P1290126
Salam malam semua, diam tak diam hari ni 17 hb Jun saja kan..cepatnya masa berlalu, jika dipanjangkan usia tak lama lagi, kita akan sambut bulan Ramadhan, masa tu kat TV keluar lah iklan kurma, planta, minyak daisy lah dan macam2 lagi iklan bermusim. Mat rasakan tahun ni harga2 kek dan biskut raya akan naik, barang2 semua mula menampakkan kenaikkan harga, kadar tarif elektrik juga naik, kita zaman sekarang ni bakar kek atau biskut guna oven bukan nya kayu arang. Hmm, duit pula nilai semakin mengecil, macam kes astro yang menjadi isu sekarang ni pasal penyelarasan harga. Rumah mat astro ada tapi tak tengok pun, huhu rugi kan, jadi sebagai langkah berjimat, kami telah menamatkan perkhidmatan astro di rumah...yelah asyik bayar je tiap2 bulan, tengoknya jarang. Lagi pun kami di Johor Baharu ni menerima siaran dari Singapura dan Indonesia, tak habis pun nak tengok. Entri malam ni cuma teh halia madu, mat buat ni tadi sebab rasa sakit kat ulu hati, tu pasal mat buat dan minum teh halia madu....

BAHAN-BAHANNYA :-)
Air panas secukupnya
2 sachet teh boh
1/2 inci halia, hiris nipis dan ketuk sedikit
Madu secukup rasa
1 helai daun pandan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rendam teh dalam air panas, anggaran 800 ml bersama2 daun pandan serta halia. Biar sekurang2nya 20 minit. Tuang dalam cawan sesuai, letak madu secukup rasa. Kalau suka boleh tambah 2-3 keping lagi hirisan nipis halia dalam air teh tadi. Hidangkan panas....