BEN ASHAARI

Friday, August 12, 2011

ROTI JALA.....ROTI KIRAI....SAMA RUPANYA...

P1300519
Pagi semua, selamat menjalankan ibadah puasa untuk hari yang ke-12. Sekejapnya, hmm, mood buah kueh2 raya pun macam dah nak datang, cuma tunggu masa yang sesuai saja. Semalam mat buat roti jala. Semua orang pandai dah kan buat roti jala ni. Bukan susah mana, janji bancuhan betul, ada pulak alat mengirai roti jala dan nak senang, guna non-stick pan saiz besar kurang lebih 10 inci. Ada pelbagai versi membuat roti jala atau roti kirai ni, tapi yang ni tak guna telur, bukan apa, ada sesetangah yang tak gemar bau ke telur an pada roti jala bila ianya sejuk nanti...tapi kalau nak letak, tak menjadi masalah, cuma kena lah adjust dia nak air..

P1300523
Kalau ada roti jala mesti ada dia nya lawan kan, selalunya mesti lah kari samada ayam atau daging. Kali ni mat buat kari ayam saja sebagai lawan roti jala ni. Resipi petang nanti mat letak. Sekarang ni roti jala pun dah melalui zaman evolusi, tak macam dulu kala lagi, bilamana roti jala telah diberi nafas baru dengan bentuk baru dan warna baru. Tapi masih kekal dengan ciri2 tradisi. Satu lagi, roti jala ni versatile pun yea, boleh masuk dalam apa2 majlis, rasmi, santai atau pun saja2 jamu untuk keluarga... Ok kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan + 3 camca besar air
2 camca besar mentega cair (mat guna minyak masak)
2 camca besar santan (mat guna susu cair)
Garamm secukup rasa
Beberapa titik perwarn kuning
Kuah kari, kuah gulai atau sambal tumis untuk mencicih*

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan di atas kecuali yang bertanda (*), kacau rata dengan whisk hingga licin dan tapis, atau masukkan dalam alat pengisar dan kisar halus. Rehatkan sekejap dalam 15 minit.
  2. Lenser non-stick pan saiz 9 atau 10 inci dengan sedikit minyak. Isi adunan tadi dalam bekas membuat roti kirai, kemudian kiraikan atas pan tadi secara berangkai dan semua kiraian bersambung antara satu sama lain. Gunakan api sederhana.
  3. Kemudia bila permukaan roti kirai kelihatan pucat, boleh lah anda gulung atau lipat, selalunya mat lakukannya dalam kuali tu juga menggunakan sudip kayu kecil. Buat hingga siap dan hidangkan bersama kuah kegemaran anda, nak makan dengan serawa durian pun sedap...

13 comments:

Isteri Encek Bard said...

alahai cantinyer ruper roti jala CMG.. klu ieb buat ni gerenti cam roti kirai.. hihihihihi

Iffah Afeefah said...

mmg sme kan bende nye

erm slalu mkn ngn kuzi ayam..penah dgr tk onyang?

rose@ila said...

salam MG
yang tak tahan tuh bab 1 1/2 cawan + 3 camca besar tuh..
takpe, sy bab ni memang sami'na waato'na..ikut jah.yang penting jadi!
yang lebih buat syg kat DTS sbb respinya main cwn, sudu jah. tak men gram.ai rase down cket ble time gram2 nih.makasih MG

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaahh ni la yang kirai2 sambil goyang2 nari petang semalam eks..patutlah cantik jeeerr...hehhee

~~zAnAfAhMi~~ said...

Kalau kat Johor biasa panggil roti kirai kan? dah lupa la cik mat, lama tinggalkan Johor. Anak akak punya favourite ni tp wajib ada kuah kari, baru terangkat!!

Sis-Lin said...

apsal ek paggil kirai? ermmmm klu jala ye la..klu kirai????

JIJI YU said...

mari menjala kirai..

Akak said...

haaa...jangan x tahu..kat Terengganu orang panggil pukat buruk

Rozita said...

sedap! sy buat letak minyak cik mat.. x letak santan/majerin/butter.. tp dia mcm kering sikit tp lama2 dia sejuk jadi lembut..

mak kat johor panggil roti kirai.. generasi baru panggil roti jala...
anak2 kita esok panggil apa ntah..

umUMRA said...

sedapnya..baru je lps mkn roti jala nih...

WaniGhani said...

OMG dah plan nak masak sup daging masam pedas...rasa mcm kena ubah menu plak...gagaga...!

Haura Malina said...

orang kedah sebut roti kirai... hehe
puasa ni, da 2x buat utk berbuka. makan dengan gulai daging. sedap. huhu. ;)

Mat Gebu said...

@ ieb - haha, nak masuk blog pilih yang lawa2...

@ miss ran - sama je benda, nama je beza..

@ rose - hahaha, tulis macam mana saya buat....boleh kan.

@ kak ummi - hahaha, keji akak, sabau jee lah..

@ zana - rasanya roti jala lahh..kot.

@ sis_linn - hahaha, lepas jala kena lah kirai nak keluarkan ikan.

@ jiji - amboihhh ostad...haha

@ akak - waaaaaaa..lagi real kan pukat buruk, wahh terima kasih kak, sudi share nama baru roti jala.

@ rozita - tu lah dia ada macam2 versi..

@ umumra - ye ke...bess tuu..

@ wani - erkk, tuu dia berubah trus menu..

@ haura - roti kirai kan, tu lah sama je dengan orang2 johor..juga.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.