BEN ASHAARI

Thursday, May 5, 2011

PRATA APPLE PIE....VERSI CEPAT SIAP.

P1280029
Salam pagi Khamis semua, dah sarapan...mat baru siaa siap siang ikan, huhu, ikan apa tah, jenis ikan terumbu karang, sisik dia punya keras, dah lah tu, sirip dia semua tajam2, pedih2 jari 25 juta mat gebu kena cucuk..haha, nampak ngada2 ke..aloo, aku ni dah biasalah siang ikan, tapi jangan lah suruh siang ikan jerung atau ikan paus...yang tu memang pakcik mat pengsan yea. Lepas tu tadi chat dengan Kak Ummi kejap, tiba2 aku kebulur leer, belum sarapan, jadi fikir2 lah apa nak buat yea, check peti sejuk ada epal hijau 2 biji dan bahan2 lain..tingggggggg..idea sampai..aku buat "Prata Apple Pie" tapi simple gila, cuma buat dalam kuali jee..jangan tak caya beb!.. Ok jom semak resipi, senang ni....pstt dah join ke GA blogger Eqbal Z...kat sini

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping instant prata jenama "KAWAN"
2 biji epal hijau
1 genggam kismis
1 batang kayu manis
1 camca besar gula perang
Secubit garam
1 1/2 camca besar mentega
1/2 camca besar tepung jagung
Sedikit jus lemon (optional)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI EPAL :- Epal dikupas kulit, buang empulur, hiris dan dadu kecil. Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal dan kulit kayu manis serta gula perang, goreng hingga epal lembut dan gula mencair. Masukkan kismis dan sedikit garam. Kacau rata dan masak sekejap. Tambah jus lemon (jika guna) dan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti epal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK PRATA APPLE PIE :- Panaskan kuali non-stick, lenser dengan sedikit minyak. Masukkan 1 keping roti prata dan masak untuk 1 minit dengan api sederhana. Terbalikkan dan letak 1/2 bahagian inti epal tadi, tapi pada sebahagian prata sahaja seperti dalam gambar.
  3. Berhati2, gunakan senduk kayu atau plastik, lipat prata tadi seperti dalam gambar. Tekan sikit tepi2nya dengan sudu. Masak dengan api kecil hingga kuning keemasan. Terbalikkan dan masak lagi hingga semua bahagian sekata warnanya. Kerat 2 dan hidangkan....

15 comments:

Nur said...

assalamualaikum.. bila peut lapar saya akan ke tiffin biru, jamu mata then terus terasa kenyang:). walaupun mudah tp prata epal ni if kt kedai dia jual dalam RM3.. jadi tq atas resipi

Donna said...

Bole ke pakai roti canai segera?

Mat Gebu said...

@ nur - boleh cuba yang ni, kalau tak suka kayu manis boleh skip itu rempah..

@ donna - bolehh, tapi mat guna jenama "kawan" nya, kalau yang lain tu saya tak pasti pulak...

risa said...

sodap aihhh...saye suke manis2 neh..
en.mat! saye udah undi anda..hehehe
tetiba kann..silent reader ni mana org kenal kan kan kan:)

nuwairani ismail said...

kreatif btol che mat. x terfikir pon nk buat guna roti prata.pasni leh cube ni.

~~zAnAfAhMi~~ said...

CMG ni mmg layak masuk master chef, akak obses dgn apple tapi kalau mkn gitu je....masam der!
kena cuba ni..

Sunah Mohammad said...

wah, senangnye! tapi...banyaknye typo pcm..........:p

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

idea datang tinggg...hebat betull...
sedap dan senang nampaknya...boleh cuba ni...^^

Mama Hanim II said...

sedap tu CMG.. tq share resepi yg nmpk senang tp berselera tu..

Karimah Mati Ditikam Tunang Di Bukit Mertajam P Pinang

~...AmALinA....~ said...

waaaa sedapnyewww~~~

kakchik@ella said...

haaaaaa .. yg ni blh cuba sbb tak pakai oven. kakchik takut letrikkkkkk. hihi

Fiza Amran said...

thanks for instant recipe...

miszlullaby said...

sedapnye kalau ade org hantar depan bilik sekarang.hihihihi...

MaSLiNa said...

saya dah cuba buat resepi ni kat umah tghari tadi.. sodapppp woooo.. cepat je siap.. tapi kan, sy pakai je epal merah tu sbb tak sempat beli epal hijau.. rasanya ok je kot.. apa beza kalo kita pakai epal hijau dgn epal merah?

Aspirasi said...

kebetulan!!! saya baru beli epal hijau ni, boleh la balik buat kat rumah. :D

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.