PECAL JAWA UNTUK BERBUKA PUASA...

P1300498
Assalammualaikum, salam 10 ramadhan, amacam, ok ke semua. Ni hari nak share resipi ringkas. Pecal..itu lah yang mat buat untuk berbuka tadi, nasi pun masak juga, maklumlah kita masak atas permintaan. Tapi tekak mat memang nak makan pecal dari semalam lagi...haa..pembawakkan budak...hoho pelessss okeh, kalau itu Ben Ashaari barang kali laa, ini mat gebu tidak yea, cuma pembawakkan tekak di bulan puasa..boleh macam tu?. Pecal kali ni mat buat tak berapa pedas, sebab abah mat tak boleh makan pedas, memandangkan bulan puasa, pun tak elok makan pedas2 sangat. Mat buat cukup untuk kami 3 beranak makan, yelah benda2 macam ni kalau kita simpan dan repeat santap, rasa dia macam dah kurang kick, dia ala dah masuk angin, jadi rasa dia pun macam dah tak menyengat...Ok jomm semak resipi..

BAHAN-BAHAN PECAL (ANGGARAN SAHAJA) :-)
Pucuk ubi, dicelur lembut, tos dan bila sejuk perah airnya
Kacang panjang, kerat2 1inci dan celur sekejap, toskan
Timun, hiris memanjang
Senkuang, hiris memanjang
Tauhu, goreng dan hiris
Tempe, goreng dan hiris
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan

BAHAN KUAH :-)
150 g kacang tanah
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci isi cekur
1 inci belacan, dibakar
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
10 tangaki cili kering, kerat dan cuci, toskan
10 - 15 biji cili padi (optional)
Jus asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Kacang tanah, disangai hingga rangup, buang kulit dan kisar hingga hancur. Udang kering digoreng, angkat dan toskan, bawang merah dan bawang putih, digoreng, angkat dan toskan. Goreng juga cili kering dan cili padi, angkat dan toskan. Kemudian kisar bahan untuk kuah kecuali jus asam jawa, kacang tanah, garam dan gula. Kemudian gaul bahan kisar tadi dengan kacang tanah, tambah air asam secukupnya, tabah garam dan gula secukup rasa, jika perlu tambah air. Kuah perlu sederhana cair dan perlu ada rasa pedas, masam, masin dan manis (manis kena lebih sikit). Kacau rata dan ketepikan.
  2. UNTUK PECAL :- Susun semua bahan2 sayur untuk pecal dalam bekas sesuai, tuang kuah secukupnya dan gaul rata. Hidangkan segera sebagai pembuka selera. Dalam gambar diatas, ada antara sayur tu ditutup dek kuah dan ada yang tidak kelihatan...harap maklum yeaa...



Post a Comment

11 Comments

  1. Shedappppppppp....
    Pecel aku yg dr Indon tu pun ada lagi,.ermm esk nak bt la... :)

    ReplyDelete
  2. Hish meleleh air liur den..huhu =p!

    ReplyDelete
  3. sedap kalau tkde tempe

    wakaka

    ps: Tak adelah makan sume=P

    ReplyDelete
  4. CMG...kjee hanya berani intai blog awak memalam. siang2 tak leh...mengamcam! hehehe

    ReplyDelete
  5. abg MG.. suami baru sebut2 suruh buat pecal esok...tgk2 abg MG dah masak dulu lah...teruja nak masak utk juadah esok..

    ReplyDelete
  6. Salam Cik Mat,

    pecal peberet saya termasuk pajeri..hehehe

    TERIMAKASIH CIK MAT GEBU ~ DAPUR TANPA SEMPADAN & AWAK SUKA SAYA TAK?
    http://melurjelita.com/?p=10042

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum CMG...

    Saya pun baru tingat nak wat pecel gak.. kalo org jawa kan sebut pecel.. huhu.. stok kuah masih ada sebab saya buat mmg utk simpan lama.. cuma syur jer lom sempat g beli.. igt ari ni baru cik hubby nak beli sayur.. kena la tangguh dulu.. huhu.. apa² pun mmg kena wat gak lam minggu ni sebab minggu depan dah nak bersalin.. kang lam pantang dapat tgk jer org makan huhuhu..

    ReplyDelete
  8. Anyway CMG..
    Kalo rajin singgah la ke blog saya plak.. hehe..

    www.homemade-choice.blogspot.com

    tqvm.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.