BEN ASHAARI

Thursday, June 9, 2011

MAGGI GORENG......."G.A" BY CIKGU AREEF.

P1280840
Salam pagi Khamis, dah sarapan ke?..Ok pagi ni Sedenak mendung, lepas tu dah ada rintik2 hujan. Hmm, baju pun baru je siap dicuci oleh pembantu rumah setia ku, "nenek jepun". Moga sebentar lagi mentari muncul. Ok pagi ni mat cuma nak share maggi goreng yang mudah dan simple tapi meriahh. Seperti selalu mat cakap, memasak ni tak boleh terikat dengan resipi, kena pandai ikut kesesuaian. Cuma jangan terover, nanti jadi lain. Apa2 pun, pengalaman mematang kan kita, mat sendiri pun pernah juga bila terlebih kreatif sampai jadi tak berapa nak sedap. Bila dah berlaku kesilapan, maka secara amnya kita akan ingat, sekian bahan, campur dalam sekian masakan, tak ngam.....

P1280848
Eh...tiba2 ngantuk pulak. Ni yang malas nih. Nampak meriah tak maggi goreng tu?..ada orang kata mat ni kalau masak aksesori dia banyak, betul juga kan, tapi tu lah, nak ngabis kan bahan yang berbaki sikit, jadi kita lambakkan dalam maggi goreng, selamat sudah. Mat goreng 1 bungkus je, perencah dia tak guna, cuma ambik mi dia saja. Kalau nak guna mi kering yang ala2 maggi tu pun ok, kalau yang tu mat selalu guna jenama cintan. Oh yea terlanjur ni mat nak war2 kan satu pekara seperti di bawah ini....

Blogger Cikgu Areef ada buat simple GA di blog beliau, Cikgu Areef ni blogger Johor dan pernah datang ke rumah mat sebelum ni, jadi anda sudi2kan lah join GA Cikgu Areef, ada syarat2 mudah dan untuk itu anda boleh lah ke blog beliau di sini.....lepas tu apa kata undi pulak DTS di sini dan juga di sini...Terima kasihhh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus mi maggi, ambil mi sahaja
1 keping tauhu, dadu kecil dan goreng, toskan
3 pelepah sawi bok choy, asingkan batang dan daun, siang berasingan
2 batang jejari ketam, potong
1/2 cawan hirisan daging ayam
5-6 ekor udang saiz sederhana, kupas kulit
1 biji telur, dipukul sedikit
1 genggam taugeh, cuci dan toskan
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
Sos ikan secukup rasa
Hirisan daun kuchai, untuk hiasan
Hirisan cili padi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur mi maggi tadi hingga lembut, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan cili hingga garing. Tambah sos cili, sos tiram dan juga sedikit sos ikan, kacau rata.
  2. Masukkan 1/2 bahagian tauhu, udang, ayam dan juga jejari ketam, kacau rata dan tuang sedikit air dan masak hingga pekat. Tolak ke tepi kuali dan masukkan telur, biar sedikit mengeras dan kacau hancur, tambah batang sawi dan gaul rata.
  3. Masukkan maggi dan gaul rata. Tambah sawi dan taugeh dan kacau. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi sos ikan. Masak sekejap dan matikan api. Alih dalam bekas sesuai, tabur hirisan daun kuchai, hirisan cili padi dan baki tauhu goreng tadi. Hidangkan, jika suka boleh perah limau kasturi..

13 comments:

Miss Ran said...

pcm msk pape semua nampak best! nyummi

Ummiakid @ lily said...

nak khabor 1 jer.....terliurrrr

ikatankasihku said...

sedapnya mat....
tq share resepi....udang seketul tu je dah mcm panggil2 utk di makan... :)

tunoor73 said...

fuhhh sodapnya....nk cop paste leh tak.....tq

inahar ali said...

fuiyoo...sedapnye maat..akak br pas makan maggi tp maggi pekak jer laa..hehe!! (eh..betuike bahasa ku ini??)

Isteri Encek Bard said...

yA aLLAH NAMPAK SEDAPNYA

(Lizz) http://www.mummycute.com/ said...

menangis tengok maggi ni tau...memang nampak sodap...comfem balik nanti masak maggi...

zuwaidah said...

cik mat, kak zu tengah puasa ni tengok maggi goreng pun sedap. psstttt cik mat...jeles tengok pinggan mangkok lama tuuu..lawooooooooooo

Syimama said...

yg jelesnya singgah disini sebab, semua masak menjadi....kita masak maggi tak rope camni pun? he3

Areef Ibn Naim said...

salam,

cik mat tq sudi promote ga sy tu... joinlah sekali... tinggal wat tajuk je tu... tq sgt3x yer...

bersama kak Es said...

sempatkan diri mengundi hari ni. Semalam langsung tak dapat .. terasa sedeyy

sedapnya maggi gorang sendiri. kalau kat kedai tak menarik sangat

Cik Puan Izan❤ said...

meriah sungguh...kalo charge rm10 sepinggan pun sanggup nih...^^

JIJI YU said...

waaa..pakcik mat..sos ikan tu pestaim dengor tu..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.