BEN ASHAARI

Wednesday, June 29, 2011

CHEDDAR CHEESE MUFFIN...GEBUNYAA!!!

P1290487
Salam petang Rabu, masa mat tulis entri ni, hujan panas, dan ada lingkaran pelangi muncul di langit bahagian dapur rumah mat, hmm menarik kan, kata orang2 tua, masa pelangi muncul tu, puteri dari kayangan turun bersiram, dan pantang kita menuding jari ke arah pelangi, nanti jari kudung...adehh mat pun dulu masa kecik, punya lah percaya, terfikir pulak, kalau tunjuk dengan jari nanti kudung, kalau muncung kan bibir takut pulak bibir kudung...kah kah kah..pengsan lah kalau ingat2kan, apa pun sekali itu adalah cerita2 rakyat..kira pusaka dan budaya orang melayu kita..eh guaa 1/2 melayu pun pun kira melayu lah kan...kita cerita pasal entri ni dalam perenggan berikutnya....di bawah ni yea..


Ini mat saja buat, biasalah mat gebu kalau boring, aku mula buat kerja bukan2. Ini resipi muffin biasa, jadi mat derhakakan mengikut apa2 bahan yang ada. Cheddar cheese ni ada berbaki sikit, jadi bila dah parut adalah dalam 1/2 cawan macam tu. Muffin ni dapat dalam 10 - 12 biji bergantung pada saiz muffin cup yang anda guna. Kalau perhatikan kaedahnya bukan lah seperti membuat muffin, ianya lebih kepada gaya cup cake. Mat guna tepung naik sendiri tapi kalau takde boleh guna tepung gandum + baking powder dan ayak 2 kali. Untuk perisa, anda boleh pelbagaikan ikut citarasa masing2...Ok kita semak resipi mudah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
90 gram mentega berkualiti tinggi (s.c.s @ anchor)
70 gram gula halus @ castor
110 gram tepung naik sendiri (self raising flour)*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
1 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
1/2 cawan parutan keju cheddar, asingkan sedikit untuk ditabur
50 ml air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas tin muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur dan putar hingga gebu. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan air, hingga habis, biasanya tepung terakhir sekali. Putar rata.
  3. Tambah parutan keju cheddar dan esen vanilla, kacau rata. Sudukan 3/4 penuh dalam muffin cup, tabur sedikit keju parut atasnya dan bakar 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan sebelum dihidang....




14 comments:

suhaila-ab said...

bahagian nak buat org terliur bagi je la kat CM

Mat Gebu said...

@ suhaila - hahhaa, adehh, tergoda ke..hmmm.

Kalamhati said...

adui che mat..posa2 ni..tergugat iman...hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

huwaaaa...terliur!poskan ke segamat cik mat..

faz_e said...

=) sedapnya~ suka makan kek tp buat malas~

ShashaCatering said...

Wah! Cik Mat ni sangat inovatif. Nampak sedap jer, tak pernah dengar muffin macam ni. Kena try ni. Thanks for sharing cik mat :)

ma'chiks said...

alahai gebusssnya muffin tu...tengah duk menguruskan badan, mudahan kuat iman..dapat jamu mata okay lah sambil telan liuq.

Mas said...

perhhhh...segebu tuannya......
menggoda betul tengok mapin gebu gebas tu....

JIJI YU said...

gebu..same gebu ngn tuannya..

bersama kak Es said...

gebusss dan montokss macam tgn tuan muffin :D

eila said...

adehhhh...sedapnye gebussss

Andrik McVean said...

lebur hati nie mat gebu..hahahah

**::CIKNUURUL::** said...

perrgghh!!

anitadiana said...

sedapnya...gebu..nak sikit....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.