BEN ASHAARI

Friday, June 10, 2011

OREO ICE CREAM...SENDIRI BIKIN PUNYA.

P1280881
Assalammualaikum, selamat petang semua, panas kan cuaca, kat sini mendung, tapi tak delah sejuk sangat cuaca, suam2 kuku macam tu. Hmmm nampak sedap kan ais krim tu, mat pun mula tak plan nak buat, tapi kan sebab nak menghabiskan baki whipping cream, jadi mat buat lah. Serius kata, kalau anda nak buat, ikut resipi yang ni, adalah lebih berbaloi anda beli ais krim yang dah siap, kecuali kalau ada whipping cream berlebihan. Untuk resipi ini mat guna whipping cream jenama "EMBORG". Mat beli yang 1 liter, guna pulak cuma 250 ml sahaja, baki dia tu kalau simpan lama2 nanti rosak, jadi dari membazir, baik kita oter jadikan sesuatu. Resipi asal kalau tak silap mat dapat dari satu buku masakan "Betty"..Ok jom semak resipi, tapi sebelum tu jangan lupa vote DTS di sini dan juga jiran mat di sini..terima kasihh yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan whipping cream, disejukkan
3/4 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar kasar dengan krim2nya sekali
Hirisan strawberi untuk hiasan
Biskut orea, dipatah kecil2, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sejukkan mangkuk pemukul dalam freezer selama 20 minit. Kemudian tuang whipping cream sejuk dan masukkan gula halus. Putar pada kelajuan tinggi hingga whipping cream kental. Alih dalam bekas atau tupperware, tutup dan simpan dalam peti sejuk selama 2 jam.
  2. Keluarkan, tabur biskut oreo yang dikisar tadi, gaul tapi jangan gaul lama2, sekejap saja. Tutup balik bekas tadi dan bekukan semalaman. Scoop ais krim ke dalam bekas sesuai, tabur strawberry yang didadu dan biskut oreo tadi. Hidangkan sejuk.....hmmm.. nice...

29 comments:

cik Dil said...

sedapnya..demam2, kalau dpt mkn eskrem kn bets...sejuk sikit

~Kirin Selama Perak~ said...

pergh !!
meleleh da air liur PCM
adess~
:p

Ummiakid @ lily said...

perghhh...sedapnya...

kella said...

ok idea nih! nak buat nak buat.. tocey tocey kasi resepi! =)

Miss Ran said...

sng je rupenye..kene try ni

Isteri Encek Bard said...

nak buat

Abang Long said...

Salam...ish3..terliur..Nak jugak rasa walaupun tgh sejuk hujan nih..

http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/bangga-tiada-dara-part-2.html

gadisBunga said...

senang tapi kelesssss CMG!

* Zaleta * said...

huh...panas2 ni kalau dapat makan....btambah la batuk2 ni

alinac lover said...

mudah je ek~ nk try :)

hajar said...

harus di cuba nih... :)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

fuuhhh sodapnya

~..Lesung Batu..~ said...

PCM!!!!!! T_T menangis tak berlagu la camni... rasa nak pegi beli tiket flight balik sedenak trus..wakakakaka

mynameismy said...

terliur oke!!!!

AZLITA AZIZ said...

pitam terus klu cam ni... >-<

azila said...

mmg balik ni p beli aiskrimla...huhuh...

bungacahaya said...

Kagummmmm sngat la....


Terliur I tau. Heheheh

Nieza said...

sedapnya ice cream tu...simpan resepi dulu..tq:)

aida4eva said...

boleh wat pengubat kalau mengidam oreo mc-flurry mcD..hehe

Andrik McVean said...

wah best....sedap...btw i ahve follow you and i hope u can follow me..

Lysha said...

Nice.....miss betul this webpage..thank you Encik Mat Gebu,may Allah bless U always,amen.

AI said...

Salam,

- wahhh sedapnyer...

bersama kak Es said...

U are really born as a Chef !!
sedap nyaaaaaa :)

mas saari said...

senang je cara buatnya...boleh cuba ni!

tiefazatie said...

adui la..bestnya nie!

kiEyn kiNah said...

nampak cam sedap je....ni yg teringin ase nak wat sendiri ni....

sitihanisahali said...

dah cuba.sedap.mak kate mcm aiskrim mcflurry.terima kasih^^

hotmamastuff said...

xcited..esok nk try buat....tq

Azya Hana said...

sedapnyaaa!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.