P1280069
Selamat pagi semuaaa..dah sarapan ke?...Mat bangun lambat ni hari, jadi sebelum aku masak untuk makan tengah hari, jomm kita sarapan dulu...erkk no cekodok's for today, nasi lemak pun tak de...kita makan yang ringkas dan cepat dibuat...Ni kira idea sempoi, 5 minit dah siap. Guna roti hi fiber lagi sedap. Tapi kan sayang, mat nya sandwich tak de timun..huhu, semalam aku belanja barang dapur, boleh tak beli...tak pe...mat gebu guna benda lain, asal boleh masuk dalam tekak aku kan, kira oraitnyaa...hmm letak bawang besar sebagai ganti timun, orang lain yang tak suka sila omit yeaa itu bawangg... Ok mat tulis apa yang anda perlukan untuk membuat sandwich sedap nihh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping roti sekam @ fiber
2 biji telur*
1/4 camca teh serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"*
3 camca besar susu sejat*(*disatukan dan pukul sebati)
4 helai daun salad (mat guna salad "butterhead)
8 keping hirisan tomato
Sedikit hirisan bawang besar
8 keping hirisan timun (tak letak sebab tak de)
Sos thousand island secukupnya @ sos kegemaran
Sedikit serbuk lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan non-stick pan, letak 2 camca besar minyak, bila panas, tuang bancuhan telur tadi, biar sedikit mengeras dan kacau dengan sudip hingga hancur, tapi jangan kacau ganas2..biar dia hancur dalam ketulan yang sederhana besar. Sejukkan.
  2. Ambil 1 keping roti, susun 2 keping daun salad, 4 keping tomato dan 4 keping timun, serta sedikit bawang besar. Letak 1/2 bahagian no. 1 tadi, ratakan. Paip kan sos atasnya, tabur sedikit serbuk lada hitam. Letak 1 keping roti atasnya, tekan sedikit dan boleh hidangkan.
  3. Buat kaedah sama pada baki bahan2 tadi. Hidangkan segera untuk sarapan atau minum petang...