BEN ASHAARI

Thursday, September 22, 2011

PAPRIK AYAM.....TERHARU DENGAN ENTRI "KAK JEE"

rsz_dsc_1741
Salam malam semua, ok kali ni nak share resipi mudah, sedap dan ringkas, orang2 bujang boleh masak, yang baru kawen boleh masak kasi suami makan, yang dah lama kawen pun boleh gak masak untuk anak2 dan suami. Masak untuk jamu kawan2 pun boleh. Selain ayam, udang pun sesuai, daging pun ok..sotong pun boleh juga, erkk sotong..waaa, lama dah mat tak makan sotong, bukan apa takut lah kan gatal telinga macam dulu tu, serik woo, sekarang ni bukan makan je, kalau pi pasar, lalu tepi orang jual sotong pun segan dah...tapi bessnya kan sambal tumis sotong, aduhh melelehh ok. Resipi ni asal mat dapat dari blog Kak Ina KL, dan guna udang, jadi seperti biasa mat gebu menderhakakan sedikit, tukar pada ayam. Sedap dimakan bersama nasi panas, lauk ni saja cukup dah. Dalam kesempatan ini mat nak ucapkan terima kasih pada Kak Jee atau Puan Fauziah Abdul Samad, sebab..huhu..sebab..waaaa, sendiri baca lah kat sini..terharu sangat..sampai nak pengsan dah >_< huhu. Mat tulis resipi pulak yeaa..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping dada ayam, dadu besar2
1/4 biji traffic light capsicum (merah, hijau, kuning), didadu
150 gram bunga kobis, dipotong sekuntum2
8 biji cili padi, dititik
2 batang serai, diketuk
3 helai daun limau purut
1 biji bawang besar, belah 6 dan lerai kan
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji tomato, belah 6
1 pokok kecil daun ketumbar, kerat kasar
Sos ikan secukup rasa

BAHAN SOS :-)
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili thai
2 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging ayam cuci dan toskan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, gaul rata dan goreng embal2, jangan garing. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga harum, masukkan cili padi, daun limau purut dan bunga kobis, gaul rata dan masukkan ayam tadi. Kacau dan masak sekejap. Kalau perlu tambah sedikit air.
  3. Tambah bahan sos tadi, masukkan traffic light capsicum, gaul rata. Tambah sos ikan secukup rasa. Masukkan tomato dan masak hingga sayur lembut. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.

13 comments:

Citarasa Rinduan said...

memang sedap bila layan dengan nasi panas..
kalau nasi goreng pun masyukkkkkkk..
cik mat.. apa lah agaknya entry kak jee tu eik.. nak terjahlah

AZLITA AZIZ said...

Tahniah dari akak..
Semoga mat terus berkarya dan sentiasa tampil dengan resepi2 yg PENGSANNNN!!!

ni pun akak dah nak pengsan tengok lauk paprik tu.. aduyaiii...

JIJI YU said...

belut la plak

Oh Oeya said...

As salam. Moga Che Mat sihat.
Kalau balik keje dah terhidang di meja..
Baca juga entri Kak Jee semalam :)

Liza @ Adzriel AB said...

anak2 suka sangat ni

Tamar said...

Salam,

Tahniah CMG..Da baca da entry panjang lebar Kak Jee pasal CMG...So touching..Semoga terus mengilhamkan kami dgn resepi2 CMG....

zuwaidah said...

cik mat, kak zu dah baca entry kak jee tu...kira CMG blog ini mcm one stop centre utk kita semua belajar memasak, kan pelbagai resipi dan masakan ada di sini...tak payah beli buku masak dah. Blog kak jee pun mesti kak zu singgah...suka laaaa

Roses_Leo09 said...

hanim dah baca n3 kak jee tu. hanim setuju sgt2 sbb hanim banyak belajar dari blog che mat. all the best & keep it up che mat.

Nora Karim said...

uish sedapnya... nak pi masak la kejap!

Hidayah Surea said...

Che Mat, sedap gila paprik ni. tak tipu. Thank u for sharing. sob sob sob.

Kak Noor said...

Salam Che Mat. Memang teruja sungguh kalau ziarah blog Che Mat. Kak Noor suka sangat baca coretan Che Mat yang bersahaja. Bukan setakat pandai memasak, tetapi pandai juga berkarya. Itulah yang buat orang tak jemu menziarahi log Che Mat ni. Hari ini Kak Noor nak cuba paprik Che Mat. Ramai yang komen kata sedap. Sedap sesangat lah tu... Tetapi akak nak masak paprik campur, tetapi ikut resepi Che Mat. Harap diizinkan ye! Bila dah masak nanti, akak poskan kat blog akak. Terima kasih kerana syer resepi ini.

Mimi Anis said...

Bru je siap msak Utk suami.Kalau sy tmbh cili boh(cili kering yg dblend) cket,pehtu tmbh gula ckit.na bg rse pedas2manis msam plak perah limau kasturi masa nk mkn. Mmg sedapp

Mimi Anis said...

Bru je siap msak Utk suami.Kalau sy tmbh cili boh(cili kering yg dblend) cket,pehtu tmbh gula ckit.na bg rse pedas2manis msam plak perah limau kasturi masa nk mkn. Mmg sedapp