BEN ASHAARI

Tuesday, July 26, 2011

SAMBAL KERANG TERIKUT-IKUT...

P1300143
Salam petangg...waahh sudah petang, tak leh jadi ni...dah dekat..dah dekat..haha, gurau je, tak dee dehh dekat2, kalau dekat nak mati tu mungkin barang kali (mudah2an Allah melanjutkan usia kita semua yea..). Nama judul sambal kerang terikut-ikut, kan main..Ada cerita sebenarnya. Semalam mat merayau2 ke blog Puan Azila, sekali kan ter ter ter nampak dia buat sambal kerang, terus macam ter nak pulak makan sambal kerang, jadi mat pun buat lah tadi, kira aku terikut-ikut lah kan, sesuai lah nama resipi tu sambal kerang terikut-ikut. Apa2 pun sambal kerang ni makan dengan nasi lemak pun sedap, dengan roti pun ok, atau dengan nasi impit..hmm sedap juga kann... Ok kita semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram isi kerang
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
1 biji bawang besar hiris berangkai
Garam dan gula secukup rasa (nak guna serbuk perasa pun ok)
1/2 inci halia, dititik
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*tumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, halia, garam dan gula secukup rasa dan masak hingga pekat.
  2. Masukkan isi kerang dan hirisan bawang, kacau rata dan masak hingga sedikit kering dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti dan sebagainya...

10 comments:

JIJI YU said...

molek bebeno kerang mase bulan ramadhan..

Nurhasliza Jeffry said...

Ehehe. Comel je namanya. Macam senang je nak buat. Insyallah, ada masa nanti nak cuba. TQ Mat Gebu resipinye. =D

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Salam Che mat,teringin pulak nak makan nasi lemak bila nampak sambal kerang ni.

Mas said...

betul tu...
makan ngan nasi lemak,..
perrhhhh...memang best sambal kerang tu....

Citarasa Rinduan said...

wawawa..............

sangat2 mengoda lah..
CMG ayu nak terikut2...........BOLEH!

azila said...

Waaaa.....seganlah gini.tp sambal kerang terikut2 ni lawalah en mat..heheh

Rozita said...

tak pernah masak apa2 letak belacan...CMG memang tak tinggal belacan tu kan..?

Isteri Encek Bard said...

huhuhu sodap nie...

Hanie said...

CM, next time try campur sayur kangkung dlm sambal kerang tu... memang sedap i tell u... my family feberet... kitorg panggil sambal kangkung kerang.. tak caya try laa nanti...

Masak-Masak Corner said...

adeshh..keliur la pulak tgk sambal kerang tue....nk wat la balik keje nie

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.