molek juga. Sedap dimakan bersama sos cili dan di letak sedikit mayonnaise. Kalau nak makan dengan sos seribu pulau pun tak menjadi masalah. Rasa mat selain untuk sarapan, jamu minum petang pun sesuai juga nih....Resipi seperti dibawah ini....tapi sebelum tu sudi2 kan lah ke sini....Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan ubi parut
1 camca besar tepung gandum
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk halus
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 pokok daun sup, hiris halus
1 pokok daun bawang hiris halus
Garam secukup rasa
Sos kegemaran untuk mencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali garam, gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Kemudian ambil adunan kurang lebih 1 camca besar, bulat2 kan dan leper dan bentukkan seperti begedel, atau bulat atau bujur, terpulang. Buat hingga siap.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng dengan api sederhan hingga kuning keemasan pada keseluruah bahagian. Angkat dan toskan, letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.

5 comments:

Iffah Afeefah said...

Huargh mantappp

nmpak cm sdp

Aishah Jamal said...

Baca resepi terbaru CMG ni teringat cucur ubi kayu mak saya ketika zaman sekolah rendah dulu2cumanya mak saya tak letak cili hijau dan bawang putih tu.

Apapun tak dinafikan cucur ni mmg sedap.

Selalunya saya jdi silent reader dan suka mencuba resepi CMG, hehehe...hari ni terasa nak beri komen pulak.

Terimakasih ya Chef sebab berkongsi ilmu memasak ni. Semoga segala ilmu yang Chef Mat Gebu kongsi diruang maya ini akan dibalas kebaikannya oleh Allah swt. Amin..

cacti5000 said...

salam...herm..tentu sedap..tapi masa kecik2 dulu arwah mak saya selalu buat cucur gini..cuma bezanya..dibubuh daun kari..sedikit cili kering yang dikisar..bawang2 kisar dan bentuknya leper dan digoreng hingga garing..herm...sedap hingga menjilat jari..boleh try kot Mat..hehe

mimie kesuma said...

kalau di indonesia...
ubinya di rebus dahulu baru di tumbuk...
rasanya sedikit lembut....^_^

Eyma Balkish said...

Kena cuba nie... sedap nampak sgt enak :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.