BEN ASHAARI

Friday, June 17, 2011

LEMAK FUCUK TAUHU....

P1290119
Petang semua...pstt nak share ulang tayangnya resipi, kesah tak?..tak kan..tu lah mat pun tak kesah. Ok ni semua orang pandai masak kan, senang, sedap dan paling utama, kalau ada masakan ni, cukup lagi 2 jenis, satu, sambal belacan dan lagi satu ikan masin atau ikan goreng..aduhhh..dah lah jimat, sedap dan boleh penggsannnn. Seriuss. Ok kat sini mat tak tulis banyak mana fucuk tauhu yang mat guna, agak2lah yea. Kalau bilangan ahli keluarga ramai, masak lah lebih, kalau 4 puntung macam kami ni masak lah sikit...kann. Mat tulis resipi dia plak..yea, pstt jangan lupa undi DTS kat sini...Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Fucuk tauhu secukupnya, potong dan rendam hingga lembut, toskan
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris
1 biji cili merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
800 ml santan cair
250 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan fucuk ke dalam periuk bersama bawang besar dan bawang putih serta udang kering, tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih dan fucuk lembut.
  2. Masukkan cili hiris dan soo hoon, masak sekejap dan tambah santan pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api sederhana sambil dikacau, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, ikan masin/ikan goreng dan sambal belacan.


7 comments:

geraugebang said...

Sedapnya makan dengan sambal tumis udang, goreng ikan selar kuning kecik tu...meletup...

Sunah Sakura said...

lapar sudahhhhhhhhhhh tengok ni!

JIJI YU said...

hahaha..kalo yg ni bese wat..tarok tuna sikit..

sukasuki said...

this is my fav. sedap ni....ahhh..

bersama kak Es said...

kalau yang ni kak Es masak , match dengan ikan goreng , sambal belacan ada ulam sikit. Makan tak panggung kepala dah haaaiihh!!

sedap ni Che Mat :)

Andrik McVean said...

wow..i must try this..it looks so delicious

yaya_flanella said...

aaa. lapar. suka gila lauk ni kuah letak banyak.. semalam satu hari makan megi. dushhhh

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.