NASI AYAM SUP TOMATO..

P1280007
Salam malam..huhu, n3 petang dah tukar jadi malam punya..apa nak buat, kita manusia hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukannya. Hmm, mengeluh pun tak guna, kadang2 bukan apa, mat rasa bila share satu2 resipi macam tak kena waktu, rasa tak bess pulak. Resipi nasi, tayang masa nak tidur, patut ke?..tak kan..Tapi nak buat macam mana, tu jee n3 yang ada. Ni mat masak siang tadi, ntah pesal tiba2 terlintas kat kotak fikiran mat, nak masak nasi ayam sup tomato. Kalau dapat guna ayam daging lah yea. Mat guna ayam pencen, aku kena rebus dulu kasi empuk, cuma daging ayam pencen ni sedikit kering dan berserat, tak juicy sangat, tapi rasa dia ada sedikit kesamaan dengan daging ayam kampung...

Mat guna sup tomato Heinz seperti dalam gambar, tapi tak banyak dalam 1 cawan macam tu, baki dia mat letak dalam bekas dan bekukan, guna untuk kemudian nya projek. Resipi ni menggunakan sedikit rempah kurma. Sedap dimakan bersama acar dan rojak. Tapi kan makan dengan acar buah sedapppp i tell u.. Ok jom semak resipi mudah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 45 minit, toskan
4 cawan air
1 cawan susu sejat
1 cawan soup tomato
6 - 7 ketul ayam (mat guna bahagian peha dan dada), cuci bersih*
1 inci halia, tumbuk halus*
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*
1 camca besar penuh rempah kurma*(*satukan, gaul rata dan perap 1 jam)
3 camca besar minyak sapi
2 helai daun pandan
1/3 cawan kismis
1/2 batang lobak merah, diparut memanjang
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
7 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
4 biji bawang merah, hiris
1/2 inci halia, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan 1 helai daun pandan dan ayam yang telah diperap tadi. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut, jika perlu masukkan sedikit air dan masak hingga kering. Masukkan beras, parutan lobak merah dan gual rata bersama ayam. Goreng sekejap. Matikan api.
  2. Alih no. 1 tadi ke dalam rice cooker, tuang air+ susu sejat + soup tomato, baki daun pandan dan garam secukup rasa. Gaul rata dan masak hingga nasi kering. Tabur kismis dan biar nasi betul2 tanak. Kemudian gemburkan guna chop stick.
  3. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Sedap dimakan bersama acar timun, paceri dan rojak..

Post a Comment

10 Comments

  1. SELAMAT MALAM CIK MAT

    walau dikau lewat tayang nasi tomato.. tetap buatkan ayu terliur...

    pssh!!!! diet2..

    ReplyDelete
  2. semalam dah buat kek blender oren tu, jadi dan sedap....nasi ni nampak sedap je....nak cuba yg ni pulak lah nanti....tq

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi makan nasi ayam sup tomato.nasi ayam biasa pernah lah.kuah sup biasa.hehe

    ReplyDelete
  4. nasib baik dah kenyang..ngeee~ tp terliur jugak nihh..adehhh

    ReplyDelete
  5. sedappp..nak cubaa!! yeahh! :) sekrg laparrr!! T.T

    ReplyDelete
  6. macam nasi tomato pun ada juge... nampak sedap. rasanya makan macam tu saja dah cukup

    ReplyDelete
  7. dari malam membawa ke pagi..sukar utk ku nyatakan apakah rasanya kalau dpt makan itu nasi..huwaaaaaaaaa lapoonyaaaaa.....

    makan megi pun sedap! hahahahaha

    ReplyDelete
  8. Assalamulaikum Mat

    Dah pagi baru dapat menjengah kesini. Ni konpom dah elek lah nasi ayam ni kan.. hihihi. cuma tengok gambo pun jadi ler, nak mintak gerenti dah habis :D

    ReplyDelete
  9. slm che mat... ina suke terjah blog ni... nmpak cam best nasi ayam sup tomato ni.... nk try la...

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.