BEN ASHAARI

Wednesday, July 13, 2011

TUNA GORENG ISTIMEWA...

P1290815
Salam petang, semua dah makan tengah hari?...Mat cuma teragak nak makan ikan tuna goreng istimewa ni saja, tu pun nampak bloggeh "Kak Mas" buat, terus rasa kecurnyaaa tengok...di sini, terima kasih. Resipi ni boleh juga anda dapat di blog kak nor secubitgaram, terima kasih pada mereka berdua. Kalau yang tak gemar ikan tongkol, boleh ganti dengan ikan kembong atau ikan tenggiri, mat rasa kan ketam atau udang pun sedap buat macam ni, nanti nak try guna ayam pulak. Makan ni saya degan nasi dan sambal belacan sudah memadai....sedapp okeh, boleh pengsan..Ok kita semak resipi dia pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping kepingan ikan tuna (mat guna 1 ekor saiz sederhana)
1 camca teh pes bawang putih (mat letak 2 ulas yang ditumbuk lumat)*
1 camca besar serbuk cili (letak 3/4 camca besar cili kisar)*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
1/4 camca teh serbuk ketumbar*
1 1/2 camca teh tepung beras*
1 camca besar jus limau nipis*
Garam secukup rasa
Sedikit air
1 biji bawang besar, hiris bulat
3 tangkai cili kering, cuci, lap dan hiris serong
1 tangkai daun kari, dilurut

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dicuci bersih, kemudian letak dalam satu bekas. Bancuh semua bahan2 bertanda (*), kemudian perasakan dengan garam secukupnya dan tambah sedikit air jika bancuhan terlalu pekat. Masukkan ikan, gaul rata2 dan perap selama 1 jam, dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak, goreng ikan tadi sehingga kuning keemasan pada semua bahagian, mat tak goreng garing sangat. Angkat dan toskan, alih dalam bekas sesuai..
  3. Tinggalkan kurang lebih 2 camca besar minyak kemudian panaskan dan tumis hirisan bawang besar, cili kering dan daun kari hingga harum dan bawang layu. Tuang atas ikan goreng tadi, hidangkan segera bersama nasi hangat.....

9 comments:

Niena Pengembara Ilahi said...

:)
menyelerakan

bersama kak Es said...

ya ampuuunnnn...
memang meleleh la che mat ooiii..
pinjam jap tangan gebu tu !!

Sari Yusa Ibrahim said...

ada lagi tak? Jap lagi dtg, nasi banyak lagikan?? Nak pengsan sama2 CM, hehehe

♥ cik_farah ♥ said...

sedapnya...
yummy!

JIJI YU said...

rasenye yang ni senang je nak wat

Isteri Encek Bard said...

huhuhu sennag nak buat.. Terima kasih CMG sebab bagi resepi berbeza untuk dicuba

Kalamhati said...

tq che mat..

tengok masakan ni, teringat zaman kecik2 dulu mak selalu buat dgn ikan tongkol..syahdu lak..huhu mcm dpt rasa cemana rasa dia

Sis-Lin said...

ko beli tuna kat mana Mat? susah gak nak cari tu...ermmmm

Sunah Sakura said...

mesti masam-masam sikit rasa ni.. ye ke?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.