NASI LEMAK GAYA MAT GEBU...

rsz_dsc_1877
Assalammualaikum, selamat pagi Sabtu semua. Ni hari mat rasa tak masak tengah hari lah, sebab pagi tadi dah masak nasi lemak. Ada yang ngeri eks, huhu, betul kan lagi bila nama dia "lemak". Seperti biasa, mat selalu masak nasi lemak guna beras basmathi. Ada pelbagai jenama beras basmathi dipasaran, ada yang harga sederhana hingga yang mahal. Terpulang ikut kemampuan anda. Pada mat beras basmathi ni memasak dia mudah, sebab sukatan dia yang selalu mat guna 1 : 1.5 iaitu 1 bahagian beras dan 1 1/2 bahagian air. Beras direndam sekurang2nya 20 minit. Nasi akan jadi panjang dan berbutir2. Tapi pastikan anda tak kareh nasi tadi banyak kali, nanti nasi akan patah2, dah jadi tak lawa. Mat cuma hidangkan dengan bahan2 yang sedia ada saja, ada sambal tumis kerang, ulam timun, tauhu goreng dan juga telur rebus. Kalau anda nak tambah kacang tanah goreng dan ikan bilis goreng pun ok, nak tambah lagi ayam goreng rempah pun boleh..nak letak rendang pun tak jadi masalah..kalau nak lagi, boleh juga letak ikan goreng. Lama2 nak makan nasi pun tatau mana nak cari dah, semua benda2 tadi dah cover the coconut rice...haha..jom lihat resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 20 minit dan toskan
6 cawan santan kelapa yang segar
2 batang serai, dititik
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar, belah 4
1 inci halia, kerat 3 dan dititik
2 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis
Hirisan timun
Hirisan tauhu goreng (optional)
Telur rebus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan beras dalam periuk nasi elektrik, tuang santan, masukkan serai, bawang putih, bawang besar, halia dan daun pandan. Masukkan garam secukup rasa (jangan masin2, cuma bagi rasa lemak saja). Kacau rata dan masak seperti biasa.
  2. Bila nasi betul2 masa, gemburkan dengan chopstick. Boleh hidangkan dengan bahan2 sampingan tadi..

Post a Comment

9 Comments

  1. tgk style hidang pun dah berselera giler rasa..hehe thumbs up!!

    ReplyDelete
  2. sesungoh nye mat dah wat nad xsabar nak mkn nasik lemak ptg nanti.....huwawawawa...lapar tahu!

    ReplyDelete
  3. As salam.
    Moga Che Mat sihat-sihat saja.
    Oh! Nasi Lemak Kerang.. Gilosss sedappp!

    ReplyDelete
  4. nampak menarik jeee presentation nasi lemak CMG....ader yang g cari nasi lemak plak lepas ni hihihi

    ReplyDelete
  5. uwaaaa nasi lemak guna beras basmathi mmng kegemaran akak..suka tngk beras satu2 pastu lembut...mmng best..sambal kerang tu kegemaran akak..laporlah plk..adoyaiiii..

    ReplyDelete
  6. teringin makan Nasi Lemak..tengok ni bertambah2 nak la jawab nye

    ReplyDelete
  7. cik mat, cantik pinggan hidangan tuuuu...memang bertambah selera lah kan

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.