PRATA APPLE PIE....VERSI CEPAT SIAP.

P1280029
Salam pagi Khamis semua, dah sarapan...mat baru siaa siap siang ikan, huhu, ikan apa tah, jenis ikan terumbu karang, sisik dia punya keras, dah lah tu, sirip dia semua tajam2, pedih2 jari 25 juta mat gebu kena cucuk..haha, nampak ngada2 ke..aloo, aku ni dah biasalah siang ikan, tapi jangan lah suruh siang ikan jerung atau ikan paus...yang tu memang pakcik mat pengsan yea. Lepas tu tadi chat dengan Kak Ummi kejap, tiba2 aku kebulur leer, belum sarapan, jadi fikir2 lah apa nak buat yea, check peti sejuk ada epal hijau 2 biji dan bahan2 lain..tingggggggg..idea sampai..aku buat "Prata Apple Pie" tapi simple gila, cuma buat dalam kuali jee..jangan tak caya beb!.. Ok jom semak resipi, senang ni....pstt dah join ke GA blogger Eqbal Z...kat sini

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping instant prata jenama "KAWAN"
2 biji epal hijau
1 genggam kismis
1 batang kayu manis
1 camca besar gula perang
Secubit garam
1 1/2 camca besar mentega
1/2 camca besar tepung jagung
Sedikit jus lemon (optional)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI EPAL :- Epal dikupas kulit, buang empulur, hiris dan dadu kecil. Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal dan kulit kayu manis serta gula perang, goreng hingga epal lembut dan gula mencair. Masukkan kismis dan sedikit garam. Kacau rata dan masak sekejap. Tambah jus lemon (jika guna) dan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti epal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK PRATA APPLE PIE :- Panaskan kuali non-stick, lenser dengan sedikit minyak. Masukkan 1 keping roti prata dan masak untuk 1 minit dengan api sederhana. Terbalikkan dan letak 1/2 bahagian inti epal tadi, tapi pada sebahagian prata sahaja seperti dalam gambar.
  3. Berhati2, gunakan senduk kayu atau plastik, lipat prata tadi seperti dalam gambar. Tekan sikit tepi2nya dengan sudu. Masak dengan api kecil hingga kuning keemasan. Terbalikkan dan masak lagi hingga semua bahagian sekata warnanya. Kerat 2 dan hidangkan....

Post a Comment

15 Comments

  1. assalamualaikum.. bila peut lapar saya akan ke tiffin biru, jamu mata then terus terasa kenyang:). walaupun mudah tp prata epal ni if kt kedai dia jual dalam RM3.. jadi tq atas resipi

    ReplyDelete
  2. Bole ke pakai roti canai segera?

    ReplyDelete
  3. @ nur - boleh cuba yang ni, kalau tak suka kayu manis boleh skip itu rempah..

    @ donna - bolehh, tapi mat guna jenama "kawan" nya, kalau yang lain tu saya tak pasti pulak...

    ReplyDelete
  4. sodap aihhh...saye suke manis2 neh..
    en.mat! saye udah undi anda..hehehe
    tetiba kann..silent reader ni mana org kenal kan kan kan:)

    ReplyDelete
  5. kreatif btol che mat. x terfikir pon nk buat guna roti prata.pasni leh cube ni.

    ReplyDelete
  6. CMG ni mmg layak masuk master chef, akak obses dgn apple tapi kalau mkn gitu je....masam der!
    kena cuba ni..

    ReplyDelete
  7. wah, senangnye! tapi...banyaknye typo pcm..........:p

    ReplyDelete
  8. idea datang tinggg...hebat betull...
    sedap dan senang nampaknya...boleh cuba ni...^^

    ReplyDelete
  9. sedap tu CMG.. tq share resepi yg nmpk senang tp berselera tu..

    Karimah Mati Ditikam Tunang Di Bukit Mertajam P Pinang

    ReplyDelete
  10. haaaaaa .. yg ni blh cuba sbb tak pakai oven. kakchik takut letrikkkkkk. hihi

    ReplyDelete
  11. sedapnye kalau ade org hantar depan bilik sekarang.hihihihi...

    ReplyDelete
  12. saya dah cuba buat resepi ni kat umah tghari tadi.. sodapppp woooo.. cepat je siap.. tapi kan, sy pakai je epal merah tu sbb tak sempat beli epal hijau.. rasanya ok je kot.. apa beza kalo kita pakai epal hijau dgn epal merah?

    ReplyDelete
  13. kebetulan!!! saya baru beli epal hijau ni, boleh la balik buat kat rumah. :D

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.