Salam maghrib semua, dah siap masak?..Kalau yang suka makan sayur, mat syorkan masak yang mudah2 saja. Tapi tu lah macam resipi ni, mat masak taugeh kasar, tumis sama kerang, tauhu dan kuchai. Kalau yang tak gemar taugeh tu, minta maaf, ini bukan untuk anda, kecuali anda tukar dengan sayuran lain. Kobis juga sesuai rasannya. Abah mat kan suka makan macam ni, mat pun suka cuma taugeh kasar ni, kepala dia tu agak keras sedikit, lenguh mulut nak kunyah. Selalunya bila kita masak, perlu sedikit daya imaginasi, tapi bukan lah sampai menyimpang. Tu pasal mat suka letak sesuatu resipi yang telah diderhaka tu bawah label "Fusion"....fusion tu kita gabungan makanan dari pelbagai budaya menjadi satu maknan baru yang mugkin ada sedikit kesamaan atau pun berbeza dari segi rasa makanan yang ori, contohnya lasagne yang mat buat tu, katanya tak memberi satu rasa yang origanal sebab ianya "fusion"... Ok jomm lihat resipi pulak....
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram taugeh kasar (taugeh soya), dibuang ekornya, cuci dan toskan
8 pokok kuchai, kerat pendek2
2 keping tauhu keras, dadu dan goreng, toskan
1/3 cawan isi kerang
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos ikan
1/4 camca teh gula
Garam, jika perlu
Sedikit air
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, cili merah dan hijau hingga harum. Tambah sos tiram, kacau rata dan masukkan kerang, kacau dan masak sekejap.
- Masukkan tauhu, sos ikan dan gula, kacau rata. Tambah taugeh dan masak hingga taugeh layu sedikit tapi masih rangup. Akhir sekali masukkan kuchai, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, tambah sedikit garam. Matikan api dan boleh hidangkan..
9 Comments
makan taugeh sakit pinggang abang mat..hehe
ReplyDelete@ HJ - uikk...ye keee..wahh, kena siasat nihhh....thanks for ur info..
ReplyDeletefuhhh bab kerang yang gebu2 tu tak tahan. kat kl ni kerang dia cenonit jer tau. makan pun celah gigi. penat mengopek je CMG.
ReplyDeleteyg campak2 ni le aku suka...simple touch cooking!....
ReplyDeleteni resepi orang bujang yang sedang mencari ni..
ReplyDeletecampak-campak pon sodappp!!!
ReplyDeletehttp://pelangichanteque.blogspot.com/
wow..i like sayur..tengok gambar pun dah lapar...heeee
ReplyDeleteBulu HAMSTER gugur?
wow,,fresh ;)
ReplyDeletepcm, typo... "rasa yang origanal sebab"...tak original sudah... erk!
ReplyDelete