BEN ASHAARI

Saturday, May 7, 2011

KARI DAGING BERSERAI..

P1280072
Salam semua, waaa..kari lahh..saja mat masak sebab ada lah kang orang itu nanti nak makan dengan roti prata ke, lempeng pekak ke atau pulut kuning ke kan. Mat masak kari daging berserai, letak kerisik, guna daging dalam 500 gram. Kalau ganti ayam pun boleh. Kari ni mat guna santan kotak, dalam 1/2 cawan. Boleh letak kentang, tomato dan carrot, ikut suka anda lah yea..pstt kari ni kan kalau makan esok hari...lagi sedap, sebab dah mesra..Tak de nak cerita banyak pasal kari. Jomm mat share resipi...

BAHAN-BAHANNYA:-)
500 gram daging pejal, hiris nipis dan rebus hingga empuk
4 biji kentang saiz sederhana, kupas, belah 4 setiap sebiji dan rendam
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
2 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's)
1/2 cawan pati santan
1 camca besar penuh kerisik
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
1/2 camca besar gula melaka

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai, hiris halus

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari, dilurut

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rempah kari dibancuh bersama bahan2 kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan cili dan tumis hingga garing. Masukkan bahan kisar + rempah kari tadi dan tumis hingga pecah minyak.
  2. Masuk kentang (toskan dulu), gaul rata, masak sekejap dan masukkan daging rebus bersama air rebusannya. Tambah air jika perlu. Masak hingga kentang empuk, masukkan asam gelugor dan pati santan, kacau rata dan biar mendidih.
  3. Tambah garam secukup rasa, gula melaka dan tomato, masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api, Hidangkan bersama nasi atau roti prata....

5 comments:

Cik Nana Serindit said...

kalau mkn dgn roti jala pun sedap ni

cik cek said...

Wah! macam janji2 je kita...kak cek pun masak kari berserai gak hari ni...cuma kak cek masak ngan ayam dan lebih simple je...tgk mat punya....Wow! membuka selera...:)

Sue Baharom said...

jiran lma sy dlu (berbangsa India)mmg terer msk kari mari ni.1 aprtment bole bau ms dia menumis.Dia ckp rempah paling best dan sedap,rempah Baba's lah.setuju dgn dia,sampai skrg sy pkai rempah ni..

ladyzamea said...

sedapnya..
rasa lapo pulak..
telan air liur jerlah!!!
heeeee..

mas saari said...

waaaaa...marveles!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.