Bila sebut kari sama ada ayam atau daging, memang sinonim dengan semua lapisan masyarakat Malaysia mau pun Singapura dan Brunei juga Indonesia. Cuma cara memasaknya mungkin berbeza. Perbezaan juga agak ketara mengikut masyarakat, orang India gaya masakan kari mereka berbeza dari orang melayu dan masyarakat cina. Teknik memasak juga berbeza mengikut negeri, belah2 utara semenanjung Malaysia mat pasti gaya masakan mereka juga tak sama. Satu lagi, kari ini sesuai untuk semua majlis, santai mau pun rasmi. Kalau hari raya, kari antara masakan wajib, kadang2 mat boring juga, tapi kari memang amat sesuai dimakan bersama ketupat. Mat masak tak banyak, 1 batch hanya kurang lebih 4 ekor ayam...Mungkin hari ni masak lagi untuk sesi ke-2 kunjungan tetamu...huhu..penggsannnn >_< (bawah ni mat tulis resipi untuk 1 ekor ayam sahaja)...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam pencen (kalau nak sedap guna ayam kampung)
4 biji kentang
3/4 senduk makan cili kisar (ikut pedas)
2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's)
1 keping asam gelugor
1/2 inci lengkuas, dititik
300 ml pati santan
1 liter santan cair
Air panas secukupnya
1/2 camca besar minyak sapi
BAHAN KISAR HALUS :-)
14 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia tua
Secubit belacan (optional)
2 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
BAHAN TUMIS :-)
2 pelepah daun kari, dilurut
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam pencen (kalau nak sedap guna ayam kampung)
4 biji kentang
3/4 senduk makan cili kisar (ikut pedas)
2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's)
1 keping asam gelugor
1/2 inci lengkuas, dititik
300 ml pati santan
1 liter santan cair
Air panas secukupnya
1/2 camca besar minyak sapi
BAHAN KISAR HALUS :-)
14 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia tua
Secubit belacan (optional)
2 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
BAHAN TUMIS :-)
2 pelepah daun kari, dilurut
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ayam dipotong kepada 12 - 14 bahagian (ikut besar ayam), buang kulit, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 2 setiap biji dan rendam. Bancuh rempah kari dengan bahan kisar halus, gaul rata2. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk, masukkan minyak sapi. Tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar + rempah kari tadi dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
- Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut. Tuang santan cair, dan tambah sedikit air panas hingga ayam tenggelam. Masak hingga mendidih dan kecilkan api, masak hingga 3/4 empuk.
- Masukkan kentang (toskan), dan masak hingga kentang empuk (jika kering, tambah air panas). Tamah asam gelugor, santan pekat dan perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api sederhana sambil dikacau. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ketupat.
8 Comments
nyum nyum nyum... sedapnye....
ReplyDeleteWah.... Ayam pencen nee selalu Mak saya masa Ungkep (^_^) 1st time komen kat blog che Mat nih.. Salam kenalan :)
ReplyDeleteWah Cik Mat, raya2 ni pun bz gak masak ya.
ReplyDeleteTapi takper Cik Mat masak sedap, pasti sumer tetamu yang datang suka makan.
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin di atas sebarang salah silap saya selama ini sejak mengenali Cik Mat.
ayam pencen ni dapat kwsp tak ekekke
ReplyDeletememang sedap..terima kasih mad...biasanuer arwah kak inna yg masak...tk pernah cuba lagi..akhirnya ada resepi dari mat..kak nak cuba lah sndiri..mmnga pebret kak ni..rumah mat ni..org yg tk da selera mkn pun buleh mkn bertambah..bnyak dh resepi mat kak cuba...Alhamdulillah mnjadi smua...mekasih ya mad..sudi share dgn kami smua....selamat hari raya...semuga mat kluarga dlm naungan kasih syg ALLAH SWT..amin..
ReplyDeleteassalamualaikum, cik mat.sy nk tnya. resepi ni tok 1ekor ayam kan? kalo sy nak masak tok 4 ekor ayam, sy kne gandakan 4 ke bahan2 ni? tq 4 da reply, cik mat
ReplyDeleteLengkuas 1/2 inci tu time bila kita letak...kalau tgk dlm cara2 masak tu tak disebut bila masa lengkuas di masukankn dlm mskn..
ReplyDeletei cuba resepi ni.. tapi nak kurangkan part2 yang buat minyak jadi banyak :)
ReplyDelete