BEN ASHAARI

Wednesday, July 6, 2011

NASI BERIANI YOGURT MANGGA....

P1290691
Assalammualaikum, apa kes lahh si mat gebu ni kan, memalam buta, dah nak tidur, ada ke dia post entri nasi beriani yogurt mangga?...Hehhe, apa nak buat, ni siang tadi masa ketat, malam ni baru longgar sikit, tapi mat gebu memang ketat memanjang...perghh!!.. Buat ostad JiJi Al- Geli-geli....jangan terpengsan okehh, lagu doraemon lemas tu not badlah, tapi pcm tak suka lemas2...hehe. Pagi tadi mat memang plan nak masak nasi beriani, sebab utama dia kan, ada lauk "Rendang Lipis" yang Kak Ummi Kuantan bagi tu hari, mat simpan dalam freezer, bila nak makan, panaskan...sesuai sangat dengan nasi tu, then buat lah acar mentah sebagai pelengkap...ok settle sudah. Kalau anda nak gandingkan dengan kurma ayam ke, atau ayam masak merah pun ok juga...


Acar mentah tu mat guna apa2 saja yang ada dalam peti sejuk. Ingat resipi udang lemak nenas?. Mat ambik sikit nenas tu sebagai salah satu bahan acar mentah. Kadang2kan, nasi macam ni, perlukan lauk yang minima saja, kalau banyak sangat nanti jadi konpius, tatau nak makan macam mana. Mat gandingkan dengan rendang Lipis pemberian kak Ummi. Sedap lah rendang tu, rasa dia kan tak keras sangat, mild saja dan serdak dia pun sedap. Terima kasih Kak Ummi.. Ok mat share resipi nasi tu yea...acar mentah tu mat letak juga lah...

NASI BERIANI YOGURT MANGGA....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 1 jam, toskan
4 cawan air
1 cawan susu sejat "Ideal"
1 cawan yogurt perisa mangga (guna 1 bekas yogurt 135 gm + air jadikan 1 cawan)
1 camca besar penuh rempah beriani (mat guna jenama Baba's)
1 helai daun pandan, simpul
1 biji tomato merah, buang biji dan cincang halus
1 kiub ayam "maggi" (optional)
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning
Hirisan daun sup, sebagai hiasan
Bawang goreng, sebagai hiasan (tak letak, tak de stok)
2 camca besar minyak sapi

BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 inci halia, hiris nipis
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pala
5 kuntum bunga cengkeh

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan semua bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan tomato cincang dan tumis hingga layu. Tambah beras dan goreng sekejap, anggaran 30 saat. Matikan api.
  2. Alih beras tadi dalam rice cooker. Tuang air, susu dan bancuhan air + yogurt mangga tadi. Masukkan daun pandan, kiub ayam (hancurkan), dan garam secukup rasa, kacau beras tadi. Kemudian masak seperti biasa.
  3. Bila nasi kering, titiskan pewarna kuning pada beberapa bahagian nasi. Biar nasi betul2 masak. Gemburkan dengan chopstick. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Nak tabur kismis pun boleh..

ACAR MENTAH MERIAH...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji timun, hiris nipis
1 batang lobak merah, hiris nipis
1 bij bawang besar, mayang halus
1 biji cili merah, hiris halus
1 cawan hirisan nenas
1 camca besar cuka makan (mat gune jenama Jalen)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali garam dan gula. Gaul rata. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa. Simpan dalam peti sejuk sebentar sebelum dihidangkan bersama nasi beriani yogurt mangga. Selamat mencuba untuk semua!!..

16 comments:

IBU GEBU said...

lamanya x makan nasi beriani, dekat 2 tahun ada kot... huhu
che mat percaya x? kesian kan? itulah merantau jauh2 sgt... klu kat johor dulu kurang2 seminggu sekali pekena nasi beriani gam kat kedai area tmn dahlia tu...
alih2 che mat dah pun buat versi baru nasi beriani yg mengancam ni... apakan daya tangan tak sampai nak menyuapnya... dpt tgk pun jadilah, thanks che mat...

Mat Gebu said...

@ ibu gebu - huhu..byk2 bersabar yeaa.....saya pun jarang makan nasi beriani, kecuali yang dari Batu Pahat...

MAK TEH said...

assalam cik mat,waah..baru dok baca lemak udang,dah masuk pulak nasi beiani...sedapnya...sejak duduk kat PG ni selalu jugak la mak teh makan nasi briyani...beriani gam la dam la tanam la mcm2 nama...tapi kan setakat la ni..nasi briyani rest. Baser kat kota tinggi tu best sekali..nasi ayam nya pun sedap sgt.tentu cik mat dah cuba kan..

JIJI YU said...

menajdik jugak akhirnya..rase tam masam mangga tu ek..haha...

lemas sekali sekala apa salahnya papa..ehhe

H.J said...

haha,nanti aku suh jiji yu geli2 masakkan utk aku,,

Azita Zain said...

isshhh...pepagi buta ni ternampak lak nasi beriyani cik mat ni...menyanyi terus perut ni...!

Kjee said...

guna yoghurt mangga? wow kelazzz. mesti sedap. boleh try ni CMG. tq for recipe

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaa...rendang tu kalau nak simpan sebulan 2 bulan pun ok sgt2 Mat...tp biasanya kalau kat rumah akak x sampai seminggu licin kooo..hahaha... Kalau ko suka, nnt akak kirim serdak2 je la eh..dagingnya akak tibai dulu...wakakkaa...

azrinna said...

Pagi2 nampak nasi beriani Cik Mat ni, kecur ! Kecur!

guhmuk said...

nampak sedapnya...slrrpp..

Ujang9897 said...

gigil2 perut..=( time bulan puasa masuk sini mersti lg terliur

Sunah Sakura said...

papa? ishhhh...mengada betul jiji the rebit ni..

mamasuri said...

tak pernah masak beriani...
kalu nak makan pun carilah restoren nasi kandar tu...
tp raya nnti bt nasi beriyani pagi2 pun best kan ...

bersama kak Es said...

akhirnyaaa...
rendang tu menarik.

Sis-Lin said...

OOOooo ada rendang dr Kuantan yek! ni yg nak bako bako bako blog ko nieeeeee...

Kak Umi aummmmmmmmmmmm...kita pun nak jugakkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!! kita tukar dgn rendang harimau nak x??????? ha ha ha ha

Gee® said...

aarrggghh....!!!! terliornyerr....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.