BEN ASHAARI

Monday, July 4, 2011

BUBUR KACANG DURIAN..

P1290617
Salam senja semua..Jom makan bubur kacang durian...musim durian ni kat rumah mat, tapi bukan lah ambik hasil dari dusun, orang bagi. Durian ni ada yang gemar, dan ada pula yang kurang. Mat ok saja, cuma tak tahan bau yang melekat di tangan, dah tu lalat mula lah datang. Durian juga boleh dipelbagai guna, buat tempoyak boleh, jem boleh, lempok pun boleh. Pendek kata macam2 lah. Paling mudah, kita campur dalam bubur kacang. Selain tu isi durian boleh dibuat kek dan muffin, baru2 ni mat cuba buat pancake di sini....sedap okehh, dah sejuk pun lembut. Bubur kacang durian ni semua orang pandai buat, kacang hijau tu kalau anda nak cepat empuk, cuci dan rendam semalaman, kalau macam mat, rebus guna pressure cooker atau periuk tekanan, hanya mengambil masa 7 - 10 minit saja dah siap kembang....sekian..hehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1 liter santan
1/2 cawan gula merah*
3/4 cawan gula pasir*
2 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
1 biji durian, ambik isinya (anggaran 10 ulas)
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 camca teh garam
Gula pasir secukup rasa (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus kacang hijau hingga kembang (air dia anda agak2). Masukkan air gula, daun pandan dan durian, kacau rata dan biar mendidih.
  2. Tuang santan, tambah garam. Kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika kurang manis, tambah gula pasir secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api.
  3. Hidangkan bersama roti atau biskut cream cracker dan bersama air teh tawar (tu mat lah yang minum, sebab bubur dah manis, jadi air teh biar tawar...)

9 comments:

JIJI YU said...

kalo jadi cam santan tu pecah2 tu sebab ape ek...

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Rasa macam nak buat jugak.. tetiba termengidam.

Mat Gebu said...

@ jiji - santan pecah2 yea..api terlalu besar, lagi satu biar mendidih perlahan dan kacau selalu..kalau manja2 okehh..

bersama kak Es said...

jiji nak masak gak keeee? hehe
cuba up satu yang santan pecah tu ji

Andrik McVean said...

i never tried this..i must try this one

Nini Mohd said...

bestnyer bubur kacang durian. dah lama tak makan.

ShashaCatering said...

Sedapnya bubur kacang campur durian. Dah lama tak makan.
Sapa suka makan durian klik "like" kat sini www.facebook.com/shashamohamed . Ada sikit tip tentang durian.
T.kasih ;)

MOBYDICK said...

Salam ziarah,hok alah la teliur la pulak napok gaya kena buat la esok ni.....

chentahaty said...

tq che mat sbb rajn masukkan byk2 resepi..jd panduan jgk la utk sy..alhamdulillah sume mjadi bila follow resepi che mat..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.