BEN ASHAARI

Saturday, August 6, 2011

KUEH APA LOBANG TENGAH?....HEHE.

P1300366
Petang semuaaa...wahh soping nampak, menyenget abang tu ngangkut barang2 dari bazar ramadhan, beli apa lah tu agak nya...Uikk makk...ada ayam golek's laa. Yang tu Ben Ashaari suka. Nak share kueh biasa2 yang ada lobang tengah, bukan donat, bukan vadey, tapi kueh tayar atau cok keria. Ini sebenarnya bonda buat semalam, dia kan jenis aktif, awal pagi buat dah, nanti petang ada projek lain katanya..tak brani guaa nak tanya, takuttttt...amponn mak!!. Tu hari mat ada lah beli keledek, plan nak rebus dan makan masa berbuka, tapi kan takut masalah pulak, keledek ni kan angin, kang tak leh nak buat apa dah, bom meletup siaa, mana tahan, menonggeng sikit meletup, duduk tak kena cara pun meletop...Resipi cok keria ni sama macam mat pernah letak dulu, cuma tang tepung tu anda pandai2 lah budget, sebab keledek ni ada tu lembik, terutama keledek kawen yang kaler oren tu... Ok semak resipi yeaa...Jommm....

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g keledek
1 camca teh garam
1 cawan tepung gandum + sedikit lagi tepung
1 camca teh baking powder
80 g gula pasir
1/4 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas keledek, potong kecil2 dan rebus dengan 1 camca teh garam hingga keledek empuk. Toskan dan lenyek hingga lumat. Masukkan 1 cawan tepung gandum dan baking powder, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut (bergantung pada jenis keledek)
  2. Sapu tapak tangan dengan sedikit tepung. Ambil doh tadi (lebih kurang 35 g), bulat2 dan leperkan, cucuk bahagian tengahnya untuk membuat lubang. Kemaskan dan alih ke dalam loyang. Buat hingga siap. Goreng terendam dalam minyak sederhana panas, goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, buat hingga siap.
  3. Alih minyak ke dalam bekas, dan dengan kuali yang sama, masukkan gula pasir dan 1/4 cawan air, masak hingga gula pekat, masukkan kuih keria tadi dan gaul rata2 hingga menyaluti kesemua kuih keria tadi, boleh diangkat, bila sejuk kuih keria tadi akan "bersakar" dengan gula seperti gambar diatas...selamat mencuba!!

14 comments:

Citarasa Rinduan said...

cik mat..

mmg mak yah terro memasak,. ibu CMG mmg terbaik...

kuih keria nie kalau time berbuka, mmg ayu cari....

Mas said...

air tangan ibu..
memang terbaikkan che mat....

Iffah Afeefah said...

kegemaran gue ini

ai likeeee


kat melaka die gaul ngn gule melaka

sedap jugak

Cik Kamoo said...

sedapnye!! dah lama x makan

Shahazrin said...

lobang tu ker??? <----jahat | lapo la... banyak kuih yang berlubang kuih nie best.... kuih keria vs kueh gelang

ibh said...

Terbaikkkk la Cik Mat...(^_^)

ibh said...
This comment has been removed by the author.
CIK PARO! said...

terliur la..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnyer..kegemaran saya keria ni cik mat.buat sendiri sedap sbb lembut dan lbh keledek kan?

BiNtaNg HaTi said...

ingatkan donut tadi...hehehe

Famili Ceria said...

wow..coq keria...memang sedap...lama dowh tak makan kuih nie..



Entri Menarik:
Starbucks Coffee Haram!!Betol ker??

JIJI YU said...

ben suke ek..ehehe

harleena said...

sedapnya kerian.... suka suka suka...

ZaHusNa Collections said...

Anak saya bg teka teki...Mama kuih apa yg orang makan tepi dia jer...yg tengah tak dimakan....
Dalam Hati...Ishh membazirnya... karipap kot sbb dia memang suka makan tepi karipap jer..tak suka inti ..rupanya jawapannya donut @ keria lah...sbb mana ada tengah...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.