TEH HALIA MADU....NYAMANNYAA!!..

P1290126
Salam malam semua, diam tak diam hari ni 17 hb Jun saja kan..cepatnya masa berlalu, jika dipanjangkan usia tak lama lagi, kita akan sambut bulan Ramadhan, masa tu kat TV keluar lah iklan kurma, planta, minyak daisy lah dan macam2 lagi iklan bermusim. Mat rasakan tahun ni harga2 kek dan biskut raya akan naik, barang2 semua mula menampakkan kenaikkan harga, kadar tarif elektrik juga naik, kita zaman sekarang ni bakar kek atau biskut guna oven bukan nya kayu arang. Hmm, duit pula nilai semakin mengecil, macam kes astro yang menjadi isu sekarang ni pasal penyelarasan harga. Rumah mat astro ada tapi tak tengok pun, huhu rugi kan, jadi sebagai langkah berjimat, kami telah menamatkan perkhidmatan astro di rumah...yelah asyik bayar je tiap2 bulan, tengoknya jarang. Lagi pun kami di Johor Baharu ni menerima siaran dari Singapura dan Indonesia, tak habis pun nak tengok. Entri malam ni cuma teh halia madu, mat buat ni tadi sebab rasa sakit kat ulu hati, tu pasal mat buat dan minum teh halia madu....

BAHAN-BAHANNYA :-)
Air panas secukupnya
2 sachet teh boh
1/2 inci halia, hiris nipis dan ketuk sedikit
Madu secukup rasa
1 helai daun pandan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rendam teh dalam air panas, anggaran 800 ml bersama2 daun pandan serta halia. Biar sekurang2nya 20 minit. Tuang dalam cawan sesuai, letak madu secukup rasa. Kalau suka boleh tambah 2-3 keping lagi hirisan nipis halia dalam air teh tadi. Hidangkan panas....

Post a Comment

10 Comments

  1. lepas minum ni boleh lawan ujang kann

    ReplyDelete
  2. oooh.. bagus untuk sakit ulu hati ya, terima kasih cik mat atas resepi bagus ini...


    PS; mmg dah rasa sangat bulan puasa sbb dah habis tilawah al quran peringkat kebangsaan..

    ReplyDelete
  3. ehhhe..teh tu tak berape sgt..tu karipap sebelah teh tu cam sodap je

    ReplyDelete
  4. rasa macam sedap je.. nak rasa jugak la.

    ReplyDelete
  5. teh halia madu boleh awet muda jugak...

    ReplyDelete
  6. kalau halia tu di bakar dahulu, lepas tu dibuang yang hitam.masuk plastik dan ketuk guna anak lesung...masuk dalam air teh panas campur gula batu...puhhh sedap..

    resepi dari indon...

    ReplyDelete
  7. wow....i love halia tea...love it very much

    ReplyDelete
  8. Assalam Mat, uikkss tadi tengok kat blog list entry lain...tp xleh nak view lak gi dapur Mat nih...apasaii?

    ReplyDelete
  9. kenape tajuk lain tadi che Mat?? gggrrr kat sape? ada yg cuit che mat ke?

    tapi dh hilang dah entry tu :(

    ReplyDelete
  10. best ni cik mat. boleh la kakchik cuba.

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.