BEN ASHAARI

Sunday, August 14, 2011

UMAI UDANG GAYA SARAWAK..

P1300601
Petang sudah...sibuk dah ni kat dapur, ke hulu, ke hilir..ada kala macam tak tentu arah, huhu. Pernah makan "umai". Mat pun pestime makan, eh sedap lahhh. Umai ni kira macam cencaluk lah, tapi ianya lebih segar. Terkenal di Sarawak...wahh Sunah mesti pandai makan nih, kalau tak sah kena buang negeri itu budak...tapi kalau dah menikah dengan Ady Budika..sah2 kena dok KL kan...wahhh moga ada jodoh anda berdua yeaa. Kali ni mat test try cuba Umai udang, resipi asal dari teman blog masak2...sapa lagi kalau bukan Dayang Jack, tapi mat ambik resipi ni di MyResipi. Ianya satu hidangan mentah, namun begitu pengunaan jus limau dan cuka dalam proses memerap udang tadi telah memasakkannya secara semula jadi. Ok cerita banyak lagi nampak rumit, elok lah mat tulis resipi dia, terima kasih Dayang Jack...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 - 6 ekor udang saiz sederhana
1 biji bawang besar, hiris halus
3 biji cili padi merah, hiris halus
1 camca besar cuka makan (mat guna jenama Jalen)
5 biji limau kasturi, ambik jusnya
Sedikit garam dan gula
Sedikit hirisan daun sup, daun ketumbar, serai dan dan kunyit

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
1 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dikupas kulitnya, belah belakang dan buang uratnya. Buat hingga siap, cuci dan kemudian hiris udang tadi nipis2. Gaul dengan sedikit garam dan jus limau kasturi tadi. Rehatkan sebentar.
  2. Kemudian gaul udang tadi dengan bahan2 tumbuk lumat, dan bahan2 selebihnya. Gaul rata2 dan perap selama 1 jam, dalam peti sejuk. Udang tadi akan berubah menjadi warna putih, dan telah masak secara semulajadi sebab tindak balas jus limau kasturi dan cuka tadi. Hidangkan bersama nasi hangat....hmmmm..

17 comments:

Cik Eka said...

teringin nak makan..pakcik mat..walopon dia tak masak,nanti bila kena jus limau ngan cuka tu dia akan masak kan pakcikmat???

y u y u Z u l a i k h a said...

mencik pok cik mat tak berapa gebu!!! kesian baby 3bulan dalam perut saya ni :'(

aimie amalina said...

huk3.dapnye umai yg cam kerabu nih..
pokcik mat!

Hafiy Johari said...

huuuuu.. tak brani lak nak makan.. hahaa.. allergic seafood.. tapi nmpak sedap sebab ada limau.. duh..

Cik Eka said...

yuuuu,nantik pakcikmat tanya bila kawen..hahahaha

Kathy Tuah said...

feveret ni..tapi kalau guna ikan yang kaler oren tu lagi sedap..x tau lah kat semenanjung panggil ikan tu ikan pe..kat sini kita orang pggil 'ikan empirang'..

JIJI YU said...

umai ni kerabu kan

Iffah Afeefah said...

nme mereka disebut tp sy lak y batuk2 onyang

apakah???

aeinio said...

gatal tak makan udang tuuuu... :)

DJ Dayang said...

salam Mat,

mekasih yer sudi cube resepi ni. DJ pun dh lm x buat. mmg terasa sgt kesedapannya...adehh..nk kene buat gaklah esoknya...huhu

thanks again. :)

ShashaCatering said...

Cik Mat dah makan tadi, sedap ke?
saya tak pernah try lagi nih ;)

Ainul Mardhiah said...

sedapnyaa!! selalu visit blog encik mat gebu sbb gmba2 makanan yg cantik dan resipi2 semua mudah2. Thanks a lot sudi berkongsi! MaY Allah reward you better! -Aina UK.

Zulfikar Hazri said...

try plak buat kerabu pucuk paku mentah org serawak mat....

Sis-Lin said...

Sedapnyaaa Mat....aku sukaaaa...dulu gi Sarawak, ni la makanan hari2 aku..
Now abg aku kat Sarawak ni..hehehehhe

Isteri Encek Bard said...

pernah sekali ieb buat umai pki pucuk paku merah

Aku Ibu Muda said...

dah salin resipi ni sebab teringat ada udang lam peti kt rumah :)

nora said...

cik mat,kalau dulu saya pernah makan yg dibuat dgn ikan tamban.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.