BEN ASHAARI

Wednesday, August 31, 2011

KUAH KACANG @ KUAH SATE..

P1300900
Assalammualaikum, salam semua..hmmm, minta maaf sebab mat tak dapat nak bersiaran, update blog pun tak sempat. Diam tak diam dah masuk hari raya ke-2, pantas kan masa sekarang ni. Macam mana hari raya anda?..Bagus...meriah? Semalam seperti biasa kami menerima kunjungan tetamu sedari jam 10 pagi lagi. Dann malam tadi mat tidur agak awal, sebab tak boleh nak bukak mata..mengantuk teramat sangat. Entri ini sepatutnya semalam. Tapi sebab dah terlena, terpaksa lah mat keluarkan ni hari. Walaupun hanya entri ringkas, mat letak lah juga, boleh buat rujukan sapa2 yang nak resipi kuah kacang @ kuah sate untuk dibuat pada majlis rumah terbuka nanti, Yang ni mat guna kurang lebih 400 gram kacang kisar. Kacang tanah dicuci, tos dan sangrai dalam kuali sambil dikacau sehingga perang, gunakan api kecil. Dibuang kulit dan kisar, tapi jangan sampai terlalu halus. Ok kita semak resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram kacang tanah
1 senduk nasi penuh cili kisar
2 batang serai, dititik
3/4 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1500 ml air

BAHAN KISAR HALUS :-)
80 udang kering, rendam 10 minit dengan air panas, toskan
13 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
4 batang serai, dihiris
1 camca besar ketumbar
1 1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing. Kacau selalu dan guna api sederhana. Masukkan kacang kisar, kacau rata.
  2. Tuang air dan juga masukkan jus asam jawa. Bila mendidih, tambah gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau dan kecilkan api. Renih hingga kuah kacang pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

9 comments:

Famili Ceria said...

wow...mat gebu nie awat tak masuk jadi chef dalam TV..teror sungguh masak..

Entri Menarik Di Sini:
1) Lagu + Lirik Upin dan Ipin(2011) - Suasana Di Hari Raya (Asyiela Putri)
2)Lokasi Kawasan Speedtrap Lebuhraya di Seluruh Semenanjung
3)Cashout Nuffnang Lumayan

JIJI YU said...

cicah roti pon best ni

Rozita said...

tumpang lalu sini nak curi resepi untuk sate malam ni...

mardziah said...

Mcm best je resepi ni.nak cuba wat hari raya.tq

mama salina said...

Baru nak cuba2 nih...

Adyshariz said...

tgah masak guna resepi ni... harap sgt sedap macm mat gebu buat

Zura Lee said...

Zura tumpang copy resepi. Tima kasih mat..

Azizuddin Ali said...

Sy mntk resepi ye bro...
Chef remaja nk memasok..
Terima kasih

siti.soryani Ismail said...

salam aidilfitri mat...nk copy resipi ..1st time nk cuba buat kuah kacang sendiri.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.