BEN ASHAARI

Monday, September 19, 2011

ROJAK TAK CUKUP BAHAN...PUN SEDAP JUGA.

DSC_1648_picnik
Assalammualaikum, salam Isnin..Sejak2 ni mat rasa blog makin hambar, ntah lah daya tarikan makin kurang, mat sendiri rasa begitu, jiran mat sendiri pun dah semakin sibuk..yelah masing2 ada komitmen kan. Mat masih macam dulu2 juga, kalau orang tanya mengenai blog mat, macam mana anda lihat sekarang ni macam tu lah, apa2 pun blog ini lah yang banyak merubah sikap seorang manusia bernama mat gebu, dari berfikiran agak naif, complicated kepada yang lebih berfikiran terbuka. Secara jujur mat kata kat sini, pembaca2 blog ini lah yang banyak memberi semangat pada mat untuk berblog. Bila kita lihat mereka berjaya memasak sesuatu masakan yang menjadi kegemaran suami dan anak2, secara tak langsung, mat sendiri rasa bangga dan terharu. Syukur alhamdulillah tak sedikit banyak blog mat dapat membantu mereka. Mat sendiri bukan lah profesinal dalam bidang ini, tiada pendidikan formal pun dalam dunia masakan, tapi sebab ianya satu benda yang kita kerap lakukan, maka kita dapat memantapkan skill memasak itu sendiri. Pada mereka yang berpendidikan khusus dalam bidang kulineri, mantapkan skill anda, satu lagi, teori hanyalah panduan, pengalaman adalah "teori" hidup yang lebih bermakna dan jitu...Ok kita lihat resipi rojak tak cukup bahan ini....

BAHAN KUAH KACANG :-)
200 gram kacang tanah yang digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar sederhana halus
2 camca besar penuh cili kisar
1 cawan jus asam jawa
2 camca besar penuh petis @ otak udang
2 - 3 camca besar gula pasir (atau ikut manis)
Garam secukup rasa
Air masak secukupnya
6 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*dikisar halus)

BAHAN LAIN :-)
Kangkung secukupnya, siang, cuci bersih, toskan dan celur sekejap toskan
Sengkuang, kupas, hiris halus memanjang
4 keping tauhu, goreng dan didadu besar2
Hirisan cili padi, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH KACANG :- Satukan kacang tanah kisar dengan cili kisar, bahan kisar halus, jus asam jawa, gula, petis dan kacau rata. Tuang air masak secukupnya sambil dikacau hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Ketepikan.
  2. UNTUK ROJAK :- Susun tauhu, sengkuang dan kangkung celur dalam kuantiti yang anda ingin kan. Letak dalam bekas sesuai, tuang kuah kacang, gaul rata dan jika suka tabur hirisan cili padi sebelum dihidangkan segera.

4 comments:

Areef Ibn Naim said...

salam,

biasala tu cik mat... alangkan iman kita manusia biasa tu sering naik n turun, inikan pula mood berblogging :)

sy pun kkdg tak tau nak tulis apa kat blog... klu cik mat takpe, sehari dua mendiamkan diri, pasti ada yg dok tertunggu2, dok angau, hehehe...

Sunah Sakura said...

pengalaman adalah teori hidup yang lebih bermakna...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam cmg..
rojak ni kegemaran saya,nak buat klu sikit tak berbaloi kan?sbb kena pki byk bhn.

sayalah salah sorang yg dah kurang laju ke sini, mmg busy lah sejak ada baby baru ni cmg..sekali jenguk 3-4 entri saya klik.terpaksa wat camtu walau tak komen semua.

JIJI YU said...

papa buat la ape pon..totap bes

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.