BEN ASHAARI

Friday, June 10, 2011

RENDANG PEDAL AYAM.

P1280910
Salam semua, huhu, baru dapat masukkan entri, ni hari mat masak rendang pedal ayam. Mat kan mula2 terlupa nak masak, sebab ini atas permintaan big boss, habis tu mat teringat, jadi masak lah tadi, lagi pun bonda balik tadi. Tau tak pedal ni 1 kg okeh, kus smangat, banyak kan main, pengsan...bila dah masak dia kecut, tapi masih banyak, hmm tah bila nak habis agaknya, dah suruh masak, mat pun masak saja lahh. Resipi dia mudah, macam yang dulu2 juga. Mat masak dalam periuk tekanan, selama 15 minit, kemudian pindah ke kuali, letak santan, kerisik dan daun limau purut, masak hingga kering, tambah garam dan gula melaka sikit. Terakhir baru tabur hirisan daun kunyit. Tapi yang bawah ni mat letak style masak dalam kuali yea. Ok kita semak resipi...jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg pedal ayam
3 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, hiris halus
300 ml pati santan
1 liter santan cair
Air panas secukupnya
2 camca besar rempah kari
2 camca besar cili kisar
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
1 camca besar gula melaka

BAHAN KISAR :-)
15 biji bawang merah
4 bawang putih
2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
4 batang serai, hiris halus

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pedal ayam dicuci bersih, perap dengan garam, sedikit tepung dan jus limau kasturi, gaul dan biar 10 minit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan bahan kisar + rempah kari, kacau rata dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan pedal ayam, gaul rata dan masak hingga pedal kecut. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih. Tambah pati santan, daun limau purut dan kerisik, masak hingga pekat dan pedal ayam lembut, jika belum lembut, tambah air panas. Masukkan asam gelugor, garam dan gula melaka.
  3. Bila kering, tambah hirisan daun kunyit. Gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat atau roti.

8 comments:

bersama kak Es said...

okeh..yang ni mmg tak leh buat sebab tak de periuk tekanan..
(alasan aje, masuk botol kang ! )

sedap laa...mana dapat ilham huhu

Mat Gebu said...

@ kak es - pstt..secara jujur kan, ini bukan feberet saya...huhu abah saya suka...kalau ayam ke daging ke, i likee lahh...hehe..

Myzul said...

best gak ni..tapi kalau ganti ngan hati ayam lagi best :)

Mas said...

tetiba rasa nak cari roti makan ngan rendang tu....

Kak Wani said...

Salaam Mat... 1st time komen kt sini.. (tp sy dh try beberapa resepi2 derhaka Mat... hihi).

sy nk ganti dgn ayam lah resepi nih. rs mcm sedap je... sbbnya mn nk cekau sampai 1kg pedal ayam tu!!

Terima kasih ya Mat... sbb tiap2 hari kongsi resepi kt sini...

Sis-Lin said...

wooooooooo peberet aku lor....
agak ko kan mat...klu tongkeng ayam..boleh ke bt rendang??? hahahahahaha

Kalamhati said...

peberet KH pedal ni..hehe bg KH ratah rendang pedal ni cemtu je pun jalan ni..

nnt nak cuba buat..tq che mat!

ShashaCatering said...

First time dengar ada rendang pedal ayam. Sedap ke ni?

Nanti nak try lah.

Thanks for the recipe Cik Mat ;)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.