DAGING GORENG ALA "KAPRAU"..

P1300309
Salam malam semua, huhh, baru sempat masukkan entri, petang ni mat masak nasi lemak untuk berbuka puasa yang tu nanti kita cerita dalam entri lain yea, mungkin esok nya. Tapi sebelum tu meh kita bercerita pasal entri yang ini. Lama dah mat skodeng geng2 masak menerai daging goreng ala kaprau ni. Ianya mula femes bila Kak Jee buat dan letak diblog beliau. Sorang demi sorang mencuba dan feedbacak mereka beri semua kata sedap...Hmm, tak boleh jadi nih..Petang tadi dengan baki daging yang ada kurang lebih 250 gram, mat pun menerai lah. Not bad dan rasa dia sedap, kerana ada campuran rempah tomyam, memasaknya pun ringkas, tapi bahan utama wajib ada ialah daun selasih, ini baru membangkitkan aroma keharumannya. Resipi mat salin dari blog Kak Nor Secubitgaram..terima kasih pada Kak Nor dan kak Jee....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
2 camca besar pes tomyam (apa2 jenama pilihan anda)
6-7 biji cili padi thai, tumbuk kasar (nak kurang atau lebih, ikut suka)
2 biji bawang besar, belah 8 setiap satu dan leraikan
1 camca besar kicap manis
1 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
1/4 biji traffic light capsicum (red, green, yellow) didadu kasar (optional)
1 genggam daun selasih (thai sweet basil)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging tadi digaul dengan pes tomyam dan perap 1/2 jam. Panaskan minyak dalam kuali, tumis 1/2 bahagian bawang besar hingga layu, masukkan cili padi dan tumis hingga cili garing.
  2. Masukkan daging perap tadi dan goreng hingga daging mengecut. Tambah sos cili thai, kicap manis dan juga traffic light capsium tadi, gaul rata. Masak sekejap, tambah baki bawang dan juga daun selasih tadi, gaul lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan selagi hangat bersama nasi putih...hmmmm nice okehh..

Post a Comment

7 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.