KERANG MERAH ALA THAI..

P1290116
Salam semua, dah makan tengah hari? Selalunya kalau hari Jumaat, masa rehat agak lama kan, ada tu sempat pi shopping lagi (yang "lady"). Ok kali ni mat nak share satu resipi yang mat ambik dari blog geng masak2, Kak Nor Secubitgaram, resipi yang ni pernah disiarkan dalam majalah Jelita dan mat dapati ianya mudah dan sedap, cepat dimasak pulak tu. Mat guna 1 cawan isi kerang. Mat beli isi kerang yang sudah dikupas. Tu hari masa pi pasar ada jual isi kerang, satu pinggan penuh RM 5!..wahh, terus rembat 2 pinggan, perghh tamak's. tu nasib baik tak beli 3-4 pinggan. Mat mula2 nak buat sambal tumis, tapi teringat resipi yang mat pernah angan2 nak buat dulu, tapi tak de kerang, nak guna kupang takut tak ngam.. Tapi kan serius cakap, sedapppppppp nkooo...betul tak tipu punya, mat gebu ni kan, kalau sedap aku kata sedap, kalau tak sedap kata tak brapa...apa pun terima kasih kak nor dan pada pemberi2 resipi asal...Jom layan resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 kg kerang, rebus, ambik isinya (mat guna isi kerang = 1 cawan penuh)
3 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 camca besar cili kisar
2 camca besar sos tiram
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos ikan (atau secukup rasa)
Garam dan gula secukup rasa (tak letak garam sebab sos ikan dah masin)
Sedikit air
Hirisan daun ketumbar, tinggal kan sedikit untuk hiasan
Hirisan cili, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minya, tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos ikan, kacau rata.
  2. Masukkan isi kerang bersama bawang besar, kacau dan letak gula secukup rasa. Tambah sedikit air. Masukkan hirisan daun ketumbar dan gaul rata. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar yang diasingkan tadi bersama cili hiris. Hidangkan panas.....

Post a Comment

15 Comments

  1. sedap nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! T_T

    ReplyDelete
  2. saya lapar balik.. saya amek recepi yew... tq2...

    ReplyDelete
  3. selalunya tak berselera sgt tengok lauk kerang, tapi pakcik mat punya, perghhhhhhhhhhhhhhhhh...

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

    ReplyDelete
  4. alahaiiii....lapor perut wehhh... bunyi2 dah perut nih... mintak sikit kerang bang mat...

    ReplyDelete
  5. fav ni...sedapnyaaaaaaaaaaa.... kalau abg ben ni kene kasi bau je.. nnti drh tinggi.. hehehehe


    Kisah dari Zero hingga M | Tujuan asal blogging berubah hari ke hari…! Kenapa??

    ReplyDelete
  6. huk aloh..eheh yg bujang ni makan mee sup je pcm..ehehe

    ReplyDelete
  7. mudahnyer..nnti kte try yek...

    ReplyDelete
  8. Emmm...ada lagi lebihan kerang yg tak jadi di rebus hr tu leh le wat camni lak..TQ CMG !!

    ReplyDelete
  9. aduih...xjadi diet la rni. nk turun jap..carik nasik

    ReplyDelete
  10. ok..mlm ni nak p pasar mlm n beli kerangggg...sedap nya

    ReplyDelete
  11. telan air liru tengok kerang nie. suka sgt makan kerang, makan sampai tak ingat dunia

    ReplyDelete
  12. sedapnye... esok nak cari kerang n tiru resipi ni la :)

    ReplyDelete
  13. nak share info dengan semua mengenai cara membuang biji lada kering dengan berkesan.. check di sini ya..

    http://operasihitam.blogspot.com/2011/06/biji-lada-penyebab-penyakit-appendix.html

    ReplyDelete
  14. sedapnya....satu hari mesti nak cuba...nak cari kerang dulu...tq cik mat

    ReplyDelete
  15. Tadi Kak Noor ada beli kerang, tetapi x tahu nak masak apa. Terjumpa resepi kerang merah ala Thai ni dalam blog Che Mat Gebu. Esok pagi sebelum pergi kerja, Kak Noor masak. Tapi nak tanya kalau tak ada sos ikan, tak pe ke?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.