Salam semua, dah makan tengah hari?..Hari ni mat masak simple2 saja, ada belen lauk semalam, dan dah panas, masih boleh makan lagi. Mat kan jenis tak kesah, asal lauk tu elok, tak rosak, boleh saja...Cuma sayur mat suka lah yang baru. Setakat ikan, ayam atau daging, lauk dingin beku pun ok. Mat sebenarnya dah lama nak cuba resipi mudah ni, mula2 nampak kak nor secubitgaram buat, di sini...Terima kasih kak Nor. Nampak sedap jee, dah lah senang pulak tu, kukus saja. Mat buat guna 3 biji telur (sama macam kak nor) saja sebab penduduk rumah tak ranmi. Psrtt cun tak bekas chenta tu?..Jauh tu datang dari Jepun. Kiriman sorang blogger masakkan ni nama "Hanisah Ogawa"....Thanks again Kak Hani.
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur
1 biji bawang besar, didadu
1 biji cili merah, buang biji dan didaduBAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur
1 biji bawang besar, didadu
1 ulas bawang putih, dicincang (resipi asal tak letak)
1 biji tomato, buang biji dan dadu kecil
1 tangkai daun bawang, hiris halus
2 batang crab stick, hiris kecil
1 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa
Secubit gula
Secubit serbuk lada hitam
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan kukusan, lenser acuan pilihan dengan sedikit mentega. Satukan semua bahan2 di atas kecuali hirisan daun bawang untuk hiasan. Kacau rata dan tuang dalam bekas tadi. Kukus dengan api sederhana selama 10 minit.
- Keluarkan dari kukusan, biar suam dan hias dengan hirisan daun bawang, hidangkan bersama sos sebagai salah satu pelengkap hidangan anda..
17 Comments
masih ingat lagi masa che mat tayang love ramekin dr hani ni.. mmg cantik sungguh! :)
ReplyDeletemekasih che mat, sudi try resipi mudah dr chef arm tu.. sedap kan.. mudah pulak tu nak buat.. tak ada versi derhaka ke? hehe
sweet love... nampak sangat menyelerakan
ReplyDeleterasa macam nk balik cuba...tp kukus lam loyang je la...hihi
ReplyDeletealahaiiii...lapor ler pulak...lom mkan tghari lgi nie cik mat....huhuhu....
ReplyDeleteWaaaaaaaaaahhh....kumpul lemak telor pulak laaa pasni.....adeehhhh...
ReplyDeletesedapnye nme die..tapi x pernah rase..cmne ek rase die abg mat..hehe..:)
ReplyDelete[ 18 SX ] Pembedahan Payudara @ Buah Dada @ Tetek ( 15 Gambar )
[ Politik ] Fan Page Datuk Seri Anwar Kena Hack
10 Filem( Movies ) Paling Laris Di Dunia
fuyoo... tergoda laa... nk rasa sikit boleh
ReplyDeletebetapa tensen nye di opis ni x leh view gambo makanan hanye leh tgok resepi je...haishh...
ReplyDeletehidangan sihat ni CMG... kaya protein & vitamin.. yang penting takde minyak.. kan kan kannn...
ReplyDeletewahhhh senang le..tak pernh plk makan telur kukus..telur bungkus ada ler...
ReplyDeleteKak Ummi tu takut sangat gumuk berlemak ler...hahahahahah
kan ke ubat kurus cirit byk..beli makan je ler..hahahahaaaaaaaaaa
yelah...
ReplyDeletetelur kukus..
mmg resepi yang agak berbeza..
lagilah cik mat boh dalam bekas hati
menarik sungguh..
sis lin, kak ummi... kak nor.. jom kita serang sedenak
bestnya...mesti lg sedap dr chawan mishu
ReplyDeletebekas tu yang tak menahannya..
ReplyDeleteboleh tambah buat koleksi ni,nak nak dekat puasa dah ni
ReplyDeletehttp://noipunyablog.blogspot.com/2011/07/tips-menabung-3-akaun-keluarga-aka.html
best memang best. tapi bekas terutama tudungnya nampak lain macam, macam m****** t*****. jangan mare
ReplyDeleteAgak2 kalau makan bekfes ok ke?
ReplyDeletesalam cikmat.. tengok telur kukus tu.. sungguh menguda, nanti balik kite nak cubalah!
ReplyDelete