BEN ASHAARI

Tuesday, August 16, 2011

TUMIS RAMPAI SAYUR DAN KUPANG.

P1300667
Salam semua, selamat dah berbuka puasa untuk ramadhan yang ke-16 hari ni, syukur alhamdulillah diberi kita kesihatan. Ok untuk entri malam ni mat masukkan satu yang ringkas dan mudah saja. Bulan puasa ni kalau yang ringkas tu yang kita nak. Kalau yang complicated tu makan masa, kecuali lah hari cuti atau hujung minggu. Sebenarnyakan mula2, plan nak masak lemak pucuk ubi dengan kupang, sekali kan..kan..pucuk ubi habis sudah, tatau mana pi, mesti ada kambeng sudah makan pucuk ubi...erkk..kambenggg???...OMG...kambeng boleh petik pucuk ubi kee?...Hmm mushkil sudahh. Tak kesah lah. Jadi sebagai alternatif, mat goreng saja kupang tu dengan kacang panjang dan cendawan...habis cerita, senang sikit guaa nya kerja. Ok lah walaupun cikai mikai, mat gebu tetap tulis juga resipi, sebab apa?...sebab ini blog DTS-MAT GEBU punya....kannnn...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 tangkai kacang panjang, hiris serong, cuci dan toskan
12 kuntum straw mushroom, belah dua setiap satu
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 biji cili merah, hiris
1/2 cawan isi kupang segar yang telah dibersihkan
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 camca besar sos tiram
1/3 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili merah dan juga isi kupang, gaul rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan cendawan, kacang panjang dan air, kacau rata dan biar kacang lembut sedikit, masukkan soo hoon (toskan) dan gaul. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga kering sedikit. Boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.


5 comments:

JIJI YU said...

ni berapa kupang ni

aimie amalina said...

soklan ape jiji tye tu..hahah
kupang owh kupang..sodapnye...

mahfudzah said...

pehhhh.sedapp!ade delivery x?haha

Isteri Encek Bard said...

waaaaaaaaa kupang lagi... sedap

Oh Oeya said...

Suka resepi macam ni :)

C'Mat kalau type cara-cara.. tersusun gitu.. senang nak ikut.. terutama orang 'lambat' cam Oeya hik3

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.