BEN ASHAARI

Friday, August 26, 2011

BISKUT KELAPA DELIMA...

P1300858
Jommm buat biskut raya, tapi kalau mat gebu, mestilah biskut yang dah biasa dengan tekak kami. Biskut kelapa ni sebenarnya telah berlaku beberpa fasa perubahan dari resip asal nya. Mat telah tambah sedikit serbuk badam dalamnya. Dan jika dulu kelapa kering yang digunakan tidak dikisar halus, tapi yang ni mat kisar halus. Biskut ni adalah kegemaran bonda, teringat zaman dulu2 masa guna oven kaler hitam cap kupu2. Bonda pun suka buat biskut kelapa ni, tapi bentuk bulan sabit, tak guna acuan tapi guna gelas kecik, kita terap jadikan bentuk bulan sabit, lepas tu susun atas tudung periuk dan bakar dalam oven kupu2 yang ditenggekkan atas dapur gas. Wahh nostalgia betul lahh... Ok lah mat tulis resipi dia kat bawah ni pula...kalau nak cari yang lepas2 pun ada gak...tapi takpe lah tulis sekali lagi yeaa.

BAHAN-BAHANNYA :-)
225 gram tepung jagung (mat guna jenama Brown & Polson, jenis dalam tin)*
150 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
95 gram gula aising
75 gram kelapa kering, kisar halus
25 gram serbuk badam
1 biji telur gred A
Beberapa titik esen rose @ 1/2 camca teh esen vanilla
200 gram mentega (kurang lebih, sebab ikut kelembutan adunan)

BAHAN HIASAN :-)
Kuning telur, untuk disapu
Hirisan kecil ceri
Kelapa kering

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan kelapa kisar, serbuk badam dan tepung yang telah diayak tadi, gaul rata dan ketepikan. Putar telur dan gula aising hingga berkrim. Tambah esen rose atau vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi seakan2 teksture serbuk roti.
  2. Tambah mentega sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan sehingga adunan tadi menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Bahagikan doh tadi pada 3 - 4 bahagian, tutup doh dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
  3. Ambail 1 bahagian doh, canai setebal 1/2 cm,kemudian terap dengan acuan kegemaran anda. Susun atas loyang pembakar, sapu kuning telur, hias dengan ceri dan tabur sedikit kelapa kering. Buat hingga siap.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit, bergantung pada oven masing. Biarkan biskut sekejap atas loyang sebelum disejukkan atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara..

9 comments:

Iffah Afeefah said...

alaa kelapa pulak

cornflakes tkde ke pcm?

izahdaut said...

assalamualaikum cik mat..
kenangan tu sama la ngan saya jugak. mak tekap ngan bekas bulat pastu tekap lagi jadikan bulan sabit. heheh.. kalau ada cutter pun, jenis tembaga kot dulu2. samapi sekarang pun kat kg masih ada oven hitam tu...

selamat hari raya cikmat.

ekin_anuar said...

salam cik mat...wah ari ni kite bkr kueh same la..saya pun bkr kueh ni pg td..sy masih mengekal tradisi,bentuk nye masih bulan sabit..tiap2 raye mak ayh sy mesti request kueh bulan..klu xde x sah..biskut ni cicah dgn air nescafe panas mmg sedap cube la..mmg terase kopi nye :)..

JIJI YU said...

klapa tu cntik

zOeY zAu YaH said...

sedapnyaa...eh kakak saya suka masuk blog ni carik resipi hihi..tp dia x dak blog..x sgka hencik mat gbu blh mai blog saya =D

adilahazis said...

caya lah abg mat...mmg kelaaasss gitu...biskut2 lama mmg evergreen...tq so much 4 d resepi..minta izin kongsi resepi abg mat..

Sunah Sakura said...

nasib bek takde yang cakap pasal jari tu kan...ops

WaniGhani said...

oow...yg bentuk bulan sabit tu saya tau..suke2..

NIK said...

salam cik mat...sy teringin nak buat biskut kelapa delima ni, tp sy nk tya telur dipukul ngan gula aising smpi berkrim tu maknanya tak pyh pukul smpi kembanglah yer?....hrp cik mat sudi membantu sy....selamat berpuasa...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.