BEN ASHAARI

Friday, September 30, 2011

LEMPENG BAWANG ILHAM MAMAFAMI..

rsz_dsc_2211
Salam senja semua. Kali ni mat nak share lempeng bawang yang mat suka sangat, sedap dan sesuai untuk sarapan atau minum petang. Tau tak, tiba2kan hari ni mat macam rasa tak selesa, rasa macam bersalah. Hmm mat kadang2 susah lah nak cakap, secara jujur hidup mat ni kan agak konservetif, tu pasal bila bersahabat mat seakan2 terlampau ambik berat, sampai mat rasa aku terover the limit pulak. Hmm, tu lah mat sendiri tak reti nak berlakon, sebab apa yang anda baca mat tulis, secara luaran aku orang yang sama, cuma mungkin segelintir akan melihatnya agak aneh..ntah lah.Terukkan mat nih...hmmmm itu lah kekurangan aku yang amat2 ketara....sedeyy..

rsz_dsc_2217
Berbalik pada entri hari ni, terima kasih mat pada Mama Fami, seorang blogger masak yang mat hormati...sebenarnya mama ni kan very understanding, i really salute her as a senior cooking blogger and a great mom also a very supportive wife. Terima kasih yea mama, sorry if my english worst and tunggang langgang...hahaha, biasalah kita sekolah tak pandai kan, sapa nak gelak silakan, tak de masalah. Lempeng ni mat cicah dengan kuah lemak cili padi telur yang mat masak semalam. Ok lah mat tulis resipi ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 1/2 cawan air (ikut pekat)
2 camca besar minyak masak
5 pokok kuchai, hiris halus
Garam secukup rasa
1 biji telur
1/2 camca teh baking powder
Sambal tumis untuk dicicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis dan air, gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stik pan, lenser dengan sedikit dengan minyak masak. Bila panas, tuang 1 senduk adunan tadi, kita kurang tambah sedikit lagi. Ratakan dan masak hingga permukaannya kelihatan pucat.
  3. Terbalikkan dan masak hingga lempeng kelihatan sedikit garing. Angkat dan buat kaedah sama dengan baki adunan hingga siap. Hidangkan dengan sambal tumis sebagai sarapan pagi.

15 comments:

Iffah Afeefah said...

Nk makannnnn

leyzajamil said...

wallah!! lempeng dah sinonim lawankan dgn sambal bilis..emmmmm...

JIJI YU said...

wahaha..putih kemaen lempeng

RoseLangkawi said...

salam Cik Mat
Temptingnya. betul!open house saya buat lempeng cicah sambal sardin, laris!

Famili Ceria said...

huhu...sedapnya...teringin nak makan...

Jom terjah sini:
1)Jawapan Bernas Mengapa Hukum Hudud Patut Dilaksanakan Oleh Ustaz Zaharuddin
2)Kena Kejar Sebab Mandi Bogel
3) Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Akan Dikenakan Tindakan Undang-undang

Kak Rose said...

Matttt... lempeng apa pun mmg kak rose suker... pasti buat nnti, kiv resepinya dulu ya.

Sunah Sakura said...

ya Allah comeynyaaaaaaaaaaa lempeng ni!

MamaFaMi said...

Oh sungguh daku terharu. Nama ku disebut-sebut di blog yang tersohor ini.. Oh lihatlah donia.. betapa daku merasa berbesar hati... Terima kasih daun keladi, selalu selalu lah seru mama lagi... hehehe...

Okay, habis mukaddimah.. Adeh, ni yang mula nak datang dengki ni. Cemana lempeng ko nampak jelita macam sopan je eh? Ish ish ish, cemburu buta ai taw!

Yatie said...

cantiknya lempeng yg Mat buat ni..jeles akak tawwww....arini akak masak kari daging, sok pagi nak wat lempeng yg CUN mcm nilah...hehehehe...

Diyanazman said...

walaaaa... inilah lempeng paling cun-melecun pernah kulihat! mesti rasa pun sedap.. yummm

Lady Rina said...

teringin nak makan...nk try la nanti..:)

Scarlett O'Hara said...

Ada satu lempeng org utara buat nama Peknga ke apa.Tu camana buat dia Mat?

Mat Gebu said...

@ scarlett - kalau tak silap saya, tu lempeng kelapa..orang utara, sila komen...

Lysha said...

Thank you CMG,Shah willbe estatic...huya...and yup a gizzilion thanks for making our lives a big big HUYA....

cik puan tipah said...

Assalam cik mat,
Sy sblm ni silent reader. Sy suka resepi di sini..mudah dan sedap. dan ada resepi2 yg sy pernah cuba. mgkn menu ini yg sy akan cuba. TQ

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.