BEN ASHAARI

Tuesday, May 10, 2011

LEMAK PUCUK MANIS DENGAN LABU..

P1280164
Salam semua, asyik lauk sama kan...huhu, dari dulu mat dah kabo, aku ni tinggal dengan mak ayah, jadi kalau tinggal sama, apa2 pun benda kita nak buat mesti tanya pendapat mereka, termasuk menu...jangan ingat bila dah besar, senang2 nak ikut suka hati masing2...kena berpijak di bumi yang nyata, mat tak kesah apa orang nak cakap, tu pasal pada mat, sesapa nak berkawan, ok jee, cuma tak boleh letak harapan yang tinggi pada mat gebu, terima seadanya.. Ok lepas merepek2 kita tengok resipi pulak. Hari ni pucuk manis masak lemak campur labu. Ada ikan masin dan sambal belacan serta lauk kegemaran mat singgang ikan tuu.....Hmm penat dah rasa berblog..tak pelah anda beri sokongan, vote DTS kat sini, pun dah memadai pada mat...apa2 pun terima kasih yang sudi vote...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk manis, asingkan daun dari tangkainya, cuci dan toskan
1/2 biji labu saiz kecil, kupas dan dadu besar2
2 keping tempe, dadu besar2
1 camca besar udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan labu dalam periuk bersama bawang besar, bawang putih, udang kering dan santan cair. Bila mendidih, masukkan tempe. Pucuk manis diramas kemudian masukkan ke dalam periuk, kacau rata.
  2. Masak hingga pucuk manis lembut. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidang bersama nasi hangat, ikan masin dan sambal belacan......

8 comments:

Miss Ran said...

knpe penat lak pcm..rilekssss

lme tak tgk gambo mskan pcm..rindu plak

mamawana said...

Omak den dolu2 suko masak lomak pucuk manis dgn labu nih. Sodap...

mas saari said...

geng ngan sambal belacan...
huhuhuhu...lagi terangkat!

suSuEmIMiE said...

gulp..telan air liur...heh3

RaraPuing said...

KALAU MASUK BLOG NI KENYANG PON JADI LAPAR =='

yaya said...

s0dapnya tng0k gambr..
ni yg buat makin teringat masakn ma kt kg

EnY YuSniZaR said...

aaaa letak tempe kan..tk penah terpikir pun... thankssss abg mat

yatie Awang said...

ini best ni...nanti nak buat haha

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.